Friday, August 20, 2010

AKU seekor arnab

Aku seekor arnab. Bersaiz kecil, jinak dan manja. Aku sangat jinak, maka tidak perlu dijinakkan. Cuma kegemaranku sejak azali adalah suka menggigit kerana struktur gigiku membenarkan aku melakukannya. Pernah dengar gelaran 'gigi arnab' pada si polan itu dan si polan ini? Mencuri namaku, Si Gigi Arnab. Kaumku semua begitu, tidak menimbulkan sebarang kesangsian pada masyarakat. Pada kaum manusia pula adalah sebaliknya.. Manusia sering mengejek sesama sendiri. Tentunya aku rasa terhina dengan tawa ejekan mereka yang bermaksud. Mengambil sifatku dan meletakkan pada segolongan manusia yang segigi dengan ku. Aku benci sikap manusia yang suka mengejek! Mungkin rasanya ada mesra, tapi di sebalik senyuman itu tersimpan hati yang kegeringan. Bahaya kerana boleh membawa dendam. Mujurlah aku seekor arnab. Tiada apa yang perlu didendamkan. Bersesuaian dengan sifatku yang manja.

Manja, manja, manja.. manja dengan semua.. manja dan mesra.. Manja kerana suka bermain. Aku berlari ke sana ke mari kerana kisah aku serta nenek moyangku sangat terkenal di serata alam. Arnab yang pantas berlari. Tetapi itu sejarah... Aku memang pantas berlari ketika usia mudaku. Kini? Masih pantas berlari? Prestasiku merosot. Kalau dulu aku jaguh dalam larian, tapi semakin aku dewasa potensiku seakan-akan hilang.. Tertanya-tanya juga,, siapa yang mencabulnya tanpa kebenaranku? Ah,, mahu jadi seperti manusia?? Sentiasa berprasangka buruk dan menuduh semborono tanpa usul periksa daripada pihak berkuasa. Sekali-kali tidak.. Kerana aku seekor arnab yang jinak dan manja. Bila punyai dua sifat 'approachable' ini, semestinya sifat sensitif sinonim denganku.

Aku sangat sensitif! Bilamana tuanku mahu bermain denganku, jangan sekali-kali memegang telinga panjangku! Itu anggota yang terkandung pelbagai saraf dan deria. Kebanyakan manusia tidak tahu anggota sensitifku. Maka, mereka menyangka aku bahagia diperlaku begitu,, rupa-rupanya hati aku meronta. Kalau mereka peka, mereka arif dengan kehendakku. Pegang dan angkatlah aku dengan penuh kasih sayang. Jika masih meronta, betulkan posisi berpegangan sehingga aku selesa dengan cara mengusap-usap bulu putihku dengan mesra. Insyaallah, aku akan kembali bertenang seperti bentuk asalku seekor arnab.

Aku juga suka makan. Makan diet seimbang merangkumi semua nutrien. Cerita 'Bugs Bunny' mewakili kaumku sedunia, gemarkan lobak merah teramat sangat! Kata doktor, lobak merah sangat bagus untuk menyaksikan alam dengan memiliki sepasang mata yang tajam dan cantik.. Ohh,, tidak akan ada arnab yang bermata empat! Tetapi aku berkaca mata.. Penglihatanku tidak setajam yang lain.. Benarkah aku seekor arnab?? Ohh,, mungkin aku seekor kura-kura.. Bila ada arnab, tentunya ada kura-kura sebagai pencabar ketangkasan masing-masing. Berdasarkan pemahamanku, Tok Kura dalam Perlumbaan Kedua berkaca mata. Anak-anak buahnya juga berpotensi berkaca mata. Mungkin aku salah seorang daripada anak buah Tok kura itu...

Berganjak kepada kisah keluarga Tok Kura. Aku seekor kura-kura pula. Tidak lagi seekor arnab. Aku bangga dengan sikap kura-kura kerana umum mengetahui, perlumbaan antara arnab dan kura-kura, berpihak kepadaku, seekor kura-kura yang berkaki pendek, lemah, dan sangat lambat berjalan. Aku seekor kura-kura kerana dalam kebanyakan aspek kehidupan, aku tidak sepantas yang lain. Pergerakanku lemah dan kelihatan seperti tidak terdaya. Adakalanya cemburu dan sedih timbul juga melihat mereka begitu cergas dan cepat sampai ke destinasi yang dituju. Walaupun jaraknya cuma sekangkang kera, perjalananku seolah-olah seperiuk nasi jauhnya, atau barangkali sepurnama. Tapi aku harus sedar dan harus mengungkapkan kesyukuran kerana pada firasatku, ada yang lebih lambat daripadaku. Jika aku bersaing dengan Siput Babi dan Ulat Beluncas, siapakah yang kalian jangka akan menjulang trofi kemenangan? Siput Babi yang mengengsot atau Ulat Beluncas yang bukan kepalang banyak kakinya? Aku sedikit yakin untuk mengalahkan Ulat Beluncas kerana sedang aku berusaha merangkak, dia pula terlalu khusyuk menyarung stokin dan kasut pada kakinya. Ketika aku sudah sampai ke garisan penamat, mungkin dia baru hendak memulakan perjalanan. Waaahhhh, ada yang lagi lambat daripadaku rupanya. Kurang kerisauan di situ, timbul pula harapan.

Jadi, di mana kelebihannya kura-kura ini? Pada cangkerangku yang menyumbang kepada pertambahan beratku? Ohh,, sesekali tidak.. Bebanan cangkerang di belakangku tidak aku salahkan kerana banyak baktinya padaku. Ketika aku malu, cangkerangku menyembunyikanku. Ketika aku ngantuk, cangkerangku tempat aku diami. Ketika aku diancam, cangkerangku menjadi pelindungku. Banyak juga sifat terpuji aku sebagai kura-kura yaa.. Tetapi, kemuyskilan di sini,, kura-kura adalah seekor yang penyabar. Aku tidak sepenyabar itu. Kalau ada yang tidak menepati janji padaku, mampukah aku bersabar? Kalau sering aku memberi bunga, tetapi sering pula dibalas najis, mampukah aku bersabar? Hanya kura-kura mampu istiqamah atau konsisten dengan sifat sabar ini. Jadi, benarkah aku seekor kura-kura?? Ohh,, keliru lagi... Mungkinkah aku seekor ikan lumba-lumba atau dolphin? Yaaa,, ada kebarangkaliannya melebihi 0.5.. Sudah lebih daripada separuh teori ini boleh dipercayai...

Aku seekor ikan lumba-lumba.. Kita guna nama komersial,, aku seekor dolphin.. Si Lincah Dolphin! Mampu buat orang ketawa melihat aksi-aksi lincahku. Mungkin mereka kagum? Kerana hanya aku mampu melompat melepasi jaringan api membara melalui medium air.. Mengharapkan ikan paus?? Arhh,,, sudah pasti tersangkut. Atau terus tersalai menjadi ikan paus panggang. Tinggi risikonya beraksi sedemikian rupa. Tetapi aku sukakannya! Tiada siapa mampu menghalang minatku terhadap sesuatu. Aku suka menikmati semua rasa, merasa sehingga puas. Eh2,, Aku belum cukup puas!! Mengapa menyekat kehendak zahirku?? Apa?? Mereka kata aku tidak tahu berenang? Hanya tahu berenang di tepian?? Kalau hanya pandai bermain di gigi air, aku bukanlah seekor dolphin. Alamak,, silap lagi.. Aku bukan dolphin?? Owh,, aku hanya lincah seperti dolphin, tetapi aku bukan dolphin.. Lincah tetapi kurang ke arah perairan,, kedaratan sahaja.. Jika demikian, aku seekor kuda yang lincah! Ya ya yaaa... aku seekor kuda! Syarifah Aini pernah memanggilku suatu ketika dahulu. Katanya,, "Kudaku lari gagah berani!" Wahhh,, tepuklah sikit. Unsur diskriminasi kerana hanya bertepuk untuk Si Dolphin itu.

Aku seekor kuda. Kuda yang gagah berani. Kuda adalah kegemaranku! Sudah semestinya aku menyokong diri sendiri. Aku seekor kuda yang punyai banyak sifat terpuji. Pemilik Alam juga mengangkat aku dalam kalimah sucinya. Banyak pujian terhadap keturunanku dahulu kala. Nabi Sulaiman juga sering terhibur dengan kegagahan kami.. Sifatku yang paling membanggakan keturunan kami adalah taat setia kami kepada tuannya. Aku mampu berperang dengan penuh semangat; tidak kenal erti menyerah atau bacul. Aku seekor kuda yang berani! Senjata api hanya permainan keanak-anakan bagiku. Jika diduga untuk terjun ke dalam gaung sekalipun aku sanggup. Kerana aku cukup berani dan setia. Aku seekor kuda yang setia. Tetapi, kawan-kawan tuanku ramai yang tidak memiliki jati diri dan kesetiaan yang unggul sepertiku, kendatipun dalam sekecil-kecil perkara dalam bersahabat. Aku ingin mencari kawan-kawan yang sekufu dengan aku, ada keturunan kuda ini. Malah sanggup berkorban untuk tuannya. Sedangkan mereka punyai akal, dan dinobatkan oleh Pencipta Alam sebagai sebaik-baik kejadian. Mengapa masih lemah jati diri pada nilai kesetiaan seorang teman? Mulianya manusia kerana berakal, tetapi aku lebih penyayang dan berperikemanusiaan daripada mereka. Tiada sifat 'kekudaan' yang perlu diteladani seperti sifat 'kemanusiaan'. Manusia memang bodoh! Tidak tahu saling menghargai dan memerlukan. Arhh,, aku hanya seekor kuda... Membebel di rebanan.. Tiada yang berubah... Aduh!! Sakitnya tercucuk anak panah di badanku... Arrhh,,, arhhhh,,, tidak terdaya lagi mahu berjalan.. Ohh,, kakiku pula tersusuk anak panah... Sakitnyaaa.... arrrh...arrrhhh.... lenyap...


********

Di mana aku berada? Siapakah aku sebenarnya?

Aku seekor arnab??

Oh,, bukan.. Sesekali tidak..

Aku seekor kuraa-kura??

Oh,, bukan juga.. Sesekali tidak..

Aku seekor kuda??

Oh,, masih bukan.. Sesekali tidak..

Jadi,, siapa aku?

No comments:

Post a Comment