Sunday, October 9, 2011

Mari beli produk KAMI!! Anda pasti puas hati... terbaikkkk..

Wahhhh,,, sudah sekian lama rasanya aku bersembunyi daripada dunia maya ini.. BLOG.. Salah satu laman sosial yang dahulunya aku sertai sebagai wasilah untuk aku curahkan apa yang tersarat di kotak fikiran untuk meringankan bebanan emosi.. Hakikatnya, inilah manhaj (wasilah/jalan/cara) yang dapat aku gunakan untuk menyampaikan apa yang patut disampaikan oleh seorang PENYAMPAI kepada PENERIMA..  Ya, itulah konsep perkembangan sesuatu ilmu.. Tiada guna ilmu yang diterima itu dibiarkan terbuku di fikiran dan terus terbeku di minda tanpa dipecahkan untuk diselongkari segala macam hikmah dan manfaatnya.. Jika ilmu itu barang dagangan, perlu ada penjual dan pembelinya.. Barulah berkembang perniagaan ilmiah yang berkonsep mutualisme ini.. Saya ini juga seorang peniaga.. Datang berdagang dari jauh.. Harap-harap,, ada orang yang sudi membeli barang dagangan saya ini.. Usah gundah, usah khuatir,, barang dagangan ini pasti bermanfaat untuk para pembeli.,, tidak kira usia tua atau muda, pakcik makcik, adik kakak, atuk nenek,, semuanya boleh membeli.. Apatah lagi meski dikira pangkat mahupun darjat, tidak layak untuk kita menilai pangkat dan darjat seseorang kerana penilaian manusia itu tidak pernah sempurna.. Melainkan penilaian amalannya di sisi Allah.. insyaAllah..=)


Item : Ilmu
Description : Ilmu yang suci, tujuannya menyucikan hati
Producer : Allah, the only God
Price  : Just spare some of your TIME (Not your time actually..it is His!remember that..) to read and digest  this entry
Seller : Da'ie / Murabbi (I'm a beginner in this business.. I'm still new in this world.. )
Rating : Unlimited stars.. More than stars in the sky..






Item Review:


Baiklah, dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, syukur alhamdulillah, masih dikurniakan nikmat hati yang masih dahagakan makanan rohaniah.. Jika ditanya apa khabarku? Secara fizikalnya, bersyukur ke hadratNya kerana masih memiliki tubuh badan yang sihat, tanpa sebarang tanda kebuluran yang kronik.. (No muscle wasting, so, I'm OK! No gluconeogenesis is activated inside my body right now...=) ) Secara emosi dan spiritualnya pula,, masih mampu untuk berdiri tetapi masih lemah untuk berlari,, Namun tidaklah tiada upayaku untuk cuba bangkit dan memulakan langkah baru yang lebih bersemangat berbanding dengan hari-hari lalu..


Baru sebentar tadi mendapat pengisian hati bersama sahabat-sahabat perjuangan, membincangkan tafsir Surah Abasa, surah kelapan puluh dalam senarai surah-surah dalam Al-Quranul Karim, Al-Quran Yang Mulia.. Surah ini mengetengahkan tentang empat perkara yang berbeza.. Pada fasa yang keempat iaitu fasa terakhir, bermula dari ayat 33 sehingga ayat 42 dalam surah ini, Allah menceritakan serba sedikit tentang Hari Kiamat.. Kata Allah,


     "Maka apabila datang suara yang memekakkan (tiupan sangkakala yang kedua), pada hari itu manusia lari  dari saudaranya, dan dari ibu dan bapanya, dan dari isteri dan anak-anaknya. Setiap orang dari mereka pada hari itu mempunyai urusan yang menyibukkannya. Pada hari itu ada wajah-wajah yang berseri-seri, tertawa dan gembira-ria, dan pada hari itu ada (pula) wajah-wajah yang tertutup debu (suram), tertutup oleh kegelapan (ditmpa kehinaan dan kesusahan), Mereka itulah orang-orang kafir yang durhaka." [80:33-42]


MasyaAllah,, Astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah.. Sejak sekolah rendah lagi kita telah didedahkan dengan Rukun Islam 5 perkara, dan Rukun Iman 6 perkara.. Dan Rukun Iman Yang kelima adalah beriman kepada Hari Kiamat, atau percaya kepada Hari Kiamat yang bakal terjadi! Hari Kiamat di mana seluruh  makhluk ciptaan Allah yang mengisi ruang antara langit dan bumi, serta ciptaanNya yang merangkumi angkasaraya dan alam cakerawala sekalipun,, pasti hancur! Hancur sehancur-hancurnya!! Hancur pada Hari Kiamat ini... Sudah tentu janji Allah itu janji yang pasti kerana Allah tidak pernah mungkir pada janjinya.. 


Imbas kembali..


Setiap orang yang bergelar seorang pelajar, atau seorang manusia mungkin, pastinya pernah merasai bebanan dan erti sebuah ujian atau sebuah peperiksaan.. Sebelum peperiksaan itu berlangsung, kita rasakan kita punyai  banyak masa untuk merancang jadual belajar sebelum tibanya hari peperiksaan.. Kita juga masih punyai ruang untuk memperbaik lompong-lompong ketidakfahaman tentang sesuatu subjek itu.. Apabila tiba hari yang menggerunkan itu, kita melakukan apa yang terdaya dan termampu untuk dikeluarkan oleh akal ketika itu.. Di sinilah pentas untuk kita persembahkan apa yang telah kita usahakan sebelum ini.. Dan apabila tiba saat yang mendebarkan iaitu saat keputusan peperiksaan diumumkan, pelbagai reaksi dapat dilihat  dari pelbagai pihak.. Setiap calon akan melahirkan reaksi dan mempamerkan gerak badan tersendiri.. Ada yang jantungnya tiba-tiba berdegup kencang,tachycardia! (Increase in heart rate) Jiwa terasa tidak tenang, dan segala apa yang dilakukannya terasa tidak kena.. Ada juga yang berlagak tenang, tersenyum dan yakin dengan segala usaha serta pengorbanan yang telah dilakukan sebelum menjelangnya hari peperiksaan.. Jika baik keputusannya,, terpancarlah senyuman dan kegembiraan di wajahnya.. Namun,, jika buruk keputusannya, terpamerlah juga wajah yang bermuram-durja, dengan segala kesedihan yang menyelubungi hati...


Beginilah lumrah manusia.. Fitrah kehidupan.. Peraturan dan hukum alam yang telah ditetapkan oleh Allah.. Perasaan dan emosi juga adalah satu fitrah yang Allah wujudkan dalam diri seorang yang bernama MANUSIA.. Aku juga seorang pelajar,, dan aku juga seorang manusia.. Aku pernah merasai kemanisan kejayaan yang dikecapi.. Sehingga menimbulkan rasa cemburu orang lain pada diriku.. Aku juga pernah merasai keperitan kegagalan dalam peperiksaan besar dalam hidupku.. Peritnya dan beratnya perasaan itu, sehingga mampu membunuh semangat yang seharusnya sentiasa membara pada jiwa seorang pemuda atau pemudi.. Kesengsaraannya seperti hilang motivasi dan kurang kepercayaan serta keyakinan pada diri untuk bertemu dengan khalayak yang dikenali.. Segala perasaan yang dicampakkan oleh Allah pada hati ini sebenarnya adalah ujian daripada seorang tuan yang sangat sayangkan hambaNya.. 


Kegembiraan yang diberikan oleh Allah,, alhamdulillah,, itu adalah rahmat dariNya untuk kita hitung rasa bersyukur padaNya.. Teruskan usaha tanpa rasa jemu kerana kita telah nampak hasilnya jika kita sanggup berkorban demiNya..


Kesedihan dan kepiluan yang dicampakkan pada hati,, alhamdulillah,, astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah.. Satu amaran dari Allah untuk Dia tunjukkan kekuasaanNya pada hambaNya yang lemah.. Perasaan peritnya merasa kegagalan itu adalah anugerah daripadaNya, agar kita berfikir dan beringat tentang pedih dan sakitnya azabNya di akhirat kelak jika sedikit sahaja amalan yang dipersembahkan padaNya pada Hari Kiamat kelak.. Biarlah gagal untuk peperiksaan yang dicipta oleh manusia itu sendiri.. Namun, janganlah mengulangi kegagalan untuk satu peperiksaan yang paling besar kelak.. Peperiksaan yang menentukan pengakhiran kita, sama ada di tempat yang subur dengan keindahan iaitu syurga, ataupun tempat yang terkubur ketenangannya melainkan jeritan diazab yang menjalar untuk menyiksa roh yang ingkar pada tuhannya yang satu...


Dua golongan telah Allah golongkan berdasarkan amalan-amalan yang dilakukan di dunia ini.. Terpulanglah pada kita untuk memilih parti yang mana.. The choice is in your hand.. =)


Ps: Any enquiry please contact 24434...Or directly contact the CEO @ the creator of this product via prayer.. 
Promotion : 
- Keep liaising Him and have a strong faith in Allah to gain more benefit from our product
- To learn and know more about our product, purchase an Al-Quran
- To gain more from us, visit and refer al-quran and al-hadith dot com

Saturday, April 30, 2011

Berita panas Melodi Manipal..

"Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui." (41:9)


Terkesan dengan mesej yang disampaikan oleh Pencipta sekalian makhluk,, meliputi seluruh cakerawala, segala yang mengisi ruang baik di muka bumi mahupun angkasaraya, semuanya berstatus sama, memegang takhta yang sama iaitu si penghuni alam.. Hanya perlu tunduk dan patuh pada suatu kerajaan yang Maha Besar lagi Maha Agung iaitu kerajaan ALLAH YANG MAHA KUASA dan MAHA ESA..

Fikiranku yang agak berserabut sejak pagi tadi,, memikirkan pelbagai tanggungjawab telah terbeban di bahu.. Sedangkan aku masih berdiam diri,, kaki masih terpacak di sini.. KAKU..BISU.. Tanpa sebarang buah fikiran atau alternatif untuk memenuhi tanggungjawab-tanggungjawab ini.. Hari demi hari,, makin ditangguh memikirkan cara untuk memperbaharui diri, meningkatkan kualiti keimanan dalam diri.. Namun,, hari demi hari juga cabaran yang lain pula timbul.. Pagi ini dimulakan dengan mukaddimah yang agak kurang enak.. Masalah hubungan sesama makhluk,, sesama manusia... Biarlah perselisihan ini bernyawa hanya untuk seketika cuma.. Kerana ada bebanan lain yang lebih besar yang perlu aku fikirkan.. Bukanlah satu bebanan sebenarnya,, tetapi satu tanggungjawab yang telah tertulis dalam Tulisan Allah,, kini terletak padu di atas bahuku.. Mungkin kita sama-sama dapat merenung apa sebenarnya tanggungan di bahuku ini..

Kembali kepada maksud dari Surah At-Taubah, yang bermaksud pengampunan.. Seperti yang khalayak sedia maklum,, maksud ayat yang dipetik dari surah kesembilan dalam Kitab Al-Quranulkarim ini adalah satu-satunya surah yang dimulakan bacaannya tanpa kalimah basmalah.. Mendengar maksud ayat suci yang dipetik tadi, telah membuatkan aku tersentak seketika.. Ayat ini seolah-olah telah memberikan jawapan kepada persoalan pada hatiku ini..

Baru-baru ini, aku dikejutkan dengan satu peristiwa yang tidak pernah aku alami sepanjang permusafiran aku di Bumi Al-Maududi bersama dengan orang yang tersayang di sisi.. Pertama kali aku melihat guguran air matanya kerana perselisihan faham terhadap satu isu yang belum pasti, telah tersebar tanpa pengetahuannya.. Akibat terlalu gelojoh dalam membuat rangka persepsi terhadap sesuatu makluman, perkara yang sepatutnya jernih dan bersih telah bertukar sifat menjadi keruh dan suram.. Tangisannya berpanjangan sehingga membuatkan aku takut untuk mendekatinya atau  memujuknya.. Walaupun bukan jiwaku yang menanggung kesedihan dan kepiluan akibat salah faham itu, tetapi hatiku dapat merasai keperitan yang sedang ditanggung olehnya.. amat berat sekali perasaan itu.. Seperti katanya, mengimbas kembali sirah perjuangan di zaman Rasulullah dahulu.. Penentangan yang amat hebat daripada kaum musyrikin terhadap perutusan yang disampaikan oleh Rasul junjungan kita.. Baginda mendapat ejekan dan gangguan daripada pihak kafir Quraisy.. Kemudian, baginda memutuskan untuk berhijrah pula ke Taif. Di Taif pula, baginda menerima cacian, ejekan serta penghinaan daripada penduduk Taif. Semuanya kerana tidak dapat menerima risalah kebenaran yang disampaikan oleh kekasih Allah ini.. Kerana hati mereka terhijab untuk menerima hidayah Allah yang tidak ternilai harganya.. Kerana mereka mungkin ragu-ragu tentang kebenaran yang disampaikan oleh nabi Allah ini.. Kerana mereka mungkin jahil terhadap gerak kerja dakwah Rasulullah ini..

Begitulah persepsi masyarakat yang hanya memandang dari luar.. Ingin sekali aku merasai pahit dan manisnya hidup sebagai seorang da'ie.. Sanggup berjuang mati-matian hanya kerana ingin mencapai redha Illahi.. Peristiwa yang berlaku pada sahabatku ini sebenarnya adalah satu bentuk tarbiyah tidak langsung dari Illahi. Sama ada kita sedar ataupun tidak.. Antaranya :

1) Ia benar-benar mengingatkan aku kepada 'Siapa diri aku sebenarnya'.. Peristiwa ini juga telah mengajar aku selok-belok dalam berdakwah,, menyampaikan sesuatu kebenaran kepada masyarakat yang mungkin belum menerima risalah ini, atau mungkin juga telah disampaikan risalah ini pada mereka, cuma masih terhijab untuk menembus hati mereka.. Jika kita pernah merasai kebenaran ini sampai pada kita, janganlah melengah-lengahkan lagi untuk melapangkan hati menerima kebenaran ini.. Kerana bukan semua orang dapat merasai teguran dari Allah, tanda kasih sayangNya pada kita.. Sementara jantung masih mendegupkan nafas Islam, berpegang teguhlah pada syariatNya.. Laksanakan perintahNya sebaik mungkin, dan cuba hindari segala laranganNya..

2) Peri pentingnya mengusul periksa sesuatu maklumat dan bukan mudah menerima dan mempercayai bulat-bulat, seterusnya melatah atau melenting setelah sesuatu perkara itu sampai di corong telinga.. Berprasangka baik itu kan adalah suatu kemestian.. Kerana lazimnya, prasangka buruk itu sebenarnya menonjolkan kelemahan diri yang bertindak zalim pada diri sendiri.. Orang lain yang disangka menganiayai kita, hakikatnya diri sendiri yang berfikiran cetek dan mudah terpengaruh dengan bisikan syaitan yang sentiasa mencucuk-cucuk jarum permusuhan ke dalam hati insan-insan naif ini, terutama terhadap dua orang teman baik..

"Aku hanya menulis apa yang terbuku di hati.. Ketika ini, mungkin aku masih lagi mencari ketenangan dan jawapan pada persoalan hati.. Ya Allah ya tuhanku,, peliharalah hubungan baikku denganMu.. serta hubungan baikku sesama muslim.. terutama sekali dengan orang terdekat yang amat aku sayang.. Sampaikanlah kasih rindu dan sayangku pada mereka agar hati-hati kami sentiasa bertaut keranaMu.. Aku amat risau jika Engkau merampas kembali nikmatMu dan rahmatMu yang tidak terhingga limpahannya..amin.."

Wednesday, March 9, 2011

Aku adalah REMAJA!

"Why do you choose medicine?" Atau dengan kata mudahnya, "Why do you want to be a doctor?"

Terpacul soalan yang keluar dari bibir penemu dugaku.. Wajah Mat Salleh yang bermata biru, dengan accent Irish yang begitu tebal, cuba aku teliti agar tidak tersalah langkah dalam berbicara.. Aku hanya tersenyum dan terdiam seketika. Berdebar-debar hatiku untuk mengeluarkan fakta-fakta dan jawapan yang sudah terangka dalam kotak fikiranku. Menurut nasihat senior2 yang lebih arif dan berpengalaman, malah sudah berjaya mendapatkan tiket kelayakan ke universiti terkemuka di Ireland, soalan ini adalah salah satu soalan yang paling digemari oleh penemu duga. (Atau mungkin soalan mandatori bagi penuntut dalam bidang perubatan..) Wahhh,, soalan bocor! Yaa,, soalan bocor.. Aku begitu yakin dan bersedia untuk menghuraikan hujah-hujah yang telah aku susun rapi sejak beberapa hari sebelumnya. Aku menghidangkan penemu duga itu dengan isi pertamaku yang agak lancar. Kata demi kata disajikan, segalanya berjalan dengan baik dan sempurna. Namun begitu, secara tiba-tiba lidahku menjadi kelu dan kelat. Tiba-tiba jiwaku terasakan begitu sebak dan pilu. Aku tidak mampu meneruskan kata dengan isi keduaku. Aku cuba menahan sebak. Namun, aku gagal! Tanpa disedari juga, air mata jernih mengalir di pipiku tanpa dipaksa. "Ahh,, damn!" kata monolog dalamanku. "Stop..stop..stop! Apsal tibe2 emo ni??! Hey dude,, stop crying laa.." Akal dan hatiku berlumba-lumba menenangkan diriku yang diselubungi emosi yang tidak terkawal. Penemu duga di hadapanku agak tergamam. Dia menawarkan sedikit ruang dan masa padaku untuk menenangkan semula emosiku yang sedikit terganggu. Aku menolak tawaran itu, dan meneruskan hujah-hujah seterusnya.


Beberapa hari sebelum temu duga (Fasa persiapan)

Arggghhhh... Setiap kali aku ingin menyatakan isi keduaku, aku gagal meneruskan bicara. Sebaliknya, air mata pula yang tidak henti-henti mengalir.. Apakah?? Kuatkan semangat, kuatkan diri! Beberapa kali aku cuba menjawab soalan itu, dan setiap kali itu juga aku terkandas dengan emosiku. Mengapa?

"Ah, janganlah berdrama wahai diri. Terlalu banyak lakonan yang telah engkau pentaskan. Tidak perlulah engkau tonjolkan bakat semula jadimu itu di depan penemu duga nanti atau di hadapan khalayak."

"Aku tidak berdrama laa! Memang ini fitrah diriku! Emosiku mudah tersentuh.. Secara luarannya terpancar kekasaran dan kekerasan, tetapi sebenarnya terselindung sekeping hati yang tersangat lembut dan ampuh.."

"Kuatkanlah dirimu. Jangan terlalu berlebihan dalam beremosi. Ingat pesan abah, kita perlu jaga dan memantapkan kesemua IQ (Intellectual Quotient), EQ (Emotional Quotient) dan SQ (Spiritual Quotient). Ibu bapa kau juga mendapati tahap EQ mu pada tahap yang tidak selamat, dan perlu diperbaiki selari dengan kelanjutan usiamu. Lagipun, kau bukanlah seorang yang baik sangat. Adakah kau begitu patuh pada setiap arahan ibu bapamu? Adakah sudah cukup baktimu pada kedua ibu bapamu? Kalau kesemua jawapannya tidak, mengapa engkau perlu berdrama, menonjolkan seolah-olah engkau begitu mulia, seorang anak yang taat, dan segala-gala yang baik adalah ENGKAU.."

"Memang aku tidak cukup baik. Memang belum cukup budiku pada kedua ibu bapaku. Memang aku selalu bersikap kasar dengan kedua ibu bapaku. Merasakan diriku sahaja berpihak kepada kebenaran. Merasakan ibu bapa ku sahaja pihak yang tidak adil, tidak memahami kehendak seorang anak yang bernama AKU, yang punya kerenah sendiri. Semakin mencecah usia dua puluhan, semakin kerap aku melawan dan memberontak untuk kepuasan diriku sendiri. Memang semua tindakan ibu bapaku, aku rasakan salah dan serba-serbi tidak kena. Tetapi, perasaan dan peristiwa ini jugalah yang menimbulkan kesedihan dan kepiluan pada diriku.."

"Aku tidak mengerti. Itu cerita lain. Apa kaitannya, isi kedua soalan penemu duga itu, dengan cerita yang engkau sampaikan. Cukuplah, jangan berdrama lagi. Aku muak dengan janji-janjimu pada diri. Katamu, HANYA MENURUT KATA-KATA KEDUA IBU BAPA, TIDAK MELAWAN, DAN SENTIASA AKUR DENGAN PERINTAH MEREKA. Adakah itu yang engkau laksanakan? Adakah engkau kotakan janji-janji manismu pada diri?"

"Ya, aku mengaku salahku. Inilah cerita dan kisah di sebalik air mata yang mengalir di depan penemu duga. Air mata ini juga menjadi saksi kekesalan yang aku rasai. Engkau semua tidak mengerti isi hatiku, dan tidak mengetahui sejarah hidupku yang menyebabkan peribadiku terserlah seperti hari ini. Aku tidak tidak dapat meneruskan isi keduaku, kerana ia berkaitan dengan insan teristimewa dalam hidupku yang bernama IBU.."

"Teruskan.."

"Why do you want to be a doctor? Salah satu sebabnya adalah kerana ibuku. 18 tahun aku hidup dihujani dengan kasih sayang seorang ibu dan seorang bapa yang benar-benar penyayang dan bertanggungjawab. Tetapi, aku naik hairan, kerana semakin usiaku beransur dewasa, semakin aku tidak berpuas hati dengan sikap dan tindak-tanduk mereka. Aku tidak tahu mengapa. Kata orang, takah usia remaja adalah fasa paling tidak stabil, dan segala yang berlaku dirasakan tidak betul dan tidak kena. Aku kira, aku sedang mengalami proses ini. Aku sedang menjalani proses transisi, masih terkial-kial mencari identitiku sendiri."

"Engkau sudah tersasar daripada soalan Why do you want to be a doctor.."

"Itu hanya muqadimah.. Aku ingin menjadi seorang doktor kerana ibuku. Melihatkan kesengsaraannya berperang dengan sakit yang dialaminya, dia masih kuat dan bertenaga untuk membesarkan aku yang tersedia tepu dengan pelbagai kerenah dan masalah. Melihatkan wajahnya yang semakin lanjut, dengan urat-urat tua yang semakin menyerlahkan usia tuanya, dia masih gagah bekerja untuk mencari rezeki buat anak-anaknya. Setiap hari, aku kerap mendengar kerangan kesakitan yang dirasai oleh ibuku. Hati aku begitu perit mendengar jeritan kesakitan itu. Kata orang, berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya. Aku tidak sanggup lagi hanya menjadi penonton dan pendengar setia kepada insan yang telah banyak berjasa dalam hidupku, iaitu insan yang telah melahirkanku dan membesarkanku sehingga aku mampu berdiri seperti hari ini. Aku ingin menjadi seorang yang berkemampuan bukan hanya melihat kesengsaraan ibuku itu, tetapi berkemampuan untuk mengurangkan kesakitannya. Sebaik-baiknya, aku berupaya merawatnya suatu hari nanti dengan ilmu yang berbekal di dada. Sekurang-kurangnya, aku menjadi penawar kepadanya setiap kali dia melihatku, dan lebih bangga lagi apabila diriku bergelar sebagai seorang DOKTOR BERTAULIAH.. Menyaksikan keperitan masa lalu dan kesusahan yang aku bawa dalam hidup kedua ibu bapaku, telah meransang air mataku gugur setiap kali aku menjawab soalan penemu duga itu.."


Di bilik temu duga

Selesai sudah sesi temu duga setelah beberapa soalan lain diajukan kepadaku. Aku melangkah keluar dari bilik temu duga, dengan satu perasaan yang...... aku sendiri tidak mengerti. Adakah kosong perasaanku? Aku juga tidak mengetahui. Hanya ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI, yang tahu kebenaran dan kesahihan perasaanku..

***************

Pada hari ini, aku berasa tersangat bersyukur dan bertuah kerana Allah memudahkan lorong perjalananku dalam bidang perubatan ini. Pada peringkat awal, memang terasa sukar lorongnya. Tetapi aku bersyukur kerana sekarang aku bergelar pelajar perubatan tahun pertama di Melaka Manipal Medical College. Terlalu banyak cabaran yang aku lalui untuk mendapatkan lorong ini. Aku kira, ini semua adalah perancangan ALLAH YANG MAHA KUASA.

Ada ketikanya, aku terfikir juga,, apakah hikmah dan mehnah di sebalik segala peristiwa yang aku alami? Aku terasa diriku begitu kejam terhadap kedua ibu bapaku atas perlakuanku pada masa lampau. Memang benar, aku agak segan dan pemalu untuk menzahirkan kasih sayangku pada mereka. Tetapi, jauh di sudut hatiku, aku tersangat-sangat menyayangi mereka. Oleh sebab itu, apabila aku mendengar konflik antara ibu bapa dan anak, aku sentiasa berpihak kepada ibu bapa; meletakkan pihak ibu bapa adalah yang teratas. Walau apa jua yang terjadi, aku tahu, setiap ibu bapa sentiasa mahukan yang terbaik terhadap anak-anaknya. Suatu ketika dahulu (ketika zaman sekolah rendah, belum mencapai usia kematangan) aku pernah terfikir untuk lari dari rumah kerana tidak berpuas hati dengan ibu bapaku. Berkat doa kedua ibu bapa, aku diselamatkan olehNya. (Aku membatalkan niat itu kerana takut tidak cukup makan di luar sana, dan takut tidak dapat membedal masakan ibu yang enak-enak.. Aku merancang untuk lari dari rumah juga kerana terpengaruh dengan drama di televisyen. AWAS! Awasi tontonan anak-anak anda di rumah!"


Memang benar, adakalanya kita merasa bosan dan rimas dengan kongkongan ibu bapa terhadap pergerakan kita. Maka, keluarlah dialog-dialog sebegini pada ibu bapa. Jika tidak diutarakan pada mereka, ada juga yang bermonolog dalaman seperti kata-kata di bawah :

"Aku sudah remaja, aku mahukan kebebasan!"

"Mengapa perlu mak dan ayah melayan aku seperti budak-budak? Aku sudah besar, berilah peluang untuk aku tentukan hala tuju hidupku sendiri."

"Mengapa mak dan ayah tak percayakan aku? Cubalah faham kehendak dan keperluan diri aku. Ibu bapa kawan-kawan lain benarkan sahaja mereka pergi ke mana-mana, kenapa mak dan ayah aku tak benarkan?"

Inilah antara perasaan dan kata-kata yang pernah aku alami dan rasai. Bila teringat kembali, aku sendiri tidak mengerti dengan sikap dan sifat dingin aku ketika itu. Tetapi, sedarlah wahai sahabat-sahabat. Pandanglah ke kiri dan ke kanan, insafilah bahawa semua orang sedang berhadapan dengan hukum dunia ini. Malah, ada antara mereka yang menghadapi ujian yang lebih mencabar lagi daripada kita. Kita perlu bersyukur kerana masih dikurniakan nikmat kedua ibu-bapa yang sangat penyayang. Ada antara kawan-kawan kita, yang tidak sempat pun melihat kilas wajah ibu atau ayah mereka apabila mereka sudah celik, kerana Allah terlebih dahulu menjemput mereka menemuiNya. Ada juga antara kawan-kawan kita yang mengalami keretakan keluarga, dengan pelbagai masalah yang kadangkala mengganggu pelajaran mereka akibat tekanan daripada pihak keluarga. Namun begitu, jika ada antara kita yang mengalami dua situasi di atas, percayalah, kita masih lagi beruntung kerana masih dikurniakan hidayah Allah untuk hidup sebagai seorang muslim. Percayalah, ada orang yang kurang bernasib baik lagi berbanding dengan kehidupan yang kita kecapi sekarang.

Jika rasa diri ingin memberontak, imbaslah kembali detik-detik kita dilahirkan oleh ibu kita, hasil perkongsian benih kasih sayang kedua-dua ibu dan bapa kita. Janganlah kerana kehendak kita tidak dituruti, tanpa berfikir panjang kita menyandarkan kesalahan di bahu ibu bapa kita. Atau yang lebih teruk lagi, terus membuang ibu bapa daripada kamus kehidupan. Jika kita pernah merancang untuk membawa diri berjauhan dengan ibu bapa kita, renung-renungkanlah tindakan kita itu semasak-masaknya. Mungkin hari ini kita masih sempat untuk berpaling daripada melihat wajah tua mereka. Kita masih sempat memekakkan telinga daripada mendengar suara nyaring mereka (Walaupun bernada bebelan yang kadangkala merunsingkan fikiran). Kita masih sempat meninggikan suara melawan pendapat mereka yang bercanggah dengan pemikiran kita, malah berusaha menegakkan pendirian kita yang dirasakan benar-benar belaka. Tetapi, ingatlah,, kita semakin meningkat dewasa, begitu juga dengan mereka. Kita masih gagah, muda dan bertenaga, tetapi mereka hanya menjalani rutin harian dengan saki-baki umur mereka untuk melihat kita membesar sebagai manusia yang berguna. Bayangkan suatu hari nanti, ketika kita sedang berjauhan dengan mereka di rantau orang, tidak sempat kita membuat panggilan setiap minggu, Allah lebih pantas membuat panggilan kepada kedua ibu bapa kita untuk menemui ajal mereka. Kedua ibu bapa kita telah menjalankan tanggungjawab mereka melayan kerenah kita ketika kecil dan membesarkan kita. Sekarang adalah giliran kita pula untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak, berbakti dan melayan kerenah mereka pula.. Renung-renungkanlah..

[Aku ini insan yang penuh dengan cacat-cela dari segi peribadi, apatah HATI. Sedang berusaha membaiki hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia, khususnya keluarga terdekat. Kepada remaja-remaja di luar sana, kita semua akan melalui proses transisi ini sebagai seorang remaja. Bagi yang pernah merasai kekeliruan perasaan ini, akan tahu bagaimana rasanya. Bagi yang sedang mengalami proses ini, berhati-hati dan sedarlah bahawa anda sedang mengalami proses transisi ini. Tapi jangan risau, kerana ini adalah satu proses yang normal. Cuma perlu berwaspada dengan sebarang tindakan dan keputusan yang diambil. Berdoalah, semoga Allah sentiasa melindungi kita, dan melembutkan hati kita yang sedang keras dan masih degil terikat pada kata hati yang belum matang..wallahu'alam]

Friday, March 4, 2011

I wanna grow old with you

Khamis, 3 Mac 2011

Tidak mengerti apakah perasaan yang dialami ketika ini.. Semalam,, hati ini seperti dihenyak sepadu-padunya.. Mungkin terkejut dengan lafaz kata-katanya yang bererti perpisahan.. Minta untuk dipisahkan.. Aku mengerti,, bukan pintaan hatiku, atau pintaan hatinya untuk perpisahan ini.. Tetapi, kami HARUS berpisah.. Seiring dengan hembusan kata-kata itu, seiring itu juga air mataku gugur tanda menafikan perpisahan ini.. Saat berlalu semakin pantas,, begitu juga air mataku gugur tanpa mengendahkan masa.. terus gugur dan gugur tanpa henti.. Sehinggalah aku tertidur.. Tidur dalam keadaan yang tidak dirancang dan tidak bersedia.. Entah bantal ke mana, anak patung ke mana, selimut pun ke mana.. Yang pasti,, aku terjaga dek satu bunyi yang dikeluarkan dari telefon bimbitku.. Oh,, terima kasih Samsung Champ.. (model yang dibeli di negara asing, iaitu di rumah keduaku; INDIA.. lebih spesifik lagi,, di MANIPAL.. bukan sengaja menghabiskan duit penaja, (terima kasih MARA) membeli alat-alat elektronik sesuka hati,, tetapi Sony Ericsson F305 merajuk tidak semena-mena,, dan minta untuk bersara daripada berkhidmat denganku.. Aku harus redha,, perlu mencari penggantinya secepat mungkin.. bukan apa,, untuk memudahkan urusanku yang kini ia merupakan satu KEPERLUAN bagi setiap manusia di zaman ini..) [Oh,, begitu panjang selingan kali ini.. SEGALA KESULITAN HARAP DIMAAFI..]

Di skrin telefon bimbitku tertera..


1 New message


Pantas aku menekan butang 'View'

Oh,, aku baru sahaja menyumbangkan air mata kerananya.. Sekarang muncul pula mesej terbaru darinya.. Hanya bergantung kepada cahaya dari skrin telefon bimbitku, mataku terjegir untuk membaca kandungan mesej itu dalam kegelapan.. Kegelapan malam ditambah pula dengan kesempitan mata (mata menjadi sepet kerana terlalu banyak dan terlalu lama menangis..), menyukarkan fokus pada pembacaanku.. Aku membalas mesejnya sambil hati yang masih lagi dibaluti kesedihan... kepiluan... kesengsaraan dan keadaan yang belum bersedia lagi untuk berpisah dengannya.. Kemudian,, panggilan keluar dibuat,, aku meluahkan segala yang terbuku di hatiku.. Aku ingin dia memahami situasiku dan perasaanku.. Aku tidak mampu menahan kesengsaraan jiwaku, lalu berterusan menangis sambil menghembuskan kata-kata dari lubuk hatiku.. Begitu juga dengannya,, adakalanya terdiam, adakalanya bersuara.. Hal ini berterusan selama 2 jam.. Tepat jam 3.00 pagi,, perbualan kami terhenti.. Aku kira dia memahami perasaanku.. Ucapan selamat malam darinya menjadi dendangan buat kelenaan tidurku pada malam itu..


Jumaat, 4 Mac

Malam ini sekali lagi telingaku berdesing seperti mendengar berita yang tidak mahu didengar.. (hakikatnya,, berita ini enak didengar..) Berita itu adalah satu berita yang baik hakikatnya,, untuk pengukuhan zahiriah dan batiniahnya.. (batiniahku juga sebenarnya.. aku terfikir juga, adakah ini panggilanNya untuk aku dan dia, agar berjauhan dan mengurangkan kerinduan masing-masing.. supaya kerinduan kami berada pada tahap yang sewajarnya..) Tetapi mengapa harus aku rasa kesal dengan berita ini?? Kesal kerana rasa seperti dirinya begitu jauh denganku.. (Memang jauh pun.. kerana tempat yang bakal dia ziarah berada lebih jauh daripada tempat tinggalnya yang tersedia jauh.. dari barat Tanah Air ke selatan Tanah Air..) Mungkin jarak yang berjauhan ini juga menimbulkan rasa tidak selesa.. (atau cemburu??) Aku dapat merasakan dia meninggalkan aku,, buat satu jangka masa yang lama,, atau mungkin buat selama-lamanya..(seperti dialog Juliet pada Romeo, "Selamat tinggal Romeo..")

Huh,, aku mengeluh kecil.. Aku mematikan perbualan dengannya sebentar tadi.. Walaupun sakit untuk aku katakan, aku menguatkan jari-jemariku untuk berkeras MEMATIKAN perbualan ini.. Bukan diri aku sebenarnya jika tidak berhubung dengannya walau sesaat.. Namun,, aku tidak dapat menahan kepiluan hatiku.. Aku tidak mampu berpura-pura tidak berperasaan, atau berlagak seperti biasa tanpa kehadirannya,, tidak mampu aku lakonkan lagi perasaan 'AKU OK' itu.. Hakikatnya, aku terseksa bila berjauhan dengannya.. Mengetahui dirinya akan berjauhan denganku di rantau orang selama 2 hari,, memungkinkan selama itu juga aku tidak boleh berhubung dengannya.. Aku menangis lagi.. aku menangis.. dan menangis lagi.. Jawapannya pula seperti 'Saya OK', atau mungkin juga 'Saya cuba untuk OK'.. Reaksinya tidak sepertiku yang terlalu beremosi dalam setiap perkara, terutama sekali dalam perkara yang melibatkan dirinya.. Setiap sejam, dia akan cuba berhubung denganku.. Setiap kali itu juga aku cantas perbualan ini kerana tidak sanggup berhadapan dengan dirinya.. (berhadapan secara maya, melalui teknologi, melalui SMS maksudku..).. Mengapa aku tolak pelawaan berbual dengannya? Bukankah ini satu peluang untuk bersama dengannya?? Oh,, tidak sama sekali.. kerana perbualan dengannya hanya mengundang duka dan pedih pada hatiku.. Aku akan teringat kembali detik-detik kemesraan kami sebelum kata-kata perpisahan itu dilafazkan.. Aku akan teringat kemanisan wajahnya.. Aku akan teringat segala-alanya tentang dirinya.. Aku tidak sanggup menghadapinya.. Aku tidak sanggup.. Aku terpaksa mematikan juga perbualan ini secara kejam! Tanpa kerelaan hatiku....

Aku bertanya pada diri,, Adakah rindu yang berlebihan padanya menimbulkan perasaan yang tidak sewajarnya aku miliki seperti ini?

Mengapa setiap detik aku rasakan terlalu lama untuk ia berlalu?? Terlalu lama untuk aku nantikan tarikh itu,, tarikh di mana kami akan bertemu dan bersua-muka..

Maaf atas perlakuanku padamu.. Aku terlalu menyayangimu.. Menyayangimu melebihi daripada segala-galanya.. Menyayangimu melebihi daripada nyawaku sendiri.. Maafkan aku atas kesilapan yang tersandar padaku.. Dedikasi lirik kata lagu ini,, aku tujukan jua khas buat dirimu yang teristimewa..

Another day
Without your smile
Another day just passes by
But now I know
How much it means
For you to stay
Right here with me

The time we spent apart will make our love grow stronger
But it hurts so bad I can't take it any longer

I wanna grow old with you
I wanna die lying in your arms
I wanna grow old with you
I wanna be looking in your eyes
I wanna be there for you
Sharing in everything you do
I wanna grow old with you

A thousand miles between us now
It causes me to wonder how
Our love tonight remains so strong
It makes our risk right all along

The time we spent apart will make our love grow stronger
But it hurts so bad I can't take it any longer

I wanna grow old with you
I wanna die lying in your arms
I wanna grow old with you
I wanna be looking in your eyes
I wanna be there for you
Sharing in everything you do
I wanna grow old with you

Things can come and go I know but
Baby I believe
Something's is burning strong between us
Makes it clear to me

I wanna grow old with you
I wanna die lying in your arms
I wanna grow old with you
I wanna be looking in your eyes
I wanna be there for you
Sharing in everything you do
I wanna grow old with you




Sunday, January 16, 2011

Sahabatku

Teringat kata-kata sahabatku yang menarik akalku untuk merenung lebih jauh dan lebih dalam tentang Ad-Din.. "Selama-lamanya kita memakai pakaian seorang muslim.. Maka jadilah seperti apa yang dipamerkan oleh pakaian kita.."

Yaa,, aku yakin dan bersyukur kerana aku masih menyarungkan jubah seorang muslim ini, dan aku tidak akan sesekali melucutkannya daripada tubuhku, walaupun sesaat cuma.. Namun, itu hanya pemikiran yang berjanji,, Bagaimana pula pelaksanaan oleh tubuh yang menjadi 'alat' atau medium pada ruh Islam itu sendiri? Bagaimana pula dengan bisikan hati kecil sanubari yang adakalanya disapa oleh bisikan syaitan yang bisa melunturkan keimanan? Kerana di saat keimananku masih muda pada nilai takwanya, kadangkala hilang rasionaliti untuk memilih antara bunga atau harumannya.. Antara mutiara atau kaca,, antara rama-rama atau kupu-kupu,, kegembiraan di dunia sahaja atau kebahagiaan di akhirat kelak..Hatiku masih mentah untuk menilai kesahihan pada jalan kebaikan yang sewajarnya aku pilih.. Tetapi dengan kebesaran dan kekuasaanNya, terlintas di fikiran dan hatiku tentang satu perkara yang sering dipandang enteng oleh sebahagian besar golongan manusia.. Pelbagai peranan sebenarnya yang aku pikul sejak pertama kali aku menyarungkan jubah muslim itu.. dan aku kurang pasti akan kesempurnaan hak pada setiap tanggungjawab yang aku pikul setakat ini..

“Sebaik-baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik-baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya”

 (H.R al-Hakim)

"Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.."


Masyaallah.. seketika hati mendengar kata-kata ini, seperti memberikan satu hentakan buat diri yang sedang asyik dengan lamunan akal dalam dunia sendiri.. Beberapa hari lalu, dudukku tidak senang memikirkan kehidupan yang agak kusut pengurusannya.. Soal kesihatan fizikal, emosi dan spiritual, semuanya dalam keadaan celaru tanpa pengendalian yang rapi.. Tidak terniat untuk aku berlaku zalim pada yang hak, tetapi semuanya berlaku tanpa aku duga atau rancang.. Berjujuran air mata yang gugur kerana kekesalan pada diri yang begitu lemah dengan ujianNya.. Adakah aku begitu lemah jika secara lahiriahnya tangisan yang aku pamerkan? Kata sahabatku yang lain, air mata itu bukan tanda kelemahan sebaliknya fitrah seorang manusia apabila sesuatu cabaran itu melebihi had kemampuan kita sebagai seorang manusia biasa.. Aku memegang kata-katanya.. Alhamdulillah, sedikit ketenangan dirasai.. Namun, selesai satu perkara, datang pula pemikiran yang lain.. Adakah aku menepati ciri-ciri seorang sahabat yang digariskan oleh Islam? Jika tiada tertampak ciri-ciri seorang sahabat yang baik pada diri ini, adakah layak diri aku bergelar seorang sahabat? Adakah layak untuk aku hidup dalam kelompok masyarakat yang mulia, yang sering mengasihi sesama manusia keranaNya, sedangkan aku begitu kotor dengan daki-daki jahiliyah? Kali ini, semakin deras jujuran jernih ke pipi setelah menghitung selama mana usiaku tersia sebagai seorang sahabat...

Aku sering menyampaikan hasrat hatiku pada sahabatku..

Aku sangat sayangkan sahabatku..

Begitu monolog dalamanku.. Sahabatku mungkin mempunyai perwatakan seorang sahabat akhirat yang digariskan tadi, tetapi mungkin aku tidak memenuhi syarat-syarat untuk mendapat gelaran 'sahabat akhirat' ini.. Aku mengimbas kembali butir-butir bicara antara aku dan sahabatku.. Adakah perbincangan yang membuahkan manfaat? Atau hanya perbincangan kosong yang membawa tiada erti? Aku tidak tahu mengapa soal ini yang sering aku fikirkan.. Hatiku menjadi luluh acap kali melihat kemesraan sahabatku pada teman-teman rapatnya, yang begitu berbeda dengan kemesraannya padaku.. Bukanlah cemburu atau tidak senang.. Tetapi setiap kali peristiwa ini terjadi, pasti kesedihan dan kepiluan yang menyesak hatiku.. Jika dikumpulkan aku, sahabatku dan teman-temannya, tentunya aku kelihatan begitu asing dalam dunia mereka.. Masakan tidak asing, kerana kemesraan antara mereka disemai oleh barakah dari Illahi sehingga kerinduan untuk bertemu dan berbincang sering membuak-buak. Manakala aku tidak mampu memberikan aura kebaikan pada sahabatku seperti yang dirasainya bersama teman-temannya.. Setiap kali sahabatku berkumpul bersama teman-temannya, aku merasakan sahabatku seperti berlari ke hadapan dan meninggalkan aku begitu jauh ke belakang.. Dari situ, aku menangis sendiri kerana telah hilang tempat bergantung.. Mungkin begitulah gambaran perasaanku yang dapat aku ungkapkan dengan susunan aksara ini..

Adakalanya, aku merasakan sedikit kekurangan yang timbul dalam persahabatan kami.. Seolah-olah wujudnya jurang antara duniaku dan dunianya.. Pada mereka, sifatnya terlahir sedemikian rupa,, pada aku pula, berbeza sekali sifat dan perwatakannya. Aku sangat menghargai kejujuran sifatnya padaku kerana aku rasa akulah orang yang paling mengenalinya.. Namun mengapa masih sukar untuk aku tembusi dirinya? Memang aku akui perbezaan pemikiran dan wavelength kami.. dan atas dasar ini, mungkin kesefahaman sukar dicapai.. 

Aku pernah terbaca tentang satu artikel yang mempunyai perkaitan dengan ciri-ciri sahabat yang baik, di mana; seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

* Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
* Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
* Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
* Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
* Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
* Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
* Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
* Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
* Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
* Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
* Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
* Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
* Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat
* Dia mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat.

(adaptasi hasil tulisan yang ditemui)


Kata-kata terakhir dariku,, aku sangat menyayangi sahabatku.. Fenomena yang sama juga aku harapkan daripadanya.. Tiada apa pun dalam entri ini, cuma ingin mengeluarkan sebahagian perasaan yang terbuku dalam hati untuk dilihat dan ditapis oleh sahabatku.. Kalau lintah yang engkau gelarkan, aku terima.. kerana lintah sangat setia pada kulit manusia.. Begitu juga kesetiaanku dalam persahabatan kita..