Thursday, 5th September 2013
"Sorry mam, we cannot pursue your visa request right now. You have to wait," kata seorang pegawai visa di India Visa Centre.
"Why?Since when?" tanya seorang wanita mahukan kepastian statusnya.
"Oh, it was already implemented since years back right?You will not simply get the visa. You should fill in this form first."
"No no no.. There is no such thing before this. Even a day before my flight, I apply the visa and I get it. You can check my passport for verification," katanya sambil membuka tas tangannya untuk mengambil pasportnya.
"Oh, it is the new policy mam."
Wanita tadi terdiam, dan kemudian bertanya,
"For how long do I have to wait?"
"I'm not sure, may be 1 week, may be 10 days. I'm not sure. I'll check it out. You can fill in this form. My colleague will help you out," katanya sebelum berlalu pergi.
Wanita itu duduk sambil mengerutkan dahinya tanda kekeliruan dengan polisi baru yang sangat asing bagi dirinya. Di belakangnya kelihatan seorang remaja lelaki bersamanya. Anak lelakinya mungkin. Kemudian, datang kembali pegawai visa itu menuju ke wanita tadi dan berkata,
"Sorry mam, it may takes 1 month," sambil menunjukkan muka bersimpati.
"What?Oh my god!!! It's really really nonsense. My flight is on this Monday," jawab wanita tadi separuh menjerit, disoroti dengan raut yang menampilkan penuh rasa kecewa.
"Sorry mam." Itu saja kalimah yang diulang-ulang oleh pegawai itu. Penampilannya agak tegas walaupun beliau adalah seorang wanita. Aku kira itulah salah satu watak yang perlu ada pada diri seorang da'ie. Tegas dan tetap dengan pendirian sendiri. Yakin diri yang tinggi untuk menyatakan apa yang diyakini, dan berani berhadapan dengan pelbagai jenis ragam mad'u yang terbentang di hadapan.
"Is it the same goes to my son?" tanya wanita itu lagi.
Kata pegawai tadi, visa anaknya tiada masalah. Kemungkinan akan mendapat pengesahan daripada pihak Kedutaan India dalam masa yang terdekat. Yang menjadi masalah adalah ibu bapanya, yang merupakan warganegara Pakistan. Barangkali pesawat yang mereka naiki perlu mendarat di Lapangan Terbang India sebelum tiba ke Lapangan Terbang di Pakistan.
Dengan sayunya, wanita itu berkata,
"Oh my god.. I cannot go to my own country?I just want to visit my own country..my own country.."
Allahuakbar..mendengar kata-kata ini membuatkan hatiku menjadi sebak. "I cannot go to my own country??"
Allahu..allahu..allahu.. Wajah-wajah saudara-maraku di Palestin terus melintasi benak dan fikiranku. Mungkin inilah perasaan dan persoalan yang sentiasa bermain dalam hati dan sanubari warga Palestin. Mereka berada di tanah air mereka sendiri, namun pemilikannya dirampas oleh kuasa-kuasa laknatullah si yahudi dan konco-konconya. Mungkin itu yang mereka perangi hari-hari dalam hidup mereka. Memperjuangkan tanah suci mereka daripada pengganas-pengganas yang kurang ajar. Menangisi dan meraung atas kecabulan terhadap hak mereka yang hakiki.
Ibaratnya kini kita sedang belajar di perantauan, dan memiliki sebuah banglow mewah ataupun sebuah teratak indah di Malaysia. Bila tiba hari raya atau bila tiba musim cuti sekolah, dengan penuh riang gembira kita berangan-angan ingin pulang ke rumah tercinta, berjumpa ibu ayah tersayang, melepaskan segala rindu yang bersarang di dada. Dengan yakinnya kita berfirasat, kita pasti akan kembali ke pangkuan keluarga!
Namun, pihak imigresen warga asing menahan kita. Lagaknya seperti negara ini milik mereka.Dan mereka menghalang perjalanan pulang ke sana. Segala dokumentasi dan barang milik kita dirampas, dan kita pula dikatakan penceroboh dan penjenayah negara itu! Segala impian tadi terhapus seperti kepulan asap di awangan. Terkubur sebagai mimpi ngeri. Sementara ditahan di lokap, terdengar pula desas-desus mengatakan segala makhluk bernyawa yang wujud di wilayah teratak kita tadi akan dibunuh! Dimusnahkan! Kita sedar ibu bapa dan adik-beradik tersayang kita ada di sana. Mereka juga termasuk dalam golongan yang akan ditamatkan hayatnya oleh puak-puak penyangak itu.
Apa agaknya perasaan kita ketika itu?
Masih mampukah kita bernafas memikirkan perihal diri kita?
Atau memikirkan kelazatan makanan yang belum kita rasai?
Atau memikirkan keempukan tilam yang belum kita tiduri?
Atau memikirkan kecantikan pakaian yang belum kita beli?
Atau memikirkan kemewahan harta yang belum kita nikmati?
Atau memikirkan kejayaan kerjaya yang belum kita kecapi?
Sempatkah walau sesaat untuk kita fikirkan tentang semua itu?
Kalau jawapannya ya, maka kita adalah manusia yang paling ignorant di dunia ini! Sedang ahli keluarga kita terseksa disakiti, kita masih lagi bersorak gembira, tanda setuju dengan kezaliman yang dipamerkan.
Kalau jawapannya tidak, bersyukurlah kerana kita masih lagi dikurniakan sekurang-kurangnya sekelumit nikmat kemanusiaan dalam diri. Terasa sakitnya paha kanan, pabila paha kiri saudara kita disakiti.
Maka, di mana kita sekarang? Masih bersenang-lenang dalam tempurung kaca hidup kita? Masih berselimut erat - enggan keluar daripada keselesaan yang sebenarnya membunuh jiwa kita?
Sedarlah wahai diri. Sudah tiba masanya kita ambil cakna isu umat. Ia bukan sekadar isu kemanusiaan, tetapi isu aqidah.
****
Itulah ibrah perasaan yang aku gambarkan ketika memperbaharui visa tempoh hari. Oh, visa juga perlu diperbaharui ya. Sama juga seperti niat kita pada setiap amalan kita, sentiasa perlu mentajdid niat sebelum meneruskan langkah yang seterusnya.
Bermacam-macam masalah dan kekangan yang perlu ku tempuhi hanya untuk mendapatkan pengesahan visa itu. Urusan visa segala bagai, semua ini memang menyusahkan. Kalau dahulu, sewaktu kekhalifahan Islam tertegak di muka bumi, kita tidak perlu bersusah-payah hendak membuat visa sebagai syarat kemasukan ke sesebuah negara. Selagi kita seorang muslim, kita bebas hendak menjelajah ke mana-mana wilayah taklukan Islam. Rentas sahaja lautan atau benua mana, jika anda seorang muslim, silalah jangan segan-silu untuk melalui wilayah yang mulianya kerana tertegak Islam di situ.
Namun, setelah Perang Dunia ke-2, pihak Barat mula naik. Mereka bangkit dari Zaman Kegelapan kepada zaman keemasan mereka. Di saat umat Islam terleka dengan kemenangan pembukaan Islam di seluruh dunia, pihak lawan mula menyusun strategi. Strategi yang cukup mantap! Sehingga penangannya diterima oleh generasi pada hari ini. Ia akan berterusan menyakiti dan membarahi pewaris-pewaris Islam pada hari ini, jika kita masih berada di takuk lama, masih di pemikiran sempit tidak mahu membangkitkan Islam. Kita tewas bukan kerana lemahnya material kita, tetapi kerana lemahnya semangat jihad kita, lemahnya keimanan sehingga tumpas dengan tawaran dunia yang kecil nilainya ini.
Di saat pihak barat menggantikan tampuk kepimpinan dunia, mereka mula membuat dasar pecah perintah (Divide and rule). Sempadan-sempadan antara negara mula tercipta. Semangat nasionalisme mula terbina. Dan kita sekarang, jika hendak menjejakkan kaki ke bumi yang pernah ditegakkan khalifah 'La ilaaha illallah' suatu ketika dahulu , kita terpaksa melalui beberapa siri tapisan yang dicipta oleh orang kafir itu sendiri.Kasihan betul kita. Menagih simpati di negara sendiri.
Tepuk dada, tanya iman.
Kita di mana?
Dan di mana umat Islam di mata hati kita?
Tepuk dada, tanya iman.
Kita di mana?
Dan di mana umat Islam di mata hati kita?