Ketika umur sudah mencecah dua puluhan,, pernah terfikir ke nak dapat duit raya? Kalu ikut adat istiadat Kaum Cina, selagi seseorang tu belum kawen, maka layak laa dia nak terima angpow dari pasangan yang dah jadi suami isteri atau laki bini.. Kalu ikut adat budaya Kaum Melayu plak camne? Nampak cam muka dah matang, da tinggi daripada ketinggian kanak-kanak biasa (walaupun hakikatnya umur baru 9 tahun, tapi after makan calciYum n enfagrow, maka tinggi secara mendadak..tinggi cam aku laa..heh), ada misai tertompok sikit, suara dari halus melunak da jadi makin besar menggarau... maka insan-insan istimewa ini tidak layak untuk mendapat duit raya.. haa, camtu ke? Kalu tanye, aku yakin n percaya 99.99% orang takkan pernah tolak untuk terima duit raya.. So,, rugi la jadi orang kulit sawo matang ni sebab tak dapat duit raya...gitu? Hoho, satu perkiraan yang sangat sangat cetek.. Sebab percaya atau tidak, semalam aku baru jek dapat duit raya.. puasa tak habis lagi, puasa pun baru seminggu, dah dapat duit raya? Sungguh AKU seorang pendusta! wuooowuooowuoooo..cakap baik2 sikit ek,, aku jujur kotttt...grrr
Hurm,,gini citenye.. kan aku dah cakap,, banyak peristiwa menarik berlaku pada bulan Ogos ni.. kerana itu aku sedikit bersetuju bahawa OGOS ITU ISTIMEWA.. ISTIMEWA kerana peristiwa yang berlaku tu mesti la ada kaitan ngan diri aku, n sape2 sahaja yang berkait hubungannya ngan AKU..hee Hatta...seperti yang telah tersurat dalam TULISAN ILLAHI,, pada tanggal 16 August 2010, telah berlaku satu peristiwa yang tak pernah aku rancang dalam hidup aku.. Bertemu Dato' R, seorang lelaki tulen (hihi..saje suka diksi tulin nii..), merangkap Dean of Medicine Faculty di m&m.. kalu tak silap,, ni lah jawatan dia..
Well,, semalam aku ngan rakan-rakan seperjuanganku pergi ke Melaka, bukan untuk berjumpa Hang Tuah Lima Bersaudara atau menghayati sejarah lampau Tanah Melayu, tapi untuk melihat-lihat, survey2, tempat yang bakal kami tempa nama dan sejarahnya.. (waaahhhhh..cita-cita besar ni, mulia lagi murni..hee untuk kamu juga, percayalah,, ini semua untuk kamuuu..semua pembaca,, rakyat Malaysia..) Memang niat kami ke m&m untuk berjumpa sejenis makhluk berkaki dua, bermata dua, bertangan dua,, teka apa? tiktok tiktok tiktok...peeeettt!!!!! masa tamat!! dok ralit baca, bukan nak jawab soklan aku!huh jawapannya MANUSIA laaa...gaga Yaa,, mereka adalah 2 insan yang tok nenek moyangnya berasal dari bumi Bollywood, bersama seorang insan mungkin orang tempatan yang dikenali sebagai Dato'R..
Hurm,, kitorang datang saje nak lawat2 mereka... sembang2 santai jap.. bulan Ramadhan kan, rajen plak ziarah-menziarahi ni.. so,, AKU bersama ngan rakan sekumpulanku iaitu Gadis Taekwondo, ..Zulaikha.. , Miss Mahir Zain dan juga the only superman, Mr. Huggable Man (no offence yaaa).. At first, aku memang tak mau jumpa tuan rumah dengan Zulaikha..haha Seyes tak mau sekumpulan ngan dia! Walaupun muka cam gadis Melayu terakhir, tapi berbisa kooootttt..wakaka (frankly speaking..i envy u..insyaallah untuk kebaikan..ngee) Kami pun dijemput masuk oleh tuan rumah.. sungguh ramah Dato' R ni.. sambil2 borak minum kopiii... oopppppss!!! puasa2...sorry, no coffee or tea, just the sweet self saliva juice..eheh
Semakin lama kami duduk, perbualan kami menjadi semakin hangat.. mula-mula lagi dah tanya tujuan kehadiran kami,, ye la, sebelum ni tak pernah pandang pun mahligai diorang, tiba2 hari tu, bulan puasa plak tu, rajin plak nak ketuk pintu rumah diorang.. Aku tak pernah terfikir yang dia akan persoalkan kedatangan kami yang mulia ni..huhu nak wat camane,, diorang tuan rumah,, kami sebagai tetamu cuba jawab dan layan tuan rumah dengan baik walaupun aku rasa sangat banyak unsur sinisme yang dilontarkan kepada kami secara sengaja..huu padan muka kami... n seterusnya, soalan yang memang tak pernah aku fikir, keluar pada hari tu...
Dato' R : Kenal ngan Cik Panadol? Ala,, yang cuhn2 tuuu,, bila kita sembang ngan dia, penin pun boleh hilang, Encik Demam pon tak berani nak menggatal atau kacau.. maklumlah, artis terkenal, banyak lah body guard nya.. Ini gambarnya,
Cik Panadol yang budiman
Soalan ni ditujukan kepada Mr. Huggable Man. Waktu ni aku sedikit gabra.. sebab waktu kat World School dulu, aku tak blajar Drugs dalam subjek Chemistry.. tak teringat plak pasal Paracetamol.. dengar-dengar Zulaikha dok bisik2,, (gadis Melayu terakhir kan,, berbisik jek kejenya,,tersipu-sipu malu..sopan la tu..wakaka) baru aku teringat nama sebenar Cik Panadol.. Soalan ni berjaya dijawab oleh Mr. Huggable Man. Soalan seterusnya...
Dato' R : Cik Panadol tu sangat slim lagi cantik.. Berapa lah agaknya berat Si Molek ni?
Hambik kau!! Ternganga terlopong aku dengar.. memang laa Cik Panadol tu da jadi rutin dalam hidup aku, memang sangat famous!! Tapi aku tak pernah care pon pasal Cik Panadol.. Padahal aku memang akan selalu berinteraksi ngan Cik Panadol dan rakan-rakan.. Cik Panadol bukan artis sebarangan.. mengetuai kumpulan nasyid..da banyak konsert amal di dalam mahupun luar negara yang disertai..bagus kan??hee Aku memang menyumpah-nyumpah diri sendiri sebab tak pernah ambil tahu pasal Cik Panadol.. Waktu tu aku tengok orang lain pun cam gelabah gak.. Masing-masing cam sedang fikir,, berapa berat aku nak hentam ni..wakaka aku yakin, kami berlima memang tergelak-gelak nak taram hape n bape berat nye.. jawapan Mr. Huggable menjadi tanda aras kami.. dia kasi berat sebanyak 100mg kot (aku tak engat), then, otak masing2 da ligat da nak teka nombor berapa..dengan yakin kami meneka 20mg.. 12mg.. 5mg.. malah ada yang lagi sikit iaitu 2.5mg!wakakakakaka (again, no offence...hanya sekadar hiburan) Jadi ini homework kami, wat research pasal Cik Panadol.. Tup tap tup tap..check2,, alangkah terkejutnya..rupa-rupanya berat Cik Panadol jauh panggang dari api dengan apa yang kami hentam!(eiy,,sesuai ke peribahasa ni..arrrhh,,suka hati aku la..blog aku!huh) Berat Cik Panadol adalah 500mg!!! muahahahahahaha terguling-guling aku gelak...seyes klakar nak mampus..kami berlima jek yang faham..huhu
Selesai kes Cik Panadol.. Setelah puas Dato' R N Da Gang berborak ngan kami, mereka meminta agar kami minta diri untuk pulang (cam menghalau plak..wuu) Kami pun setuju untuk pulang.. Sekali lagi kejutan.. DIA MENGALU-ALUKAN KEDATANGAN KAMI KE SANA.. Dia hanya menyuruh kami menunggu di ruang tamu sementara menantikan aksi mereka menyiapkan kad raya Aidilfitri..apa lagi,, bila tuan rumah dah alu-alukan kedatangan kami,, mesti la kami melompat-lompat gembira!! Kami berpelukan sesama sendiri,, kecuali ngan Mr. Huggable Man..HARAAAMMMMMM!!!hihi Eventhough he is a huggable man..ngee Syukur tak terhingga bebbbb... Aku harap rakan-rakan aku yang lain yang datang berborak ngan diorang pun akan dapat gak kad jemputan Aidilfitri nii.. Insyaallah.. itulah yang kami dengar..
Haa.. begitulah ceritanya...tertanya-tanya mana kisah duit rayanya? Itulah duit raya kami, sekali ngan kad raya.. Kad Raya Aidilfitri khas dari pihak m&m serta Dato' R N Da Gang.. Duit raya pula adalah jemputan kami ke sana.. Duit raya dari Illahi.. Aku berjanji akan menggunakan duit raya yang diberikan ke arah kebenaran.. Maksudnya, mungkin terlalu banyak penyelewengan yang aku lakukan terhadap duit raya sebelum ni,, zaman kanak-kanak kottt, asek beli benda bebudak jek,, barang manis-manis cam gula-gula, aiskrim, coklat.. ataupun mainan,, aku bajet aku terhibur laa bila main cam layang-layang, Tora, Dendang, kete mainan... Hakikatnya, benda manis kalu makan banyak sangat akan memudaratkan kesihatan aku.. Contoh, kecik2 da kena cabut gigi, tampal gigi..sakit wuuooooooo!!! Mainan2 ni plak, bajet aku betul2 gembira la.. padehal after beli n bosan main, aku campak merata, beli yang lain,, bila bosan, beli yang lain lagi..memang tak pernah kekal kegembiraan aku..itulah kegembiraan yang bersandarkan materialistik..
Hurm, tapi sekarang aku dah besar, dah semakin dewasa, dah mumayyiz, tahu beza baik buruk suatu perkara,, terpulang pada aku untuk menilai ikut perhitungan aku sendiri.. Seperkara lagi, perjalanan kami ke bumi sejarah Melaka adalah untuk kami cipta sejarah kami pada masa akan datang.. Mungkin pada asalnya, aku kecewa kerana aku hanya nampak satu pintu di depanku.. Kerana terlalu taksub dengan pintu yang satu ni, aku lupa ada banyak pintu lain yang terhijab di sebalik ketaksuban aku.. Ternganga luas pintu-pintu ni, tak pernah aku jengah masuk.. Bagi mereka yang ingin berinteraksi terus dengan Cik Panadol, tapi tidak berpeluang atau tidak berkesempatan melaksanakannya, jangan gusar, jangan bimbang... banyak lagi gunung yang Allah cipta di muka bumi yang meluas ini.. selautan nikmat dan peluang di tempat lain.. Pengalaman aku,, kalau bukan puncak gunung Carrauntoohil untuk kudaki, mungkin peluangku lebih cerah untuk menawan puncak Himalaya.. Mungkin ada juga yang tidak berpeluang merasai pendakian di negara asing, tetapi percayalah, kita memburu satu puncak yang sama.. puncak gunung yang ketinggiannya adalah infiniti.. kita tidak tahu di mana puncak ini berada, tetapi kita yakin kewujudannya,, inilah puncak gunung SYURGA ciptaanNYA.. puncak teragung,, lebih agung daripada puncak Kinabalu dan puncak Everest.. ayuh sama-sama berganding bahu, berpegang tangan,, jangan biarkan rakan-rakan kita hanya berlegar di kaki bukit, ayuh berpaut mendaki gunung ini,, mendaki hingga ke puncak!
Hurm...post ini aku sertakan dengan unsur simbolik yang sangat ketara..aku rasa semua peringkat umur faham maksud yang tersurat dan tersirat serta boleh memahami perutusan AKU...harap maklum..FULL STOP..
aiseh man...pening betol bace post nie...tapi sebab ko yang tulis...i've nothing to say then...hehe...
ReplyDeleteanyway...congrats sebab da dpt duit raye tuh....
syukur Alhamdulillah~
Salam, kisah yang menarik, tapi saya harap kan ejaan boleh diperbaiki kerana ejaan seperti 'plak', 'je' dll agak mematikan mood pembaca seperti saya :)
ReplyDeleteps: hanya sekadar pendapat
alaq!!tenkiu dear!!bile plak ko nak kasi aku duet raye?heh
ReplyDeletemadeline_furby (err,,i guess miss..huhu)
well, sy rasa anda seorang yg skema,, (seperti sy juga,,jgn risau, satu kualiti yg bagus sebenanye skema ni...heh) lantaran itu, anda tidak gemar diksi2 dalam bahasa pasar spt 'plak', 'je' dan lain2.. hanya ingin mengurangkan keskemaan sy agar post sy ini nmpak lebih 'hidup' berdasarkan suara hati sy..plus ini adalah informal post,,macam diari..no rules or format to be followed..
anyway, thanx for the comment..akan cuba dperbaiki dan dpertimbangkan..harapkan pendapat dr madeline_furby pd masa akan datang..sei sei ni!
ps: fitrah sy, suka merojakkan bahasa sesuka hati..maaf jika tidak berkenan di hatimu..huhu
waniiiiiiiiiiiiiiiiiiii..
ReplyDeletesgt simbolik!! sukeeee..
sgt terasa.. luv u wani. hahaha ;P
Top casino games and bonuses - BBSEON
ReplyDeleteThe casino games and bonuses from other gambling 토토 사이트 검증 sites are what we all love about. They all come at once, 인싸 포커 and you'll 바카라승률 find the games you 토토 폴리스 need mlb 분석 to