Wednesday, December 15, 2010

Warkah Buatmu..

"Wahai hati, jangan terlalu manja dengan kesenangan dan kasih sayang yang dilimpahkan.. Wahai hati, jangan terlalu rapuh dengan menangis setiap kali disergah oleh semburan kata-kata yang perlu ditelan pahitnya.. Wahai hati, jangan terlalu lemah untuk menafikan kedustaan.. Wahai hati,, Wahai hati,, Wahai hati,, perkasakanlah dirimu.. jangan mudah menangis.. hapuskan air mata dengan mengingatiNya sentiasa.."

Ini hanya susunan kata-kata untuk meredakan kegelisahan pada hatiku.. Ya,, sememangnya hati aku sedang kegeringan.. Mungkin sudah lama tidak aku menyuapnya dengan sesuatu yang berkhasiat.. Oh,, di mana hak sekeping hati yang perlu aku tunaikan? Kejamnya aku kerana sering menyiksa hati sendiri semata-mata ingin memenuhi kehendak nafsu.. Bersama-sama nafsu, ia bersekongkol dengan jasad untuk meraih kebahagiaan tanpa menjenguk apa kata hati.. Benarkah tindakan aku? Hati sering menjerit melarang kekejaman nafsu pada hati.. Namun,, nafsu tetap berdegil,, menundukkan hati nan suci setunduk-tunduknya.. Tidak mengapa jika tunduk pada yang hak.. Malangnya,, lorong kesesatan yang dipandu, dan bukannya kebenaran.. Kejamkah aku? Atau belum cukup kejam lagi? Atau hanya separa kejam?? Oh,, renung-renungkanlah...

Buatmu sahabat,, aku tidak tahu di mana silapnya.. Belakangan ini aku menghidu bau yang kurang enak dalam persahabatan ini.. Persahabatan yang dilimpahkan kasih-sayangNya tidak sewajarnya tertampil sebegini.. Suatu ketika dahulu aku amat menyanjungmu kerana keindahan peribadimu..Yaa,, sehingga kini sebenarnya aku masih mengagumi sifatmu terutama bilamana engkau serlahkan keindahan peribadimu dan membawa aku seiring ke jalan hidupmu.. Aku tahu engkau berada di pihak yang benar,, arakian tanpa ragu-ragu aku meletakkan sepenuh kepercayaanku padamu.. Aku sangat merasakan satu nikmat yang amat besar daripadaNya dengan kehadiranmu dalam hidupku.. Namun,, kehadiranmu juga adalah ujian yang terbesar buatku.. Hatiku menangis kegembiraan terharu kerana ditakdirkan hidup berdekatan denganmu setiap detik waktu.. Di kala aku kesepian dan kehilangan arah, Dia menghadirkan engkau dalam hidupku untuk meleraikan kekeliruan yang telah berkurun terpendam.. Semacam memahami keperluan hatiku dengan menghadirkan engkau tepat pada keperluan hatiku ketika itu.. Cuma aku khuatir kini,, jika dalam takdirNya telah tertulis perpisahan antara kita dengan cara yang tidak molek dan tidak disangka-sangka.. Hadirmu tidak pernah kuduga,, aku takut jika kehilanganmu juga tanpa dijangka.. Aku tidak mampu melawan takdir Illahi..

Percayalah wahai sahabat,, bahawa aku menyayangimu.. aku sangat-sangat menyayangimu kerana Allah.. Pernah salah seorang sahabatku berkata padaku,

"Sesungguhnya hubungan murni sesebuah persahabatan itu sentiasa diuji.. syaitan sentiasa mencucuk-cucuk hati manusia yang saling menyayangi kerana Allah agar timbul pertengkaran antara kedua-dua belah pihak.. maka,, kuatkanlah hati kita agar sentiasa berlapang dada dengan sahabat-sahabat terutama dalam kalangan mereka yang terdekat.. agar hubungan yang baik dapat dipelihara..insyaallah.."

Yaa,,, aku semakin bingung dan sedih kerana merasakan terjerat dengan pendekatanku padamu.. Aku sedih kerana setiap hari perhubungan kita melahirkan sengketa yang berpunca daripada sekecil-kecil hal.. Aku sedih kerana aku dapat merasakan kepudaran kasih-sayangmu dalam sebuah persahabatan.. Aku sedih kerana kepahitan lebih banyak dilontarkan berbanding dengan kemanisan senyuman seorang sahabat.. Aku sedih kerana engkau seolah-olah ingin menyingkirkan aku daripada hidupmu.. Aku sedih.. Aku bingung dan semakin bingung.. Di mana silapnya? Aku masih lagi mencari jawapan pada persoalan pada hati ini..

Aku cuba untuk berlapang dada acap kali berhadapan dengan masalah yang sama setiap hari.. Aku mengerti sifatku yang kurang peka dan memahami hati dan perasaan orang lain.. Tetapi percayalah,, aku masih memerlukan engkau sebagai pembimbing pada seorang sahabat yang masih terkapai-kapai dalam pencarian kunci kehidupan yang sebenar... Aku insan yang lemah yang sentiasa mengharapkan bantuan dan pertolongan tanpa mampu bergerak sendiri.. Aku ada Yang Esa untuk memberi ketenangan kepada hatiku.. Namun,, hubungan sesama manusia yang tidak aku pelihara juga menyekat ketenangan itu daripada menerobos ke dalam sukmaku..

Semoga hatimu dilembutkan olehNya untuk menerimaku.. Aku terkilan dengan sikapmu yang adakalanya menyakitkan; menyakitkan kerana menyerang emosi secara tiba-tiba,, kemudian terus membisu tidak semena-mena.. Hakikatnya,, berdiam diri tanpa bicara lebih menyiksakan zahir dan batinku.. Sekurang-kurangnya maklumkanlah aku di mana silapnya.. Biarpun berkali-kali engkau ungkapkan.. Aku fikir engkau sudah bosan mempunyai teman sepertiku,, hidup sebumbung denganku dengan kerenah yang kurang matang,, dan mungkin menyukarkan arus kehidupan normamu.. Aku mengaku kelemahan dan kelembikan diriku serta turut bersimpati sebenarnya kerana tidak mampu membela diri sendiri.. Adakah hati aku yang lemah untuk menguatkan hati menghadapi ujianNya,, atau manja yang berlebihan pada diri sehinggakan tidak mahu berjauhan denganmu walau sekelip,, dan tidak akan akan membiarkan diri lekang daripada pandanganmu walau sedetik..

Aku masih menangis.. Hati aku sedang menangis sehingga kini.. Kadang-kadang jelak juga dengan diri sendiri kerana asyik menangis setiap kali musibah hati menimpa.. Hanya menangis,, menangis,, dan menangis,, tanpa dikesan oleh sesiapa.. Sifatku memang begini,, tidak berkemahiran dalam meluahkan segala apa yang terbuku dalam hati.. Hanya mampu menyusun aksara-aksara sehingga membentuk makna pada hati.. Kerutan di dahi sudah cukup untuk membuktikan kegelisahan,, kesedihan,, kerisauan dan kepedihan diriku.. Apalagi kelukaan pada hati yang tidak tertampak oleh mata kasar seorang manusia biasa.. Tulisan ini bukanlah untuk meraih simpati sesiapa,, hanya ingin engkau memahami dan mengetahui.. Sehingga kini,, hanya aku dan Dia Yang Maha Mengetahui yang termaklum dengan situasiku.. Berbaik-baiklah seperti sedia-kala.. Jika matamu tidak sanggup memandangku kerana keburukan dan kelemahanku,, ketepikanlah rasa jelak itu,, dan pandanglah aku sebagai seorang sahabat dan saudara muslimmu yang sentiasa dahagakan kasih-sayang seorang teman akhirat.. Itu sebenarnya pintaan hatiku daripadamu..