Sunday, September 5, 2010

Kisah Lima Jari (Right Version)

Seorang manusia yang normal semestinya mempunyai lima batang jari bagi setiap tangan.. Kalau tak percaya,,mari kira bersama saya.. Satu,, dua,, tiga,, empat,, lima..tak lebih tak kurang.. Alhamdulillah..saya normal..anda juga normal..kita sama-sama normal..hee Saya bersyukur kerana dianugerahkan olehNya lima batang jari yang sangat-sangat saya sayang dan hargai kerana telah banyak berbakti kepada saya sepanjang hidup saya.. Mahu tahu kisah mereka? Nanti saya ceritakan.. anda juga mungkin tertanya-tanya mengapa saya tag nama kamu pada link ini? Semua ini adalah kerana,, kamu lah lima jari saya yang sangat saya sayang.. Ini adalah salah satu tanda penghargaanku kepada lima jari saya.. okey,,, okey,, ayuh kita dengar cerita mereka,, kisah lima jariku..

THUMB
Thumb..atau dalam bahasa ibunda ku adalah ibu jari tangan.. Kalau dah namanya ibu,, mestilah 'kepala' segala jari..haa nak tau siapa ibu jari ni? Kamu!!!! Orang yang tidak pernah jemu memberi nasihat dan kata-kata kepadaku.. Sesuai dengan gelaran sahabat mutiara,, kamu bertindak semacam ibu pada diriku,, mengingatkan aku bila aku terleka.. dan aku bangga kerana aku patuh pada kata ibu jari..contoh anak mithali..hee sebenarnya saya lebih selesa jika membahasakan diriku sebagai 'aku' dan 'kau' kerana perbualan 'aku' 'kau' kelihatan lebih mesra.. Salah satu faktor mengapa saya rasa saya boleh masuk dan menerima kamu sewaktu detik-detik awal pengenalan kita,, adalah kerana kamu merobohkan benteng yang menyekat komunikasi antara senior dan junior.. Kamu senior ku,, tapi kamu membenarkan saya ber'aku' 'kau' dengan kamu.. Secara tidak langsung, tanpa segan silu saya akan cakap terus tanpa perlu memikirkan kata nama yang sesuai untuk berhubung dengan kamu.. Mungkin kerana itu saya suka cara kamu dan boleh menerimamu sehingga kini.. Namun begitu, mungkin kehidupan seharianmu dengan golongan orang yang baik-baik (tidak sepertiku..wuwu) mendorong kamu untuk mengubah selera bahasa,, mungkin 'aku' 'kau' kelihatan agak kasar secara lahiriahnya.. Maaf untuk itu,, tapi saya akan cuba menyokong apa yang kamu mahu..Kerana azam saya adalah untuk mematuhi pesan ibu.. ibu jari pun..hee THANK YOU THUMB!! SARANGHEO... saya pernah berangan-angan untuk masak dan makan tom yam bersamamu,,, tapi mungkin ini bukan rezeki kita untuk berjumpa di sana.. Semoga kamu berbahagia bersama-sama adik-adik di sana.. Saya memahami komitmenmu bukan hanya untukku,, jadi walaupun kita akan semakin jarang bersua atau berhubung selepas ini,, cuma saya harapkan agar kamu tidak akan pernah lupa untuk mendoakan kesejahteraan hidupku..

Secara jujurnya,, pernah timbul rasa jaki pabila kamu bermesra-mesra dengan adik-adik baru ketika diriku masih memerlukanmu..haha mungkin kerana tiba-tiba rasa diri ini diabaikan,,tetapi saya mula berfikir secara rasional.. kamu bukan milikku,, dan kamu bukan milik mutlakku (in terms of friend..) Maka, saya tidak wajar menyekat dakwah kamu kepada orang lain yang juga memerlukan sepertiku... Kini ku pasrah kerana kita tidak berpeluang untuk berjumpa di sana.. Walaupun pada awalnya terasa pedih dan sakit melihatnya.. tapi jangan risau kerana sedikit masa lagi,, kamu akan terbang dengan haluanmu, dan aku akan terbang dengan haluanku.. ke dua destinasi yang berbeza tetapi masih pada tujuan yang sama.. Sama-sama kita berdoa untuk kejayaan kita..


INDEX FINGER / FOREFINGER
JARI TELUNJUK yang banyak memberi petunjuk kepada tuannya. Jari telunjukku yang cantik dan runcing.. (err..cam cacat jek satu jari jek yang runcing..wuwu) Jari telunjukku tidak ubah seperti wajah Dato' Siti Nurhaliza... (i bet u cant stop smiling readin this..gaga..) seyesly beb!wajahnya memang tak tumpah macam dato' siti,, rupa sahaja lah,,suara belum pasti..muahaha (sorry,, kiddin!heh) Hurm,, segala persoalan yang timbul (persoalan berkaitan kehidupan, seperti tindakan sewajarnya sebagai seorang muslim apabila berhadapan dengan sesuatu konflik...soklan camtu la lebih kurang..)lazimnya akan aku ajukan kepadanya... Kerana aku yakin dengan latar belakang pendidikannya mampu memberi jawapan yang relevan.. Tambahan pula melihat perwatakannya yang aku senangi,, dan hampir kesemua kenalannya aku lihat menyenanginya jua.. AKU PASTI 99% ORANG MENYUKAINYA... She is such an  adorable person.. Aku selalu memujinya kerana aku juga sukakannya.. 

Ada 1001 sebab mengapa aku suka, tapi maaf, tidak mampu aku senaraikan di sini.. Hanya 1 aku beri, lagi 1000 cari sendiri,, walaupun pembawaan kami berbeza (aku kira kami sangat2 berbeza..kerana dia sutera, aku batu,, dia kurang tinggi, aku kurang rendah..hihi), tetapi kekesatan diriku mampu menyerap kata-katanya... Benarkah batu mampu menyerap air? Batu yang direndam di dalam air selama seribu abad sekalipun, tetap tidak mampu menyerap air.. Namun, kata-katanya telah menghakis kabatuan itu, dan meletakkan tanah liat sebagai pengganti. Tanah liat yang mampu dibentuk dan dijadikan takar air.. Malah,, mampu menyimpan dan menyejukkan air! Subhanallah... Dia memang kawan yang baik.. mampu membimbing kita ke arah kebaikan.. Kerana itu aku suka berkawan dengannya dan amat menyayangi jari telunjukku.. Hanya aku yang suka,, dia mungkin tidak suka.. Al-maklum,, aku bukan rakan sekerjanya, dan aku bukan juga rakan karibnya seperti Alsinaf (hoho..tuan2 dan puan2 mesti dapat meneka siapa ALSINAF...) Maaf juga kerana selalu berkasar denganmu.. Kamu memang baik.. Cuma sejak belakangan ini, aku sudah mengenal pasti dua personalitimu.. Personaliti pertama dan personaliti kedua.. (Ahha,, tuan2 dan puan2... jangan salah faham kerana kedua-dua personalitinya adalah baik2 belaka..trust me..) Semoga kamu berjumpa dengan jodohmu yang sekufu denganmu..


MIDDLE FINGER
Usah dialihkan kepada bahasa ibundaku... You're the only and my only right middle finger! Bermula dengan sesi ice-breaking secara tidak formal,, kemudian tidak sangka berkekalan hingga ke hari ini dan insyaallah akan datang.. Posisinya di tengah-tengah antara kelima-lima jari, sudah terang lagi menyuluhkan sifat adilnya.. My Middle Finger yang sentiasa cool dan berfikir panjang sebelum berkata.. Kerasionalannya sangat tinggi dan aku yakin beliau mampu menjadi pakar motivasi atau pakar perunding yang baik.. Cuma pesanku, jangan terlalu memegang sifat pertengahan dalam sesuatu pertimbangan kerana kelak akan memakan diri, seperti watak Mazni dalam Novel Badai Semalam.. Kalian pasti tidak rugi jika bersamanya..

Aku tidak pernah rasa rugi memiliki Right Middle Finger (normal kot,, mesti la ada right middle finger..adeiyh..) dan sangat2 bersyukur kerana memilikinya.. Kata-katanya selalu membuatkan aku berfikir dalam satu skop yang luas dan berbeza. Aku menjadi lebih terbuka dalam pemikiran dan kamu memang layak memegang jawatan Pembimbing Rakan Sebaya yang unggul.. Seikhlasnya aku katakan aku rasa terbimbing dan terubat ketika perasaanku agak kelam dan suram di sebuah sekolah dunia suatu ketika dahulu.. Terima kasih rakan sebayaku!


WEDDING FINGER / RING FINGER
Hurm..nama pun jari manis,, memang pasti kamu seorang yang manis.. Muka kamulah muka Melayu suci tanpa sebarang celupan dari mana-mana keturunan lain. Aku benar-benar mengagumi ketabahanmu dan kecekalanmu yang jarang merungut tentang kesusahan, dan tidak pernah menagih simpati walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Inilah perwatakan berwibawa sebagai seorang manusia berharga! Seperti aku katakan tadi,, darahnya mungkin berasal dari keturunan Haji Abdul Rahman Limbong, pahlawan tanah air yang BERANI dan kamu pula versi moden iaitu BERANI MENCUBA.. Aku belajar daripada kamu tentang itu.. Kamu sangat banyak menolongku. Dan aku sangat terhutang budi dengan kamu.. 

You are smart dear.. tapi kamu tidak sombong seperti yang lain. Itu kelebihanmu lagi. Jangan sesekali kamu jual kelebihan ini walaupun kamu berpeluang melakukannya. Kelak, kebencian yang timbul untuk menggantikan kemesraan.. And you're such a good helper.. You are my helper and I always dream to be your helper.. Mungkin laluan kita berbeza selepas ini,, tetapi aku tidak pernah lupa untuk mendoakan kemudahan urusan kita, dan tempat yang terbaik untuk kita.. Kamu jari manisku yang sangat 'manis'. Manis rupanya dan manis sifatnya. Kekalkan kemanisan itu.. Harapanku adalah agar jari manisku sentiasa abadi namanya sebagai manis..


LITTLE FINGER
Oh jari kelingking.. Banyak fungsinya jari kelingking ni.. Bila mana celahan-celahan kecil tidak mampu diterobos oleh keempat-empat jari tadi, jari kelingking mampu melakukannya. Kecil-kecil cili api yaaa! Saiznya tidak menghalang jari kelingkingku untuk terus berkait dan mengait. Itulah kehebatan My Little Finger. Sejarah pun tidak cukup diciptakan, tetapi sudah unggul dengan rekod tersendiri yang melimpah.. My Little Finger @ My Soulmate. Untuk pengetahuan umum, lama benar aku mencari rakan sehati sejiwaku. DitakdirkanNya,,, beberapa bulan yang lalu, aku menemuinya.. Hurm,, seperti kataku, kita mempunyai 'wavelength' yang sama dan kerana itu kamu benar sebagai Soulmate ku..hee v(n_n)v ,,peace,,peace...

Aura di blog mu dengan ayat-ayat yang penuh madah telah berjaya menjadi umpan terhadap pancingan awal. Umpan mengena beb!haa Dari situ sudut pemikiranmu mula ku tafsir dan aku menemui persefahaman. Yaa,, aku setuju,, tunjang pemikiran yang sama, dan hampir 90% persamaan dikesan. Kamu pernah merungut kerana tidak menemui kuncinya? Kuncinya sudah ada,, di sekelilingmu,, cuma kegelapan yang menyebabkan kamu sukar mencari. Pergilah cari sumber cahaya agar kesamaran tidak lagi membelenggu. Hoho,, penerangan untuk My Little Finger ni agak puitis kerana dia juga seorang yang puitis dan lebih puitis daripada peneranganku.. Hanya satu kekurangan yang aku dapati,, yang lepas, biarkan lepas.. Aku tidak lagi bersedih hati kerana tidak memiliki the first [I].. Aku kini lebih bahagia untuk mengembara ke my second [I].. Ungkitan yang berulang-ulang terhadap ratapan the first [I] mungkin menimbulkan ketidakgemaranku.. Maka,, usahlah mengingatkanku terhadap sesuatu yang menyakitkan.. Aku risau kesakitan itu bertukar menjadi benci.. Bukan benci pada sesiapa,, tetapi benci pada the first [I] yang aku pertaruhkan harapan ketika muda mudi ku..


To my dearest THUMB, INDEX FINGER / FOREFINGER, MIDDLE FINGER, WEDDING FINGER / RING FINGER, LITTLE FINGER..

Aku tidak ketahuan tentang pengecamanmu terhadap dirimu yang aku maksudkan. Aku harapkan jawapan 100% benar terhadap tekaanmu. Maka, kamulah lima jari saya (versi kanan) yang sangat sangat saya sayang dan hargai. Aku tidak ketahuan juga di mana aku pada hati kamu semua. Mungkin aku hanyalah picisan dalam kamus hidupmu.. Aku terima pengiktirafan itu.. Ini hanyalah bingkisan hatiku untuk kalian yang banyak berjasa padaku. Kalau kamu menganggap aku tidak lebih daripada sepotong kuku, atau mungkin seurat rambut yang dibelah tujuh atau mungkin langsung tidak mewakili mana-mana sebahagian kecil dari hidupmu, tidak mengapa.. Aku sedar siapalah aku pada kamu semua.. Semoga kasih sayang aku pada kalian adalah disandarkan atas nama Allah.. AKU MENYAYANGI KALIAN KERANA ALLAH.. Kerana bilamana kasih sayangku pada kalian tidak bernilai pada kalian, biarlah kasih sayangku pada kalian tidak ternilai pada ILLAHI.. Pahala yang aku cari atas keberkatan terhadap persahabatan ini..

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. waniiiii...
    at the time u put people as part of u, just believe people are doing the same thing to u.
    u are part of them, insyaAllah u are part of Him too.
    biar hilang makna kita pada manusia tp nilai tu tetap tinggi di mata Allah.

    nothing more i can say, baca berkali2 sedih pulak. emo2. haha.. thx for accepting me as part of yours. insyaAllah u are part of mine too:)

    sorry for the weakness i had n i'm glad u keep on reminding. this is the type of 'direct' i've told u. haha. it benefits n i just luv the way u did it. bila arahnya satu, we dont see nothing else but just changing to good for Him, for all..

    mungkin semua haluan telah berbeza tetapi jiwa kita bergerak sama.

    semoga Allah terus turunkan kiriman2 makhlukNya yg dpt membawa kita mengenaliNya..

    keep on going wani.
    luv u fillah insyaAllah:)

    ReplyDelete
  3. salam alaik..

    wani...FYI,air mata masih lagi menitis waktu baca post ni..sangat terharu..

    terima kasih kerana jadikan saya sebagai sebahagian jari2 kamu..i'll keep reading diz post over and over again..tanpa jemu!!(^_^)

    u're such my special fren..special in your own way..sayang awak!!!
    of coz u're not ALSINAF..but u're MY WANI!!!

    p/s: xbley bla yg part 'kurang tinggi,kurang rendah' tu..npe xmasukkan sekali kurang kurus,kurang gemuk..kui3..(^_^)

    ReplyDelete