Friday, August 20, 2010

AKU seekor arnab

Aku seekor arnab. Bersaiz kecil, jinak dan manja. Aku sangat jinak, maka tidak perlu dijinakkan. Cuma kegemaranku sejak azali adalah suka menggigit kerana struktur gigiku membenarkan aku melakukannya. Pernah dengar gelaran 'gigi arnab' pada si polan itu dan si polan ini? Mencuri namaku, Si Gigi Arnab. Kaumku semua begitu, tidak menimbulkan sebarang kesangsian pada masyarakat. Pada kaum manusia pula adalah sebaliknya.. Manusia sering mengejek sesama sendiri. Tentunya aku rasa terhina dengan tawa ejekan mereka yang bermaksud. Mengambil sifatku dan meletakkan pada segolongan manusia yang segigi dengan ku. Aku benci sikap manusia yang suka mengejek! Mungkin rasanya ada mesra, tapi di sebalik senyuman itu tersimpan hati yang kegeringan. Bahaya kerana boleh membawa dendam. Mujurlah aku seekor arnab. Tiada apa yang perlu didendamkan. Bersesuaian dengan sifatku yang manja.

Manja, manja, manja.. manja dengan semua.. manja dan mesra.. Manja kerana suka bermain. Aku berlari ke sana ke mari kerana kisah aku serta nenek moyangku sangat terkenal di serata alam. Arnab yang pantas berlari. Tetapi itu sejarah... Aku memang pantas berlari ketika usia mudaku. Kini? Masih pantas berlari? Prestasiku merosot. Kalau dulu aku jaguh dalam larian, tapi semakin aku dewasa potensiku seakan-akan hilang.. Tertanya-tanya juga,, siapa yang mencabulnya tanpa kebenaranku? Ah,, mahu jadi seperti manusia?? Sentiasa berprasangka buruk dan menuduh semborono tanpa usul periksa daripada pihak berkuasa. Sekali-kali tidak.. Kerana aku seekor arnab yang jinak dan manja. Bila punyai dua sifat 'approachable' ini, semestinya sifat sensitif sinonim denganku.

Aku sangat sensitif! Bilamana tuanku mahu bermain denganku, jangan sekali-kali memegang telinga panjangku! Itu anggota yang terkandung pelbagai saraf dan deria. Kebanyakan manusia tidak tahu anggota sensitifku. Maka, mereka menyangka aku bahagia diperlaku begitu,, rupa-rupanya hati aku meronta. Kalau mereka peka, mereka arif dengan kehendakku. Pegang dan angkatlah aku dengan penuh kasih sayang. Jika masih meronta, betulkan posisi berpegangan sehingga aku selesa dengan cara mengusap-usap bulu putihku dengan mesra. Insyaallah, aku akan kembali bertenang seperti bentuk asalku seekor arnab.

Aku juga suka makan. Makan diet seimbang merangkumi semua nutrien. Cerita 'Bugs Bunny' mewakili kaumku sedunia, gemarkan lobak merah teramat sangat! Kata doktor, lobak merah sangat bagus untuk menyaksikan alam dengan memiliki sepasang mata yang tajam dan cantik.. Ohh,, tidak akan ada arnab yang bermata empat! Tetapi aku berkaca mata.. Penglihatanku tidak setajam yang lain.. Benarkah aku seekor arnab?? Ohh,, mungkin aku seekor kura-kura.. Bila ada arnab, tentunya ada kura-kura sebagai pencabar ketangkasan masing-masing. Berdasarkan pemahamanku, Tok Kura dalam Perlumbaan Kedua berkaca mata. Anak-anak buahnya juga berpotensi berkaca mata. Mungkin aku salah seorang daripada anak buah Tok kura itu...

Berganjak kepada kisah keluarga Tok Kura. Aku seekor kura-kura pula. Tidak lagi seekor arnab. Aku bangga dengan sikap kura-kura kerana umum mengetahui, perlumbaan antara arnab dan kura-kura, berpihak kepadaku, seekor kura-kura yang berkaki pendek, lemah, dan sangat lambat berjalan. Aku seekor kura-kura kerana dalam kebanyakan aspek kehidupan, aku tidak sepantas yang lain. Pergerakanku lemah dan kelihatan seperti tidak terdaya. Adakalanya cemburu dan sedih timbul juga melihat mereka begitu cergas dan cepat sampai ke destinasi yang dituju. Walaupun jaraknya cuma sekangkang kera, perjalananku seolah-olah seperiuk nasi jauhnya, atau barangkali sepurnama. Tapi aku harus sedar dan harus mengungkapkan kesyukuran kerana pada firasatku, ada yang lebih lambat daripadaku. Jika aku bersaing dengan Siput Babi dan Ulat Beluncas, siapakah yang kalian jangka akan menjulang trofi kemenangan? Siput Babi yang mengengsot atau Ulat Beluncas yang bukan kepalang banyak kakinya? Aku sedikit yakin untuk mengalahkan Ulat Beluncas kerana sedang aku berusaha merangkak, dia pula terlalu khusyuk menyarung stokin dan kasut pada kakinya. Ketika aku sudah sampai ke garisan penamat, mungkin dia baru hendak memulakan perjalanan. Waaahhhh, ada yang lagi lambat daripadaku rupanya. Kurang kerisauan di situ, timbul pula harapan.

Jadi, di mana kelebihannya kura-kura ini? Pada cangkerangku yang menyumbang kepada pertambahan beratku? Ohh,, sesekali tidak.. Bebanan cangkerang di belakangku tidak aku salahkan kerana banyak baktinya padaku. Ketika aku malu, cangkerangku menyembunyikanku. Ketika aku ngantuk, cangkerangku tempat aku diami. Ketika aku diancam, cangkerangku menjadi pelindungku. Banyak juga sifat terpuji aku sebagai kura-kura yaa.. Tetapi, kemuyskilan di sini,, kura-kura adalah seekor yang penyabar. Aku tidak sepenyabar itu. Kalau ada yang tidak menepati janji padaku, mampukah aku bersabar? Kalau sering aku memberi bunga, tetapi sering pula dibalas najis, mampukah aku bersabar? Hanya kura-kura mampu istiqamah atau konsisten dengan sifat sabar ini. Jadi, benarkah aku seekor kura-kura?? Ohh,, keliru lagi... Mungkinkah aku seekor ikan lumba-lumba atau dolphin? Yaaa,, ada kebarangkaliannya melebihi 0.5.. Sudah lebih daripada separuh teori ini boleh dipercayai...

Aku seekor ikan lumba-lumba.. Kita guna nama komersial,, aku seekor dolphin.. Si Lincah Dolphin! Mampu buat orang ketawa melihat aksi-aksi lincahku. Mungkin mereka kagum? Kerana hanya aku mampu melompat melepasi jaringan api membara melalui medium air.. Mengharapkan ikan paus?? Arhh,,, sudah pasti tersangkut. Atau terus tersalai menjadi ikan paus panggang. Tinggi risikonya beraksi sedemikian rupa. Tetapi aku sukakannya! Tiada siapa mampu menghalang minatku terhadap sesuatu. Aku suka menikmati semua rasa, merasa sehingga puas. Eh2,, Aku belum cukup puas!! Mengapa menyekat kehendak zahirku?? Apa?? Mereka kata aku tidak tahu berenang? Hanya tahu berenang di tepian?? Kalau hanya pandai bermain di gigi air, aku bukanlah seekor dolphin. Alamak,, silap lagi.. Aku bukan dolphin?? Owh,, aku hanya lincah seperti dolphin, tetapi aku bukan dolphin.. Lincah tetapi kurang ke arah perairan,, kedaratan sahaja.. Jika demikian, aku seekor kuda yang lincah! Ya ya yaaa... aku seekor kuda! Syarifah Aini pernah memanggilku suatu ketika dahulu. Katanya,, "Kudaku lari gagah berani!" Wahhh,, tepuklah sikit. Unsur diskriminasi kerana hanya bertepuk untuk Si Dolphin itu.

Aku seekor kuda. Kuda yang gagah berani. Kuda adalah kegemaranku! Sudah semestinya aku menyokong diri sendiri. Aku seekor kuda yang punyai banyak sifat terpuji. Pemilik Alam juga mengangkat aku dalam kalimah sucinya. Banyak pujian terhadap keturunanku dahulu kala. Nabi Sulaiman juga sering terhibur dengan kegagahan kami.. Sifatku yang paling membanggakan keturunan kami adalah taat setia kami kepada tuannya. Aku mampu berperang dengan penuh semangat; tidak kenal erti menyerah atau bacul. Aku seekor kuda yang berani! Senjata api hanya permainan keanak-anakan bagiku. Jika diduga untuk terjun ke dalam gaung sekalipun aku sanggup. Kerana aku cukup berani dan setia. Aku seekor kuda yang setia. Tetapi, kawan-kawan tuanku ramai yang tidak memiliki jati diri dan kesetiaan yang unggul sepertiku, kendatipun dalam sekecil-kecil perkara dalam bersahabat. Aku ingin mencari kawan-kawan yang sekufu dengan aku, ada keturunan kuda ini. Malah sanggup berkorban untuk tuannya. Sedangkan mereka punyai akal, dan dinobatkan oleh Pencipta Alam sebagai sebaik-baik kejadian. Mengapa masih lemah jati diri pada nilai kesetiaan seorang teman? Mulianya manusia kerana berakal, tetapi aku lebih penyayang dan berperikemanusiaan daripada mereka. Tiada sifat 'kekudaan' yang perlu diteladani seperti sifat 'kemanusiaan'. Manusia memang bodoh! Tidak tahu saling menghargai dan memerlukan. Arhh,, aku hanya seekor kuda... Membebel di rebanan.. Tiada yang berubah... Aduh!! Sakitnya tercucuk anak panah di badanku... Arrhh,,, arhhhh,,, tidak terdaya lagi mahu berjalan.. Ohh,, kakiku pula tersusuk anak panah... Sakitnyaaa.... arrrh...arrrhhh.... lenyap...


********

Di mana aku berada? Siapakah aku sebenarnya?

Aku seekor arnab??

Oh,, bukan.. Sesekali tidak..

Aku seekor kuraa-kura??

Oh,, bukan juga.. Sesekali tidak..

Aku seekor kuda??

Oh,, masih bukan.. Sesekali tidak..

Jadi,, siapa aku?

Tuesday, August 17, 2010

DUIT RAYA di awal Ramadhan

Ketika umur sudah mencecah dua puluhan,, pernah terfikir ke nak dapat duit raya? Kalu ikut adat istiadat Kaum Cina, selagi seseorang tu belum kawen, maka layak laa dia nak terima angpow dari pasangan yang dah jadi suami isteri atau laki bini.. Kalu ikut adat budaya Kaum Melayu plak camne? Nampak cam muka dah matang, da tinggi daripada ketinggian kanak-kanak biasa (walaupun hakikatnya umur baru 9 tahun, tapi after makan calciYum n enfagrow, maka tinggi secara mendadak..tinggi cam aku laa..heh), ada misai tertompok sikit, suara dari halus melunak da jadi makin besar menggarau... maka insan-insan istimewa ini tidak layak untuk mendapat duit raya.. haa, camtu ke? Kalu tanye, aku yakin n percaya 99.99% orang takkan pernah tolak untuk terima duit raya.. So,, rugi la jadi orang kulit sawo matang ni sebab tak dapat duit raya...gitu? Hoho, satu perkiraan yang sangat sangat cetek.. Sebab percaya atau tidak, semalam aku baru jek dapat duit raya.. puasa tak habis lagi, puasa pun baru seminggu, dah dapat duit raya? Sungguh AKU seorang pendusta! wuooowuooowuoooo..cakap baik2 sikit ek,, aku jujur kotttt...grrr

Hurm,,gini citenye.. kan aku dah cakap,, banyak peristiwa menarik berlaku pada bulan Ogos ni.. kerana itu aku sedikit bersetuju bahawa OGOS ITU ISTIMEWA.. ISTIMEWA kerana peristiwa yang berlaku tu mesti la ada kaitan ngan diri aku, n sape2 sahaja yang berkait hubungannya ngan AKU..hee Hatta...seperti yang telah tersurat dalam TULISAN ILLAHI,, pada tanggal 16 August 2010, telah berlaku satu peristiwa yang tak pernah aku rancang dalam hidup aku.. Bertemu Dato' R, seorang lelaki tulen (hihi..saje suka diksi tulin nii..), merangkap Dean of Medicine Faculty di m&m.. kalu tak silap,, ni lah jawatan dia..

Well,, semalam aku ngan rakan-rakan seperjuanganku pergi ke Melaka, bukan untuk berjumpa Hang Tuah Lima Bersaudara atau menghayati sejarah lampau Tanah Melayu, tapi untuk melihat-lihat, survey2, tempat yang bakal kami tempa nama dan sejarahnya.. (waaahhhhh..cita-cita besar ni, mulia lagi murni..hee untuk kamu juga, percayalah,, ini semua untuk kamuuu..semua pembaca,, rakyat Malaysia..) Memang niat kami ke m&m untuk berjumpa sejenis makhluk berkaki dua, bermata dua, bertangan dua,, teka apa? tiktok tiktok tiktok...peeeettt!!!!! masa tamat!! dok ralit baca, bukan nak jawab soklan aku!huh jawapannya MANUSIA laaa...gaga Yaa,, mereka adalah 2 insan yang tok nenek moyangnya berasal dari bumi Bollywood, bersama seorang insan mungkin orang tempatan yang dikenali sebagai Dato'R..

Hurm,, kitorang datang saje nak lawat2 mereka... sembang2 santai jap.. bulan Ramadhan kan, rajen plak ziarah-menziarahi ni.. so,, AKU bersama ngan rakan sekumpulanku iaitu Gadis Taekwondo, ..Zulaikha.. , Miss Mahir Zain dan juga the only superman, Mr. Huggable Man (no offence yaaa).. At first, aku memang tak mau jumpa tuan rumah dengan Zulaikha..haha Seyes tak mau sekumpulan ngan dia! Walaupun muka cam gadis Melayu terakhir, tapi berbisa kooootttt..wakaka (frankly speaking..i envy u..insyaallah untuk kebaikan..ngee) Kami pun dijemput masuk oleh tuan rumah.. sungguh ramah Dato' R ni.. sambil2 borak minum kopiii... oopppppss!!! puasa2...sorry, no coffee or tea, just the sweet self saliva juice..eheh

Semakin lama kami duduk, perbualan kami menjadi semakin hangat.. mula-mula lagi dah tanya tujuan kehadiran kami,, ye la, sebelum ni tak pernah pandang pun mahligai diorang, tiba2 hari tu, bulan puasa plak tu, rajin plak nak ketuk pintu rumah diorang.. Aku tak pernah terfikir yang dia akan persoalkan kedatangan kami yang mulia ni..huhu nak wat camane,, diorang tuan rumah,, kami sebagai tetamu cuba jawab dan layan tuan rumah dengan baik walaupun aku rasa sangat banyak unsur sinisme yang dilontarkan kepada kami secara sengaja..huu padan muka kami... n seterusnya, soalan yang memang tak pernah aku fikir, keluar pada hari tu...

Dato' R : Kenal ngan Cik Panadol? Ala,, yang cuhn2 tuuu,, bila kita sembang ngan dia, penin pun boleh hilang, Encik Demam pon tak berani nak menggatal atau kacau.. maklumlah, artis terkenal, banyak lah body guard nya.. Ini gambarnya,


Cik Panadol yang budiman


Soalan ni ditujukan kepada Mr. Huggable Man. Waktu ni aku sedikit gabra.. sebab waktu kat World School dulu, aku tak blajar Drugs dalam subjek Chemistry.. tak teringat plak pasal Paracetamol.. dengar-dengar Zulaikha dok bisik2,, (gadis Melayu terakhir kan,, berbisik jek kejenya,,tersipu-sipu malu..sopan la tu..wakaka) baru aku teringat nama sebenar Cik Panadol.. Soalan ni berjaya dijawab oleh Mr. Huggable Man. Soalan seterusnya...

Dato' R : Cik Panadol tu sangat slim lagi cantik.. Berapa lah agaknya berat Si Molek ni?

Hambik kau!! Ternganga terlopong aku dengar.. memang laa Cik Panadol tu da jadi rutin dalam hidup aku, memang sangat famous!! Tapi aku tak pernah care pon pasal Cik Panadol.. Padahal aku memang akan selalu berinteraksi ngan Cik Panadol dan rakan-rakan.. Cik Panadol bukan artis sebarangan.. mengetuai kumpulan nasyid..da banyak konsert amal di dalam mahupun luar negara yang disertai..bagus kan??hee Aku memang menyumpah-nyumpah diri sendiri sebab tak pernah ambil tahu pasal Cik Panadol.. Waktu tu aku tengok orang lain pun cam gelabah gak.. Masing-masing cam sedang fikir,, berapa berat aku nak hentam ni..wakaka aku yakin, kami berlima memang tergelak-gelak nak taram hape n bape berat nye.. jawapan Mr. Huggable menjadi tanda aras kami.. dia kasi berat sebanyak 100mg kot (aku tak engat), then, otak masing2 da ligat da nak teka nombor berapa..dengan yakin kami meneka 20mg.. 12mg.. 5mg.. malah ada yang lagi sikit iaitu 2.5mg!wakakakakaka (again, no offence...hanya sekadar hiburan) Jadi ini homework kami, wat research pasal Cik Panadol.. Tup tap tup tap..check2,, alangkah terkejutnya..rupa-rupanya berat Cik Panadol jauh panggang dari api dengan apa yang kami hentam!(eiy,,sesuai ke peribahasa ni..arrrhh,,suka hati aku la..blog aku!huh) Berat Cik Panadol adalah 500mg!!! muahahahahahaha terguling-guling aku gelak...seyes klakar nak mampus..kami berlima jek yang faham..huhu

Selesai kes Cik Panadol.. Setelah puas Dato' R N Da Gang berborak ngan kami, mereka meminta agar kami minta diri untuk pulang (cam menghalau plak..wuu) Kami pun setuju untuk pulang.. Sekali lagi kejutan.. DIA MENGALU-ALUKAN KEDATANGAN KAMI KE SANA.. Dia hanya menyuruh kami menunggu di ruang tamu sementara menantikan aksi mereka menyiapkan kad raya Aidilfitri..apa lagi,, bila tuan rumah dah alu-alukan kedatangan kami,, mesti la kami melompat-lompat gembira!! Kami berpelukan sesama sendiri,, kecuali ngan Mr. Huggable Man..HARAAAMMMMMM!!!hihi Eventhough he is a huggable man..ngee Syukur tak terhingga bebbbb... Aku harap rakan-rakan aku yang lain yang datang berborak ngan diorang pun akan dapat gak kad jemputan Aidilfitri nii.. Insyaallah.. itulah yang kami dengar..

Haa.. begitulah ceritanya...tertanya-tanya mana kisah duit rayanya? Itulah duit raya kami, sekali ngan kad raya.. Kad Raya Aidilfitri khas dari pihak m&m serta Dato' R N Da Gang.. Duit raya pula adalah jemputan kami ke sana.. Duit raya dari Illahi.. Aku berjanji akan menggunakan duit raya yang diberikan ke arah kebenaran.. Maksudnya, mungkin terlalu banyak penyelewengan yang aku lakukan terhadap duit raya sebelum ni,, zaman kanak-kanak kottt, asek beli benda bebudak jek,, barang manis-manis cam gula-gula, aiskrim, coklat.. ataupun mainan,, aku bajet aku terhibur laa bila main cam layang-layang, Tora, Dendang, kete mainan... Hakikatnya, benda manis kalu makan banyak sangat akan memudaratkan kesihatan aku.. Contoh, kecik2 da kena cabut gigi, tampal gigi..sakit wuuooooooo!!! Mainan2 ni plak, bajet aku betul2 gembira la.. padehal after beli n bosan main, aku campak merata, beli yang lain,, bila bosan, beli yang lain lagi..memang tak pernah kekal kegembiraan aku..itulah kegembiraan yang bersandarkan materialistik..

Hurm, tapi sekarang aku dah besar, dah semakin dewasa, dah mumayyiz, tahu beza baik buruk suatu perkara,, terpulang pada aku untuk menilai ikut perhitungan aku sendiri.. Seperkara lagi, perjalanan kami ke bumi sejarah Melaka adalah untuk kami cipta sejarah kami pada masa akan datang.. Mungkin pada asalnya, aku kecewa kerana aku hanya nampak satu pintu di depanku.. Kerana terlalu taksub dengan pintu yang satu ni, aku lupa ada banyak pintu lain yang terhijab di sebalik ketaksuban aku.. Ternganga luas pintu-pintu ni, tak pernah aku jengah masuk.. Bagi mereka yang ingin berinteraksi terus dengan Cik Panadol, tapi tidak berpeluang atau tidak berkesempatan melaksanakannya, jangan gusar, jangan bimbang... banyak lagi gunung yang Allah cipta di muka bumi yang meluas ini.. selautan nikmat dan peluang di tempat lain.. Pengalaman aku,, kalau bukan puncak gunung Carrauntoohil untuk kudaki, mungkin peluangku lebih cerah untuk menawan puncak Himalaya.. Mungkin ada juga yang tidak berpeluang merasai pendakian di negara asing, tetapi percayalah, kita memburu satu puncak yang sama.. puncak gunung yang ketinggiannya adalah infiniti.. kita tidak tahu di mana puncak ini berada, tetapi kita yakin kewujudannya,, inilah puncak gunung SYURGA ciptaanNYA.. puncak teragung,, lebih agung daripada puncak Kinabalu dan puncak Everest.. ayuh sama-sama berganding bahu, berpegang tangan,, jangan biarkan rakan-rakan kita hanya berlegar di kaki bukit, ayuh berpaut mendaki gunung ini,, mendaki hingga ke puncak!

Hurm...post ini aku sertakan dengan unsur simbolik yang sangat ketara..aku rasa semua peringkat umur faham maksud yang tersurat dan tersirat serta boleh memahami perutusan AKU...harap maklum..FULL STOP..

Tuesday, August 10, 2010

:8:Ogos yang istimewa:8:

Selasa
10 OGOS 2010 29 SYAABAN 1431 H

Kalau esok adalah 1 Ramadhan, maka malam ini semua kaum muslim di seluruh dunia (khusus bagi pengikut mazhab syafie) akan berlari berkejaran ke surau atau masjid-masjid berdekatan untuk menunaikan solat sunat tarawih. Bagi yang mengikut mazhab Hanafi, mungkin mula berpuasa satu hari lebih lewat.. Contoh negara yang praktikkan mazhab ini adalah negara kedua di hatiku,, INDIA!!Solat sunat tarawih, yang hadirnya hanya sekali dalam tahun hijrah selama sebulan.. rugilah kalau tak kejar.. sebab dalam setahun hanya sekaliiii je ia datang... Bulan special kot,, pahala yang Allah kasi pon special gak.. melimpah-ruah beb!!

Jadi sudah ditakdirkan, pada tahun 2010, Ramadhan jatuh pada awal bulan Ogos.. tetap dalam bulan Ogos.. Hurm,, sememangnya banyak perkara yang special berlaku pada bulan Ogos ni.. Bagi yang sambut birthday bulan ni,, sasal la menanti2 bulan Ogos. Sejak kalendar 2010 mula mengorak langkah, 8 bulan dia tunggu hari istimewa kelahirannya yang ke-.....ehem3 well,, post ini dan tajuk post ini khas aku buat untuk kamu? siapa??haaa..kamu la..hee kalau kamu ada ciri-ciri ini, maka kamulah orangnya. Ciri-ciri KAMU adalah seperti berikut:

1) Semestinya KAMU lahir bulan Ogos
2) AKU lagi besar daripada KAMU dan KAMU lagi kecik daripada AKU
3) AKU lagi tua daripada KAMU dan KAMU lagi muda daripada AKU (beberapa bulan je kot..huh)
4) KAMU adalah LIONESS di hatiku..muahaha
5) Tadi AKU baru bercakap-cakap dengan KAMU dan KAMU pun bercakap-cakap ngan AKU.. Tapi suara KAMU macam orang sakit gastrik dan migrin, yang pasti bukan parkinson!hee
6) AKU suka lembu biru.. harap-harap KAMU suka angpow raya berkulit samsung.. wrapper yang canggih tuu.. edisi terhad keluaran syarikat AKU
7) Paling ketara, AKU pernah kasi KAMU kata-kata ini :

When you're down and troubled
And you need a helping hand
And nothing, oh nothing is going right.
Close your eyes and think of me
And soon I will be there
To brighten up even your darkest nights.

You just call out my name,
And you know wherever I am
I'll come running,
To see you again.
Winter, spring, summer, or fall,
All you gotta do is call
And I
You've got a
friend.

If the sky above you
Should turn dark and full of clouds
And that old north wind should begin to blow
Keep your head together and call my name out loud,
And soon I will be knocking upon your door.

Maka jelaslah KAMU adalah KAMU... sudah pasti diri KAMU adalah KAMU?? Bagos2.. teruskan membaca,, jangan menguap..

Aku bukan ahli nujum, aku tak tahu apa yang berlaku pada kamu sekarang..
Aku juga bukan ahli silap mata, pandai buat magis, buat orang gembira dan kagum dengan kebolehan magisnya..
Jauh sekali kalau aku ini seorang badut, pandai buat orang ketawa.. sebab hidung aku tak merah.. hidungku hanya mancung, bak seludang..ngah3
Aku ini hanya seorang manusia biasa.. sama seperti kamu.. ada hati dan perasaan.. Bila aku sedih, aku murung,, bila aku gembira, aku ketawa.. kadang-kadang tawa aku tak ingat dunia.. mak selalu marah ketawa kuat-kuat.. mak kata,,

"Amboi,, galaknya tawa,, dah yakin masuk syurga ke??"

Dush..dush..dush..tiga kali kena tumbuk..aku pun berhentilah ketawa..
Baru 3hari lepas aku nampak kamu ketawa,, aku pon ketawa.. aku tahu kamu gembira,, aku pun gembira.. Tapi tadi aku tak sangka kamu sedang berduka.. Tahap kedukaan kamu aku tidak tahu.. Sebabnya kamu berduka pun aku tidak tahu.. Aku harap kamu akan ceritakan pada aku bila kamu sudah stabil,, bila kamu sudah OK.. Aku anggap ini janji kamu pada aku..

Mungkin kamu ketawa membaca post ini.. mungkin kerana kamu tidak berduka mana,, tapi reaksi aku macam kamu berduka atas sesuatu yang sangat-sangat-sangat-sangat berat.. Sampai sekarang aku masih bingung dengan status kamu.. Ya, mungkin post ini tidak perlu pada kamu, kerana kamu tidak memerlukan apa-apa sekarang ini,, "Biar masa yang menentukan..aku terima.."

Adakah pasal study? Pasal keluarga? Pasal kesihatan? Pasal...ntah... pasal apa-apa pun boleh.. Aku harap reaksi aku tidak lah terlalu hiperbola..huhu
Aku memang begini.. aku kan berjiwa sensitif..wuwu Aku pun tak tahu apa motif post ini,, hanya sekadar luahan perasaan dan kerisauan seorang teman..

(setelah dibaca sekali lagi,, tidak percaya aku yang tulis..wuawuawua..)
Nota kaki : Intro da islamic,, isi kandungan..adeiyh.. penutup pulak??hurm..
Moral : Inilah jadinya bila terlalu banyak benda yang nak ditulis.. bercampur-aduk..
Jadi,, hidup ni perlu ada motif,, agar tak sesat daripada landasan sebenar..