Satu dunia tau IB tu International Baccalaureate... dan fakta semasa juga menyatakan bahawa sememangnya kehidupan IB itu International Busy.. golongan terpilih untuk menyertai program ini adalah dalam kalangan mereka yang Intelligent Boys dan Intelligent Beauties sahaja.. hahaha.. aku hanya mampu tersenyum.. haa??ada orang kata aku ni INTELLIGENT.. betol ke?? Baru masuk SEM1,, aku memang dah rase kehangatan IB ni... sangat hot beb! wacakalubeb!!haa..
Hurm..nak caye betol ke tak kami ni 'Intelligent Boys' dan 'Intelligent Beauties',, tanye lah saudara-mara anda, kakak-kakak anda, abang tiri anda, mak cik angkat anda, anak saudara sepupu atuk tiri anda, sahabat handai anda atau sesiapa sahaja yang bergelar ex-IB students atau IB students.. di sinilah terbuktinya kebenaran yang didakwa oleh orang di atas tadi.. Aku sendiri tak pasti apa kayu ukur yang digunakan untuk mengukur tahap intelligence Boys n Beauties ni.. Aku anggap lah kata-kata itu hanya mantera pemujuk buat aku dan rakan-rakan yang merasai kepayahan itu..
Pada aku,, kehidupan IB selama 2 tahun ni telah mengajar aku untuk mengenali siapa diri aku sebenarnya.. 18 tahun aku hidup,, aku tidak pernah rasa diri aku benar-benar diuji.. Ujian tu memang ada,, tapi mungkin ia tidak seberat seperti yang aku rasa baru-baru ini...
[IMBAS KEMBALI..] [ sebelum bergelar IB student...]
Hidup aku memang macam Shin Chan.. Happy go lucky,, gembira sana sini,, bermain ngan kawan-kawan, gelak ketawa huhahuha, berlari berkejaran siang dan malam (amaran! ini bukan aksi kanak-kanak spastic ataupun kanak-kanak ribena..)...bahagia jek memanjang sampailah da capai usia matang...
Tup..tup..tup...da besar rupanya aku..nak masuk sekolah menengah daa... UPSR? Cemerlang... sangat cemerlang... Tokoh pelajar sekolah rendah kot..keh3 Aku budak kampung,, memang la aktif maen macam-macam. Tapi apsal budak aktif sports tak dapat tawaran mana-mana SBP yek? MRSM aku tak nak, sebab berdasarkan rekod, sesiapa yang menjadi pelajar MRSM sejak form1 confirm dia gedik! (heh...sorry sesiapa yang tergolong.. aku cakap berdasarkan bukti yang sahih..ngee) Apsal budak nakal n tak aktif sangat pon dapat sekolah best2 ek? Sekolah Tun Fatimah, SERATAS, TKC, SSP, SAS... adek-badek aku pon dapat SBP gak..
Aku tak ada perasaan sangat waktu tu,, tak menangis pon,, tapi tu lah monolog dalaman aku.. Mak bapa aku cakap, "Sabarlah yek.. ade tu rezeki kat mane-mane.." Aku angguk je la.. Jiwa budak-budak,, bersih lagi suci laa.. Memang aku tak terikat langsong ngan perasaan dendam, buruk sangka, marah dan sebagainya... Aku berdoa dan berdoa... Maka aku pon bersekolah la di sebuah sekolah Rancangan Khas(RK) Negeri Perak... (Sekolah RK negeri ni setiap negeri ada.. tak tau sila rujuk pada yang pakar. Jangan ingat ni sekolah budak jahat yek. Aku bukan kaki pukul..huh)
LOWER FORM.....yeaahhhh!! budak kampung beraksi lagi.. Best betul waktu ni.. serius best! Aku kire 3tahun aku kat sekolah ni memang zaman kegemilangan aku dalam era persekolahan aku.. Kawan-kawan pun ramai.. Tapi hanya sekadar kawan,, tak lebeh tak kurang.. Aku memang tak pernah ada masalah pasal kawan. Aku baik ngan diorang,, diorang pon baik ngan aku.. Tapiii,, tu lah.. aku rasa cam ade sesuatu yang kurang dalam persahabatan kami.. Like there is a hole here.. Tapi aku tak tahu apakah kekurangan itu..
Kami kawan cam bese.. Sampailah AKU JATUH CINTA... Jatuh cinta pada sekolah aku ni... Aku sayang sangat sekolah ni sampai hari ini.. Aku sedih kawan-kawan aku kat sini kutuk sekolah sendiri.. Aku mati-mati hargai sekolah ni sebab kat sinilah aku belajar mengaut kegembiraan dan kejayaan demi kejayaan dalam rentetan hidup aku.. Aku takkan lupa diri.. Tapi jodoh kami tak panjang... Aku akur ngan KUASA VETO.. Aku perlu berhijrah.. kerana Rasulullah dulu pon berhijrah untuk mencari dan mendapatkan sesuatu yang lebih baik. Aku berhijrah untuk membaiki diri aku sendiri...
UPPER FORM...well,, well,, well... Mungkin doa aku 3taon lalu termakbul untuk keputusan PMR aku.. Aku sangat berkeras tak mahu pindah... Apa boleh buat,, kaki aku sudah melangkah ke bumi bersejarah ini.. Sekolah baru,, kawan baru,, cikgu baru,, sistem baru,, katil baru,, toilet baru,, tapi aku tak kan tertipu! Bangunannya tetap klasik.. Aku tak pernah mengimpikan untuk belajar kat sini... Tapi aku bersyukur dengan takdirNya.. Kehidupan aku kat sini pun tidak kurang hebatnya.. Banyak kenangan manis dan pahitnya yang tercipta di sini.. Pada masa yang sama, konflik luaran dan dalaman mula timbul. Aku rasa sedikit tergugat dengan keupayaan aku sendiri,, tapi aku masih mampu kayuh sendiri dan bertahan sehingga SPM.. Aku bersyukur dengan keputusan aku sendiri,, walaupun tak lah secemerlang rakan-rakan aku yang lain..
Yaa..kini aku sudah dewasa...PLKN pun sudah,, ayuh kejar cita-cita!! Hurm,, betul ke jalan yang aku pilih ni? Jalan yang dipilih hanya mengikut pupukan ibu bapa tanpa aku mendengar kehendak naluri jiwaku.. Aku percaya, minat itu boleh dipupuk,, dan sekarang,, minat aku terhadap bidang yang aku pilih menggunung tinggi.. Aku akan daki hingga ke puncak! Itu janji aku...
[STATUS : aku budak ib...]
Di sinilah segala-galanya bermula.. Aku mula meragui dengan pilihan aku dahulu. Perjanjian antara jasad dan rohku terhadap bidang perubatan ini sudah termetrai,, jiwa dan naluri aku sendiri yang menjadi saksi.. Tetapi mengapa aku sendiri mula menimbulkan persoalan ini? Do i really meant to be a doctor? Did i choose the right path?? Aku mula mengimbau saat-saat pertarungan jiwaku suatu masa dahulu..
Antara bidang akademik dan non-academic, aku pilih akademik. Antara pelajaran dan kesukanan, aku pilih pelajaran. Antara bidang professional perubatan dan bidang terbuka jaguh balapan, aku pilih perubatan. Antara kehendak semasa seorang doktor dan kecenderungan minat seorang atlit, aku pilih doktor.. Hakim diriku juga sudah muak untuk membicarakan kes yang sama. Peguam diriku juga sudah pendek akal untuk mencari bidasan terbaik bagi membela diriku..sigh.. Walau apa pun yang terjadi,, pangkat aku adalah seorang graduan IB.. Hidup tetap perlu diteruskan....
Pengajaran Sang Kancil @>>-----
Susah hidup ni kalau asyik dibayangi sejarah silam.. Walau hitam atau putih peristiwa itu, ia telah tercatat sebagai sebuah sejarah. Kita memang tidak mampu untuk mengubah sejarah. Aku kenal siapa diri AKU melalui sejarah-sejarah ini.. Cukuplah bermuram-durja untuk seketika. 3 minggu aku ambil untuk bina kekuatan diri agar mampu berhadapan dengan dunia realiti. Minggu ketiga kemuncak kerisauan aku bilamana aku jatuh sakit. Sakit-sakit risau. 1st time dalam hidup aku. Kire betul la dalam drama melayu, mak bapa yang dah tua tu sakit sebab susah hati pasal anak-anak... (Tapi aku tak tua lagi yek..masih muda dan anggun lagi..ngeh2)
Aku cuba membedah siasat jiwaku yang telah lama berendam dalam kealpaan dunia. Allahuakbar.. Allah Maha Besar.. Astaghfirullahalazim.. Berikanlah keampunan kepada hambaMu ini Ya Allah.. Nah,, beginilah keputusannya setelah dipersetujui oleh para doktor yang terlibat dalam mini-operation ini :
1) PATUHI KATA MAK PAK..
Sememangnya AKU ni seorang anak dan seorang manusia yang keras hati dan keras kepala. Bagaimana keras luarnya, begitulah kerasnya diri AKU. AKU selalu sangat mengikut nafsu serakah yang lazimnya mendorong aku ke arah kesesatan. AKU berjiwa muda,, sentiasa perlukan kebebasan dan bukannya kongkongan! Itu hanya kata-kata yang dibisikkan ke cuping telinga,, tetapi salah aku kerana membenarkan ia terus meresap ke jiwaku! AKU sendiri tak tahu di mana silapnya, mengapa sukar benar bagi AKU menzahirkan kasih sayangku pada kedua-dua ibu bapaku. Tidak kira siapa mereka, mereka adalah ibu bapa yang telah menjaga aku sejak kecil lagi..
Inilah kesilapan terbesar AKU. Mengasari kedua ibu bapaku, melukakan hati dan perasaan mereka secara sengaja ataupun tidak sengaja. Mungkin AKU ini seorang yang derhaka.. Nauzubillah mizzalik.. Kalau mahu mencari keredhaan Allah, mengapa harus AKU abaikan keredhaan ibu bapa yang mulia. Kalau mahu mencari keberkatan hidup, mengapa harus AKU ketepikan keberkatan ibu bapa. Seorang tabligh berkata, "Tidak guna beramal ibadat banyak-banyak kalau soal ibu bapa dipandang enteng.."
Waaahh.. memang aku rasakan tembakan bazuka mengenai tepat pada diriku. Tetapi aku tidak ada perisai untuk menangkis semua serangan jiwa ini. Hati aku meronta-ronta untuk mengatakan, "Aku sayang mak dan abah".. Tetapi lidah aku kelu,, aku tidak mampu menyampaikan hasrat hati aku. Cuma usaha terakhir aku adalah berdoa agar aku diberikan kekuatan untuk mengatakannya suatu hari nanti. Aku juga tidak pernah lupa mendoakan kesejahteraan kedua-dua ibu bapaku. Tiada gunanya juga kalau berpeluk bercium ibu bapa di dunia, tetapi membiarkan mereka merana di akhirat..
2) SABAR DENGAN UJIAN ALLAH
Ringkasnya aku memang seorang yang panas baran. Saudara tersayang aku ada mengingatkan, "Bersabarlah.. ada hikmahnya Allah buat camtu.." Hurm...yaa,, besar sangat hikmahnya.. Inilah masa Allah nak tunjukkan kekuasaanNya sebagai tuan petala langit dan bumi. Setiap detik aku bersabar atas musibah yang menimpa diriku, aku doakan pahala buatku. Setiap titis air mata yang aku gugurkan atas keperitan yang aku alami, aku doakan pahala buatku. Setiap nafas yang aku hela untuk menghadapi segala dugaanNya, aku doakan pahala buatku. Semua aku buat ini adalah kerana Allah. Aku yakin dengan janji-janji Allah buat orang yang bersabar..
3) BERSYUKUR ATAS PEMBERIANNYA
Dalam sukar, hitunglah kesyukuranmu
Dalam senang, awasi kealpaanmu
Setitis derita melanda, segunung kurniaanNya...
Benar madah pujangga ini... Bila difikirkan balik, aku hanya mengingat Allah ketika aku sedih dan kecewa. Aku hanya mencari Allah ketika aku kesempitan dan kesusahan. Sungguh hamba yang tidak makan diuntung aku ni! Poor me...
Sepatutnya, aku harus sedar bahawa aku sentiasa diuji ketika aku senang atau susah. Payahnya manusia ni, hanya rasa diuji apabila ditimpa musibah sahaja. Aku harus redha dengan segala yang diberikan oleh Allah kerana semua itu adalah HADIAH buatku. Hadiah sudah semestinya sesuatu yang memberikan manfaat. Yaaa...let's think that way..
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mamaklumkan, "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmatKu), maka pasti azabKu sangat berat" [7 : 14]
ALLAH MAHA MELIHAT
ALLAH MAHA MENDENGAR
ALLAH MAHA MENGETAHUI
ALLAH MAHA PENGASIH
ALLAH MAHA PENYAYANG
ALLAH MAHA ADIL
ALLAH MAHA KUASA
ALLAH MAHA AGUNG
ALLAH MAHA SUCI
Yakinlah dengan sifat-sifat Allah ini.. Dalam hati aku, tersimpan sesuatu yang sangat aku inginkan... Hati aku menyimpan seketul [I] which is [Ireland]...
Masyaallah....Allah Maha Mengetahui rupanya... DIA tahu aku menyimpan seketul [I] itu... Tahu apa yang jadi? DIA tetap memberi kebenaran aku menyimpan [I] itu.. Tapi ia bukanlah [Ireland]... Sebaliknya DIA menggantikannya dengan sesuatu yang baru which is [India]...
AKU tidak tahu rahsia Allah kerana AKU ini insan yang hina lagi dhaif... sentiasa terhijab dengan perkara-perkara di luar jangkauan AKU sebagai seorang manusia biasa..