Saturday, April 30, 2011

Berita panas Melodi Manipal..

"Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui." (41:9)


Terkesan dengan mesej yang disampaikan oleh Pencipta sekalian makhluk,, meliputi seluruh cakerawala, segala yang mengisi ruang baik di muka bumi mahupun angkasaraya, semuanya berstatus sama, memegang takhta yang sama iaitu si penghuni alam.. Hanya perlu tunduk dan patuh pada suatu kerajaan yang Maha Besar lagi Maha Agung iaitu kerajaan ALLAH YANG MAHA KUASA dan MAHA ESA..

Fikiranku yang agak berserabut sejak pagi tadi,, memikirkan pelbagai tanggungjawab telah terbeban di bahu.. Sedangkan aku masih berdiam diri,, kaki masih terpacak di sini.. KAKU..BISU.. Tanpa sebarang buah fikiran atau alternatif untuk memenuhi tanggungjawab-tanggungjawab ini.. Hari demi hari,, makin ditangguh memikirkan cara untuk memperbaharui diri, meningkatkan kualiti keimanan dalam diri.. Namun,, hari demi hari juga cabaran yang lain pula timbul.. Pagi ini dimulakan dengan mukaddimah yang agak kurang enak.. Masalah hubungan sesama makhluk,, sesama manusia... Biarlah perselisihan ini bernyawa hanya untuk seketika cuma.. Kerana ada bebanan lain yang lebih besar yang perlu aku fikirkan.. Bukanlah satu bebanan sebenarnya,, tetapi satu tanggungjawab yang telah tertulis dalam Tulisan Allah,, kini terletak padu di atas bahuku.. Mungkin kita sama-sama dapat merenung apa sebenarnya tanggungan di bahuku ini..

Kembali kepada maksud dari Surah At-Taubah, yang bermaksud pengampunan.. Seperti yang khalayak sedia maklum,, maksud ayat yang dipetik dari surah kesembilan dalam Kitab Al-Quranulkarim ini adalah satu-satunya surah yang dimulakan bacaannya tanpa kalimah basmalah.. Mendengar maksud ayat suci yang dipetik tadi, telah membuatkan aku tersentak seketika.. Ayat ini seolah-olah telah memberikan jawapan kepada persoalan pada hatiku ini..

Baru-baru ini, aku dikejutkan dengan satu peristiwa yang tidak pernah aku alami sepanjang permusafiran aku di Bumi Al-Maududi bersama dengan orang yang tersayang di sisi.. Pertama kali aku melihat guguran air matanya kerana perselisihan faham terhadap satu isu yang belum pasti, telah tersebar tanpa pengetahuannya.. Akibat terlalu gelojoh dalam membuat rangka persepsi terhadap sesuatu makluman, perkara yang sepatutnya jernih dan bersih telah bertukar sifat menjadi keruh dan suram.. Tangisannya berpanjangan sehingga membuatkan aku takut untuk mendekatinya atau  memujuknya.. Walaupun bukan jiwaku yang menanggung kesedihan dan kepiluan akibat salah faham itu, tetapi hatiku dapat merasai keperitan yang sedang ditanggung olehnya.. amat berat sekali perasaan itu.. Seperti katanya, mengimbas kembali sirah perjuangan di zaman Rasulullah dahulu.. Penentangan yang amat hebat daripada kaum musyrikin terhadap perutusan yang disampaikan oleh Rasul junjungan kita.. Baginda mendapat ejekan dan gangguan daripada pihak kafir Quraisy.. Kemudian, baginda memutuskan untuk berhijrah pula ke Taif. Di Taif pula, baginda menerima cacian, ejekan serta penghinaan daripada penduduk Taif. Semuanya kerana tidak dapat menerima risalah kebenaran yang disampaikan oleh kekasih Allah ini.. Kerana hati mereka terhijab untuk menerima hidayah Allah yang tidak ternilai harganya.. Kerana mereka mungkin ragu-ragu tentang kebenaran yang disampaikan oleh nabi Allah ini.. Kerana mereka mungkin jahil terhadap gerak kerja dakwah Rasulullah ini..

Begitulah persepsi masyarakat yang hanya memandang dari luar.. Ingin sekali aku merasai pahit dan manisnya hidup sebagai seorang da'ie.. Sanggup berjuang mati-matian hanya kerana ingin mencapai redha Illahi.. Peristiwa yang berlaku pada sahabatku ini sebenarnya adalah satu bentuk tarbiyah tidak langsung dari Illahi. Sama ada kita sedar ataupun tidak.. Antaranya :

1) Ia benar-benar mengingatkan aku kepada 'Siapa diri aku sebenarnya'.. Peristiwa ini juga telah mengajar aku selok-belok dalam berdakwah,, menyampaikan sesuatu kebenaran kepada masyarakat yang mungkin belum menerima risalah ini, atau mungkin juga telah disampaikan risalah ini pada mereka, cuma masih terhijab untuk menembus hati mereka.. Jika kita pernah merasai kebenaran ini sampai pada kita, janganlah melengah-lengahkan lagi untuk melapangkan hati menerima kebenaran ini.. Kerana bukan semua orang dapat merasai teguran dari Allah, tanda kasih sayangNya pada kita.. Sementara jantung masih mendegupkan nafas Islam, berpegang teguhlah pada syariatNya.. Laksanakan perintahNya sebaik mungkin, dan cuba hindari segala laranganNya..

2) Peri pentingnya mengusul periksa sesuatu maklumat dan bukan mudah menerima dan mempercayai bulat-bulat, seterusnya melatah atau melenting setelah sesuatu perkara itu sampai di corong telinga.. Berprasangka baik itu kan adalah suatu kemestian.. Kerana lazimnya, prasangka buruk itu sebenarnya menonjolkan kelemahan diri yang bertindak zalim pada diri sendiri.. Orang lain yang disangka menganiayai kita, hakikatnya diri sendiri yang berfikiran cetek dan mudah terpengaruh dengan bisikan syaitan yang sentiasa mencucuk-cucuk jarum permusuhan ke dalam hati insan-insan naif ini, terutama terhadap dua orang teman baik..

"Aku hanya menulis apa yang terbuku di hati.. Ketika ini, mungkin aku masih lagi mencari ketenangan dan jawapan pada persoalan hati.. Ya Allah ya tuhanku,, peliharalah hubungan baikku denganMu.. serta hubungan baikku sesama muslim.. terutama sekali dengan orang terdekat yang amat aku sayang.. Sampaikanlah kasih rindu dan sayangku pada mereka agar hati-hati kami sentiasa bertaut keranaMu.. Aku amat risau jika Engkau merampas kembali nikmatMu dan rahmatMu yang tidak terhingga limpahannya..amin.."