Friday, July 23, 2010

KAWAN atau LAWAN??

APE ITU KAWAN?
KAMUS DEWAN cakap kawan tu rakan atau teman dalam pergaulan hari-hari. Aku plak rase KAWAN tu bukan bile kite gembira, die ketawa ngan kite,, bile kite sedey, kite nanges sorang2..elok campak dlm sungai je kasi buaya makan kalu jumpe org camtu..

KAWAN tu bile kite gembira, die bahgie ngan kite,, bile kite sedey, die sokong kite,, n yg paling penting...dlm diam die doakan utk kite....haaa org camni kalu jumpe bagos,,kite kawan ngan die,,x perlu cari mane2 sungai..


PERTAMA KALI BERKAWAN..
KAWAN ni satu subjek yang agak kompleks. Sejak aku kecik agi aku cam ade masalah pasal pergaulan. Ye la, orang pendiam cam aku ni, mane tau nak bersoreh-soreh cari kenalan. Pernah waktu kecik, aku sesat nak cari umah kawan aku. Adventure betol waktu tu... Bayangkan, badan kecik umur 5 taon, aku meredah sungai, meniti jambatan reput (nasib baik aku saiz S, jambatan tu bahgie jek aku naik atas die),,ngan hujan nye lagi, gelap gulita, nak maghrib da pon waktu tu. At last, sampai la gak rumah tu. Yang menyedihkan, aku punye la excited terlompat-lompat sebab misi da berjaye,, tibe2 mak bapa kawan aku ni soh aku masuk kete, die g hantar aku balek rumah..MASYAALLAH..at least kasi la tengok cite doraemon dulu ke,, makan-makan dulu ke, lepak-lepak jap. Tak paham jiwa kanak-kanak langsung!!haigu2 balek jek rumah, free2 kene rotan kat buntut. Tak saket pon,, tapi aku tengok drama kalau kene rotan budak tu sure nanges, so aku pon nanges la. Asal cukop syarat jek..da kluar air mate,,after 5 saat,, aku stop la nanges..haha..tu la semangat aku sejak kecik agi,, just sebab kawan..

JENIS-JENIS KAWAN

1. SAHABAT KARIB...Pernah dengar tak name SETIAWAN??Atau mungkin MANJONG, LUMUT atau PULAU PANGKOR kat Perak??Haa..kawasan tu dekat2 jek..Tau tak camne bley dapat name SETIAWAN??Setiawan tu name tempat yang diambil berdasarkan kisah persahabatan 3 ekor gajah yang patut dijadikan teladan oleh manusia.

Tersebutlah kisah....(Jangan menguap yek..huh), ade 3 ekor gajah yang bersahabat baik..Mereka ni saling menolong sebab mengamalkan konsep perpaduan dan 1Malaysia..(Tak sure la plak either 3 ekor tu ade 3 bangse kan..eheh)..Seekor daripada gajah berkate,, "Wahai Gajah 1 dan Gajah 2,, kalau ape2 pon jadi, kite tetap kawan baek yekk.." Gajah 1 dan Gajah 2 pun mengangguk tanda setuju..

Suatu hari, kampung gajah ni telah diserang oleh manusia yang tak bertanggungjawab. Habis sume pokok ditebang dan haiwan ditembak..Gajah-gajah ni pun berlari2 menyelamatkan diri. Malangnye, Gajah 1 telah terperangkap dalam jerat manusia ni. Waktu tu Gajah 2 dan Gajah 3 da jauh berlari da. Gajah 1 tu pun membunyikan hon gune balalai die, menanges minta dilepaskan..

Dari jaoh, ade sorang pemuda kampung ni nampak aksi gajah-gajah liar ni. Die cuba nak control Gajah 1 yang terjerat tu. Tibe-tibe datang lagi 2 ekor gajah plak. Pemuda ni da cuak sebab gajah-gajah ni cam da naek minyak. Sekuat hati gajah-gajah ni berlari. Pemuda ni semakin cuak. Tapi, gajah-gajah tu bukan lari ke arah die, sebaliknye ke arah gajah yang terperangkap tu. Pemuda ni pun pelik,,ape yang gajah-gajah ni buat. Pada masa yang same, selepas beberapa ketika, pemuda ni nampak ade air mate jernih keluar daripada mata gajah-gajah ni.. Gajah 1 mungkin menanges sebab takot dan terharu ngan pengorbanan kawan-kawannya. Gajah 2 dan Gajah 3 pulak mungkin menanges sebab kawan die dalam kesusahan dan tak terdaya nak bantu..

Melihatkan perbuatan gajah-gajah ini,, hati pemuda tu pun tersentuh. Dia sangat kagum dengan kesetiaan dalam persahabatan gajah-gajah ni.. Memandangkan kampung tu tiada lagi name... Maka secara rasminya kampung tu dinamakan SETIAWAN yang berasal daripada frasa SETIA KAWAN.. Akhirnya..gajah-gajah tu mati bersama-sama..

Hurm..cite ni aku bace waktu skolah rendah dulu..berazam nak jadi camtu!! Daebak!!

2. SAHABAT KACA...Sahabat yang jenis camni memang bersepah. Ikatan persahabatan yang dijalinkan memang rapuh,, serapuh kaca,, leeemmmmah sangat. [ok..emosi sebenar aku dah masuk..] Ibarat gelas kaca untuk diminum. Terjatuh sikit, terus pecah! Tiada maaf lagi,, terutama sekali kalau terjatuh atas permukaan yang sangat keras. Kalau terselamat pon, mungkin tak pecah sepenuhnye,, sekadar retak. Boleh la gune utk beberapa kali,, tunggu mase nak pecah jek.. Tak pun, mungkin sumbing jek,, gelas sumbing,, ade lagi ke sifat kesempurnaan tu?? Memang tak,,tak cantik da pun. Kebanyakan orang pun akan pilih gelas yang cantik untuk diminum,, bukan yang retak ataupun sumbing..

Tapi itulah hakikat KACA. Banyak orang tersilap pilih dan tersilap jadi. KACA yang dipilih,, MUTIARA pula diganti.. Haishh..susah,,susah,, HANYA JAUHARI MENGENAL MANIKAM.. Kenapa ramai sangat orang tak tahu beza antara KACA dan MUTIARA?? Sebab kedua-dua kelihatan sama,, dan kita hanya melihat sifat luarannya,,jernih dan lut cahaya,, hanya melihat tanpa merasai.. Jarang pula yang cuba menyelami sifat dalamannya,, merasai kekuatan yang ada padanya..

Ramai yang mengaku.. "Kau kawan baik aku.." Tapi hanya nampak kelibat waktu kite senang dan waktu die susah jek.. Di mane kau waktu aku perlukan kau?? Di mane kau lari waktu aku perlukan sokongan dan dorongan?? Di mane kau sembunyi waktu aku kesedihan dan kesulitan?? Aku menanges seorang diri.. Menyepi sendiri.. Semalam TOK result keluar,,waktu tu baru muncul?? Semalam kau ade masalah,, waktu tu baru tanye khabar aku?? Hello2!! Camni ke kawan baik?? Tolong check ayat dan faham makna betul-betul sebelum manabur kata-kata..Yaa..sememangnya aku makan mati dengan sikapmu..

3. SAHABAT AKHIRAT...ALLAH MAHA MENDENGAR..ALLAH MAHA MENGETAHUI..ALLAH MAHA PEMURAH...DIA dengar tangisan aku walaupun aku tak nampak DIA,, DIA tahu aku sedih walaupun aku tak cakap.. DIA Maha Pemurah,,maka DIA hadirkan aku seorang teman.. DIA dah rancang semua ni,, dan perkenalkan aku dengan seorang teman dan juga seorang sahabat.. Dialah sahabat aku dunia akhirat yang sentiasa menyokong aku sejak kali pertama pengenalan kami.. Ketika aku keliru,, dia datang menerangkan padaku sehingga aku faham ISLAM ITU INDAH. Ketika aku gelisah,, dia menenangkan aku sehingga aku yakin pada diri dan berjuang bersama-samanya.. Ketika aku sangat-sangat sedih dan kecewa,, dia pujuk aku, tak henti-henti lontarkan semangat,,sehingga aku pulih dan aku mampu berdiri sekarang ni.. Dialah sahabat aku dunia akhirat!! Thank you Allah dan terima kasih s.a.h..

KEPENTINGAN KAWAN
Yaaa..aku tak nafikan kawan tu memang penting dalam kehidupan ni.. Rasulullah dulu pun ade ramai sahabat..Sebab ape Rasulullah dapat sahabat yang baik?? Sebab Rasulullah sendiri pun baik.. Maka Rasulullah dan para sahabat saling menasihati agar sentiasa ingat ALLAH.. Persahabatan yang dijalinkan tu juga adalah kerana Allah semata-mata..Maka sudah tentu Allah memelihara persahabatan yang dijalinkan keranaNYA..

Mungkin pada diri aku,, tidak terdapat persamaan pelakuan mulia Nabi junjungan kita ni.. Mungkin kerana itu aku tidak menemui sahabat yang baik.. Aku mungkin sedih sebab aku rase, aku sentiasa prihatin pada kawan-kawan aku. Tapi pernah ke diorang prihatin kat aku?? Mungkin juga sikap aku yang agak kasar,, kata-kata yang selalu mengguriskan hati kawan tanpa aku sedari.. Yee,,semua kesilapan berbalik pada aku balik..yee,,kawan ni juga akan membuatkan kita sentiasa memuhasabahkan diri..

Tetapi aku bersyukur dapat menemui pelbagai jenis kawan. Kerana aku belajar tentang sikap manusia yang pelbagai.. Aku belajar merasai semua emosi yang ALLAH cipta.. Aku belajar bahawa tiada pertalian yang kekal melainkan hubungan yang diberikan oleh Allah..

4 comments:

  1. salam ziarah...

    alhamdulillah...setiap kejadian tu Allah ciptakan hikmah dan pengajarannya sekali...complete set!
    nway keep up writing,new blogger!(^_^)

    ReplyDelete
  2. thanx miss! thanx for visiting this new page.. im still new in this world.. hope to meet u soon.. u must be a nice person

    ReplyDelete
  3. salam wani =)

    subhanAllah.
    keep on writing. expressing. sbb kadang2 kita dapat bermuhasabah dengan menulis <-- this is me. :)

    sy bile xpuas ati, sy pun akan mnulis, jadi dlm laptop sy ada a folder: 'no no no its my diary'

    hee.

    Allah tu baik kan?

    He did all this specially for u.

    '..dan Kami jadikan sebahagian kamu sebagai cubaan bagi sebagian yang lain. Mahu kah kamu bersabar? Dan Tuhanmu Maha Melihat.'[25:20]

    semoga Dia memimpin hati-hati kita. <3

    ReplyDelete
  4. thanx irelandseniors...
    btw,,u must b sis seyha??r u??sounds like u..heh

    ReplyDelete