Wednesday, March 9, 2011

Aku adalah REMAJA!

"Why do you choose medicine?" Atau dengan kata mudahnya, "Why do you want to be a doctor?"

Terpacul soalan yang keluar dari bibir penemu dugaku.. Wajah Mat Salleh yang bermata biru, dengan accent Irish yang begitu tebal, cuba aku teliti agar tidak tersalah langkah dalam berbicara.. Aku hanya tersenyum dan terdiam seketika. Berdebar-debar hatiku untuk mengeluarkan fakta-fakta dan jawapan yang sudah terangka dalam kotak fikiranku. Menurut nasihat senior2 yang lebih arif dan berpengalaman, malah sudah berjaya mendapatkan tiket kelayakan ke universiti terkemuka di Ireland, soalan ini adalah salah satu soalan yang paling digemari oleh penemu duga. (Atau mungkin soalan mandatori bagi penuntut dalam bidang perubatan..) Wahhh,, soalan bocor! Yaa,, soalan bocor.. Aku begitu yakin dan bersedia untuk menghuraikan hujah-hujah yang telah aku susun rapi sejak beberapa hari sebelumnya. Aku menghidangkan penemu duga itu dengan isi pertamaku yang agak lancar. Kata demi kata disajikan, segalanya berjalan dengan baik dan sempurna. Namun begitu, secara tiba-tiba lidahku menjadi kelu dan kelat. Tiba-tiba jiwaku terasakan begitu sebak dan pilu. Aku tidak mampu meneruskan kata dengan isi keduaku. Aku cuba menahan sebak. Namun, aku gagal! Tanpa disedari juga, air mata jernih mengalir di pipiku tanpa dipaksa. "Ahh,, damn!" kata monolog dalamanku. "Stop..stop..stop! Apsal tibe2 emo ni??! Hey dude,, stop crying laa.." Akal dan hatiku berlumba-lumba menenangkan diriku yang diselubungi emosi yang tidak terkawal. Penemu duga di hadapanku agak tergamam. Dia menawarkan sedikit ruang dan masa padaku untuk menenangkan semula emosiku yang sedikit terganggu. Aku menolak tawaran itu, dan meneruskan hujah-hujah seterusnya.


Beberapa hari sebelum temu duga (Fasa persiapan)

Arggghhhh... Setiap kali aku ingin menyatakan isi keduaku, aku gagal meneruskan bicara. Sebaliknya, air mata pula yang tidak henti-henti mengalir.. Apakah?? Kuatkan semangat, kuatkan diri! Beberapa kali aku cuba menjawab soalan itu, dan setiap kali itu juga aku terkandas dengan emosiku. Mengapa?

"Ah, janganlah berdrama wahai diri. Terlalu banyak lakonan yang telah engkau pentaskan. Tidak perlulah engkau tonjolkan bakat semula jadimu itu di depan penemu duga nanti atau di hadapan khalayak."

"Aku tidak berdrama laa! Memang ini fitrah diriku! Emosiku mudah tersentuh.. Secara luarannya terpancar kekasaran dan kekerasan, tetapi sebenarnya terselindung sekeping hati yang tersangat lembut dan ampuh.."

"Kuatkanlah dirimu. Jangan terlalu berlebihan dalam beremosi. Ingat pesan abah, kita perlu jaga dan memantapkan kesemua IQ (Intellectual Quotient), EQ (Emotional Quotient) dan SQ (Spiritual Quotient). Ibu bapa kau juga mendapati tahap EQ mu pada tahap yang tidak selamat, dan perlu diperbaiki selari dengan kelanjutan usiamu. Lagipun, kau bukanlah seorang yang baik sangat. Adakah kau begitu patuh pada setiap arahan ibu bapamu? Adakah sudah cukup baktimu pada kedua ibu bapamu? Kalau kesemua jawapannya tidak, mengapa engkau perlu berdrama, menonjolkan seolah-olah engkau begitu mulia, seorang anak yang taat, dan segala-gala yang baik adalah ENGKAU.."

"Memang aku tidak cukup baik. Memang belum cukup budiku pada kedua ibu bapaku. Memang aku selalu bersikap kasar dengan kedua ibu bapaku. Merasakan diriku sahaja berpihak kepada kebenaran. Merasakan ibu bapa ku sahaja pihak yang tidak adil, tidak memahami kehendak seorang anak yang bernama AKU, yang punya kerenah sendiri. Semakin mencecah usia dua puluhan, semakin kerap aku melawan dan memberontak untuk kepuasan diriku sendiri. Memang semua tindakan ibu bapaku, aku rasakan salah dan serba-serbi tidak kena. Tetapi, perasaan dan peristiwa ini jugalah yang menimbulkan kesedihan dan kepiluan pada diriku.."

"Aku tidak mengerti. Itu cerita lain. Apa kaitannya, isi kedua soalan penemu duga itu, dengan cerita yang engkau sampaikan. Cukuplah, jangan berdrama lagi. Aku muak dengan janji-janjimu pada diri. Katamu, HANYA MENURUT KATA-KATA KEDUA IBU BAPA, TIDAK MELAWAN, DAN SENTIASA AKUR DENGAN PERINTAH MEREKA. Adakah itu yang engkau laksanakan? Adakah engkau kotakan janji-janji manismu pada diri?"

"Ya, aku mengaku salahku. Inilah cerita dan kisah di sebalik air mata yang mengalir di depan penemu duga. Air mata ini juga menjadi saksi kekesalan yang aku rasai. Engkau semua tidak mengerti isi hatiku, dan tidak mengetahui sejarah hidupku yang menyebabkan peribadiku terserlah seperti hari ini. Aku tidak tidak dapat meneruskan isi keduaku, kerana ia berkaitan dengan insan teristimewa dalam hidupku yang bernama IBU.."

"Teruskan.."

"Why do you want to be a doctor? Salah satu sebabnya adalah kerana ibuku. 18 tahun aku hidup dihujani dengan kasih sayang seorang ibu dan seorang bapa yang benar-benar penyayang dan bertanggungjawab. Tetapi, aku naik hairan, kerana semakin usiaku beransur dewasa, semakin aku tidak berpuas hati dengan sikap dan tindak-tanduk mereka. Aku tidak tahu mengapa. Kata orang, takah usia remaja adalah fasa paling tidak stabil, dan segala yang berlaku dirasakan tidak betul dan tidak kena. Aku kira, aku sedang mengalami proses ini. Aku sedang menjalani proses transisi, masih terkial-kial mencari identitiku sendiri."

"Engkau sudah tersasar daripada soalan Why do you want to be a doctor.."

"Itu hanya muqadimah.. Aku ingin menjadi seorang doktor kerana ibuku. Melihatkan kesengsaraannya berperang dengan sakit yang dialaminya, dia masih kuat dan bertenaga untuk membesarkan aku yang tersedia tepu dengan pelbagai kerenah dan masalah. Melihatkan wajahnya yang semakin lanjut, dengan urat-urat tua yang semakin menyerlahkan usia tuanya, dia masih gagah bekerja untuk mencari rezeki buat anak-anaknya. Setiap hari, aku kerap mendengar kerangan kesakitan yang dirasai oleh ibuku. Hati aku begitu perit mendengar jeritan kesakitan itu. Kata orang, berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya. Aku tidak sanggup lagi hanya menjadi penonton dan pendengar setia kepada insan yang telah banyak berjasa dalam hidupku, iaitu insan yang telah melahirkanku dan membesarkanku sehingga aku mampu berdiri seperti hari ini. Aku ingin menjadi seorang yang berkemampuan bukan hanya melihat kesengsaraan ibuku itu, tetapi berkemampuan untuk mengurangkan kesakitannya. Sebaik-baiknya, aku berupaya merawatnya suatu hari nanti dengan ilmu yang berbekal di dada. Sekurang-kurangnya, aku menjadi penawar kepadanya setiap kali dia melihatku, dan lebih bangga lagi apabila diriku bergelar sebagai seorang DOKTOR BERTAULIAH.. Menyaksikan keperitan masa lalu dan kesusahan yang aku bawa dalam hidup kedua ibu bapaku, telah meransang air mataku gugur setiap kali aku menjawab soalan penemu duga itu.."


Di bilik temu duga

Selesai sudah sesi temu duga setelah beberapa soalan lain diajukan kepadaku. Aku melangkah keluar dari bilik temu duga, dengan satu perasaan yang...... aku sendiri tidak mengerti. Adakah kosong perasaanku? Aku juga tidak mengetahui. Hanya ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI, yang tahu kebenaran dan kesahihan perasaanku..

***************

Pada hari ini, aku berasa tersangat bersyukur dan bertuah kerana Allah memudahkan lorong perjalananku dalam bidang perubatan ini. Pada peringkat awal, memang terasa sukar lorongnya. Tetapi aku bersyukur kerana sekarang aku bergelar pelajar perubatan tahun pertama di Melaka Manipal Medical College. Terlalu banyak cabaran yang aku lalui untuk mendapatkan lorong ini. Aku kira, ini semua adalah perancangan ALLAH YANG MAHA KUASA.

Ada ketikanya, aku terfikir juga,, apakah hikmah dan mehnah di sebalik segala peristiwa yang aku alami? Aku terasa diriku begitu kejam terhadap kedua ibu bapaku atas perlakuanku pada masa lampau. Memang benar, aku agak segan dan pemalu untuk menzahirkan kasih sayangku pada mereka. Tetapi, jauh di sudut hatiku, aku tersangat-sangat menyayangi mereka. Oleh sebab itu, apabila aku mendengar konflik antara ibu bapa dan anak, aku sentiasa berpihak kepada ibu bapa; meletakkan pihak ibu bapa adalah yang teratas. Walau apa jua yang terjadi, aku tahu, setiap ibu bapa sentiasa mahukan yang terbaik terhadap anak-anaknya. Suatu ketika dahulu (ketika zaman sekolah rendah, belum mencapai usia kematangan) aku pernah terfikir untuk lari dari rumah kerana tidak berpuas hati dengan ibu bapaku. Berkat doa kedua ibu bapa, aku diselamatkan olehNya. (Aku membatalkan niat itu kerana takut tidak cukup makan di luar sana, dan takut tidak dapat membedal masakan ibu yang enak-enak.. Aku merancang untuk lari dari rumah juga kerana terpengaruh dengan drama di televisyen. AWAS! Awasi tontonan anak-anak anda di rumah!"


Memang benar, adakalanya kita merasa bosan dan rimas dengan kongkongan ibu bapa terhadap pergerakan kita. Maka, keluarlah dialog-dialog sebegini pada ibu bapa. Jika tidak diutarakan pada mereka, ada juga yang bermonolog dalaman seperti kata-kata di bawah :

"Aku sudah remaja, aku mahukan kebebasan!"

"Mengapa perlu mak dan ayah melayan aku seperti budak-budak? Aku sudah besar, berilah peluang untuk aku tentukan hala tuju hidupku sendiri."

"Mengapa mak dan ayah tak percayakan aku? Cubalah faham kehendak dan keperluan diri aku. Ibu bapa kawan-kawan lain benarkan sahaja mereka pergi ke mana-mana, kenapa mak dan ayah aku tak benarkan?"

Inilah antara perasaan dan kata-kata yang pernah aku alami dan rasai. Bila teringat kembali, aku sendiri tidak mengerti dengan sikap dan sifat dingin aku ketika itu. Tetapi, sedarlah wahai sahabat-sahabat. Pandanglah ke kiri dan ke kanan, insafilah bahawa semua orang sedang berhadapan dengan hukum dunia ini. Malah, ada antara mereka yang menghadapi ujian yang lebih mencabar lagi daripada kita. Kita perlu bersyukur kerana masih dikurniakan nikmat kedua ibu-bapa yang sangat penyayang. Ada antara kawan-kawan kita, yang tidak sempat pun melihat kilas wajah ibu atau ayah mereka apabila mereka sudah celik, kerana Allah terlebih dahulu menjemput mereka menemuiNya. Ada juga antara kawan-kawan kita yang mengalami keretakan keluarga, dengan pelbagai masalah yang kadangkala mengganggu pelajaran mereka akibat tekanan daripada pihak keluarga. Namun begitu, jika ada antara kita yang mengalami dua situasi di atas, percayalah, kita masih lagi beruntung kerana masih dikurniakan hidayah Allah untuk hidup sebagai seorang muslim. Percayalah, ada orang yang kurang bernasib baik lagi berbanding dengan kehidupan yang kita kecapi sekarang.

Jika rasa diri ingin memberontak, imbaslah kembali detik-detik kita dilahirkan oleh ibu kita, hasil perkongsian benih kasih sayang kedua-dua ibu dan bapa kita. Janganlah kerana kehendak kita tidak dituruti, tanpa berfikir panjang kita menyandarkan kesalahan di bahu ibu bapa kita. Atau yang lebih teruk lagi, terus membuang ibu bapa daripada kamus kehidupan. Jika kita pernah merancang untuk membawa diri berjauhan dengan ibu bapa kita, renung-renungkanlah tindakan kita itu semasak-masaknya. Mungkin hari ini kita masih sempat untuk berpaling daripada melihat wajah tua mereka. Kita masih sempat memekakkan telinga daripada mendengar suara nyaring mereka (Walaupun bernada bebelan yang kadangkala merunsingkan fikiran). Kita masih sempat meninggikan suara melawan pendapat mereka yang bercanggah dengan pemikiran kita, malah berusaha menegakkan pendirian kita yang dirasakan benar-benar belaka. Tetapi, ingatlah,, kita semakin meningkat dewasa, begitu juga dengan mereka. Kita masih gagah, muda dan bertenaga, tetapi mereka hanya menjalani rutin harian dengan saki-baki umur mereka untuk melihat kita membesar sebagai manusia yang berguna. Bayangkan suatu hari nanti, ketika kita sedang berjauhan dengan mereka di rantau orang, tidak sempat kita membuat panggilan setiap minggu, Allah lebih pantas membuat panggilan kepada kedua ibu bapa kita untuk menemui ajal mereka. Kedua ibu bapa kita telah menjalankan tanggungjawab mereka melayan kerenah kita ketika kecil dan membesarkan kita. Sekarang adalah giliran kita pula untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak, berbakti dan melayan kerenah mereka pula.. Renung-renungkanlah..

[Aku ini insan yang penuh dengan cacat-cela dari segi peribadi, apatah HATI. Sedang berusaha membaiki hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia, khususnya keluarga terdekat. Kepada remaja-remaja di luar sana, kita semua akan melalui proses transisi ini sebagai seorang remaja. Bagi yang pernah merasai kekeliruan perasaan ini, akan tahu bagaimana rasanya. Bagi yang sedang mengalami proses ini, berhati-hati dan sedarlah bahawa anda sedang mengalami proses transisi ini. Tapi jangan risau, kerana ini adalah satu proses yang normal. Cuma perlu berwaspada dengan sebarang tindakan dan keputusan yang diambil. Berdoalah, semoga Allah sentiasa melindungi kita, dan melembutkan hati kita yang sedang keras dan masih degil terikat pada kata hati yang belum matang..wallahu'alam]

Friday, March 4, 2011

I wanna grow old with you

Khamis, 3 Mac 2011

Tidak mengerti apakah perasaan yang dialami ketika ini.. Semalam,, hati ini seperti dihenyak sepadu-padunya.. Mungkin terkejut dengan lafaz kata-katanya yang bererti perpisahan.. Minta untuk dipisahkan.. Aku mengerti,, bukan pintaan hatiku, atau pintaan hatinya untuk perpisahan ini.. Tetapi, kami HARUS berpisah.. Seiring dengan hembusan kata-kata itu, seiring itu juga air mataku gugur tanda menafikan perpisahan ini.. Saat berlalu semakin pantas,, begitu juga air mataku gugur tanpa mengendahkan masa.. terus gugur dan gugur tanpa henti.. Sehinggalah aku tertidur.. Tidur dalam keadaan yang tidak dirancang dan tidak bersedia.. Entah bantal ke mana, anak patung ke mana, selimut pun ke mana.. Yang pasti,, aku terjaga dek satu bunyi yang dikeluarkan dari telefon bimbitku.. Oh,, terima kasih Samsung Champ.. (model yang dibeli di negara asing, iaitu di rumah keduaku; INDIA.. lebih spesifik lagi,, di MANIPAL.. bukan sengaja menghabiskan duit penaja, (terima kasih MARA) membeli alat-alat elektronik sesuka hati,, tetapi Sony Ericsson F305 merajuk tidak semena-mena,, dan minta untuk bersara daripada berkhidmat denganku.. Aku harus redha,, perlu mencari penggantinya secepat mungkin.. bukan apa,, untuk memudahkan urusanku yang kini ia merupakan satu KEPERLUAN bagi setiap manusia di zaman ini..) [Oh,, begitu panjang selingan kali ini.. SEGALA KESULITAN HARAP DIMAAFI..]

Di skrin telefon bimbitku tertera..


1 New message


Pantas aku menekan butang 'View'

Oh,, aku baru sahaja menyumbangkan air mata kerananya.. Sekarang muncul pula mesej terbaru darinya.. Hanya bergantung kepada cahaya dari skrin telefon bimbitku, mataku terjegir untuk membaca kandungan mesej itu dalam kegelapan.. Kegelapan malam ditambah pula dengan kesempitan mata (mata menjadi sepet kerana terlalu banyak dan terlalu lama menangis..), menyukarkan fokus pada pembacaanku.. Aku membalas mesejnya sambil hati yang masih lagi dibaluti kesedihan... kepiluan... kesengsaraan dan keadaan yang belum bersedia lagi untuk berpisah dengannya.. Kemudian,, panggilan keluar dibuat,, aku meluahkan segala yang terbuku di hatiku.. Aku ingin dia memahami situasiku dan perasaanku.. Aku tidak mampu menahan kesengsaraan jiwaku, lalu berterusan menangis sambil menghembuskan kata-kata dari lubuk hatiku.. Begitu juga dengannya,, adakalanya terdiam, adakalanya bersuara.. Hal ini berterusan selama 2 jam.. Tepat jam 3.00 pagi,, perbualan kami terhenti.. Aku kira dia memahami perasaanku.. Ucapan selamat malam darinya menjadi dendangan buat kelenaan tidurku pada malam itu..


Jumaat, 4 Mac

Malam ini sekali lagi telingaku berdesing seperti mendengar berita yang tidak mahu didengar.. (hakikatnya,, berita ini enak didengar..) Berita itu adalah satu berita yang baik hakikatnya,, untuk pengukuhan zahiriah dan batiniahnya.. (batiniahku juga sebenarnya.. aku terfikir juga, adakah ini panggilanNya untuk aku dan dia, agar berjauhan dan mengurangkan kerinduan masing-masing.. supaya kerinduan kami berada pada tahap yang sewajarnya..) Tetapi mengapa harus aku rasa kesal dengan berita ini?? Kesal kerana rasa seperti dirinya begitu jauh denganku.. (Memang jauh pun.. kerana tempat yang bakal dia ziarah berada lebih jauh daripada tempat tinggalnya yang tersedia jauh.. dari barat Tanah Air ke selatan Tanah Air..) Mungkin jarak yang berjauhan ini juga menimbulkan rasa tidak selesa.. (atau cemburu??) Aku dapat merasakan dia meninggalkan aku,, buat satu jangka masa yang lama,, atau mungkin buat selama-lamanya..(seperti dialog Juliet pada Romeo, "Selamat tinggal Romeo..")

Huh,, aku mengeluh kecil.. Aku mematikan perbualan dengannya sebentar tadi.. Walaupun sakit untuk aku katakan, aku menguatkan jari-jemariku untuk berkeras MEMATIKAN perbualan ini.. Bukan diri aku sebenarnya jika tidak berhubung dengannya walau sesaat.. Namun,, aku tidak dapat menahan kepiluan hatiku.. Aku tidak mampu berpura-pura tidak berperasaan, atau berlagak seperti biasa tanpa kehadirannya,, tidak mampu aku lakonkan lagi perasaan 'AKU OK' itu.. Hakikatnya, aku terseksa bila berjauhan dengannya.. Mengetahui dirinya akan berjauhan denganku di rantau orang selama 2 hari,, memungkinkan selama itu juga aku tidak boleh berhubung dengannya.. Aku menangis lagi.. aku menangis.. dan menangis lagi.. Jawapannya pula seperti 'Saya OK', atau mungkin juga 'Saya cuba untuk OK'.. Reaksinya tidak sepertiku yang terlalu beremosi dalam setiap perkara, terutama sekali dalam perkara yang melibatkan dirinya.. Setiap sejam, dia akan cuba berhubung denganku.. Setiap kali itu juga aku cantas perbualan ini kerana tidak sanggup berhadapan dengan dirinya.. (berhadapan secara maya, melalui teknologi, melalui SMS maksudku..).. Mengapa aku tolak pelawaan berbual dengannya? Bukankah ini satu peluang untuk bersama dengannya?? Oh,, tidak sama sekali.. kerana perbualan dengannya hanya mengundang duka dan pedih pada hatiku.. Aku akan teringat kembali detik-detik kemesraan kami sebelum kata-kata perpisahan itu dilafazkan.. Aku akan teringat kemanisan wajahnya.. Aku akan teringat segala-alanya tentang dirinya.. Aku tidak sanggup menghadapinya.. Aku tidak sanggup.. Aku terpaksa mematikan juga perbualan ini secara kejam! Tanpa kerelaan hatiku....

Aku bertanya pada diri,, Adakah rindu yang berlebihan padanya menimbulkan perasaan yang tidak sewajarnya aku miliki seperti ini?

Mengapa setiap detik aku rasakan terlalu lama untuk ia berlalu?? Terlalu lama untuk aku nantikan tarikh itu,, tarikh di mana kami akan bertemu dan bersua-muka..

Maaf atas perlakuanku padamu.. Aku terlalu menyayangimu.. Menyayangimu melebihi daripada segala-galanya.. Menyayangimu melebihi daripada nyawaku sendiri.. Maafkan aku atas kesilapan yang tersandar padaku.. Dedikasi lirik kata lagu ini,, aku tujukan jua khas buat dirimu yang teristimewa..

Another day
Without your smile
Another day just passes by
But now I know
How much it means
For you to stay
Right here with me

The time we spent apart will make our love grow stronger
But it hurts so bad I can't take it any longer

I wanna grow old with you
I wanna die lying in your arms
I wanna grow old with you
I wanna be looking in your eyes
I wanna be there for you
Sharing in everything you do
I wanna grow old with you

A thousand miles between us now
It causes me to wonder how
Our love tonight remains so strong
It makes our risk right all along

The time we spent apart will make our love grow stronger
But it hurts so bad I can't take it any longer

I wanna grow old with you
I wanna die lying in your arms
I wanna grow old with you
I wanna be looking in your eyes
I wanna be there for you
Sharing in everything you do
I wanna grow old with you

Things can come and go I know but
Baby I believe
Something's is burning strong between us
Makes it clear to me

I wanna grow old with you
I wanna die lying in your arms
I wanna grow old with you
I wanna be looking in your eyes
I wanna be there for you
Sharing in everything you do
I wanna grow old with you




Sunday, January 16, 2011

Sahabatku

Teringat kata-kata sahabatku yang menarik akalku untuk merenung lebih jauh dan lebih dalam tentang Ad-Din.. "Selama-lamanya kita memakai pakaian seorang muslim.. Maka jadilah seperti apa yang dipamerkan oleh pakaian kita.."

Yaa,, aku yakin dan bersyukur kerana aku masih menyarungkan jubah seorang muslim ini, dan aku tidak akan sesekali melucutkannya daripada tubuhku, walaupun sesaat cuma.. Namun, itu hanya pemikiran yang berjanji,, Bagaimana pula pelaksanaan oleh tubuh yang menjadi 'alat' atau medium pada ruh Islam itu sendiri? Bagaimana pula dengan bisikan hati kecil sanubari yang adakalanya disapa oleh bisikan syaitan yang bisa melunturkan keimanan? Kerana di saat keimananku masih muda pada nilai takwanya, kadangkala hilang rasionaliti untuk memilih antara bunga atau harumannya.. Antara mutiara atau kaca,, antara rama-rama atau kupu-kupu,, kegembiraan di dunia sahaja atau kebahagiaan di akhirat kelak..Hatiku masih mentah untuk menilai kesahihan pada jalan kebaikan yang sewajarnya aku pilih.. Tetapi dengan kebesaran dan kekuasaanNya, terlintas di fikiran dan hatiku tentang satu perkara yang sering dipandang enteng oleh sebahagian besar golongan manusia.. Pelbagai peranan sebenarnya yang aku pikul sejak pertama kali aku menyarungkan jubah muslim itu.. dan aku kurang pasti akan kesempurnaan hak pada setiap tanggungjawab yang aku pikul setakat ini..

“Sebaik-baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik-baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya”

 (H.R al-Hakim)

"Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.."


Masyaallah.. seketika hati mendengar kata-kata ini, seperti memberikan satu hentakan buat diri yang sedang asyik dengan lamunan akal dalam dunia sendiri.. Beberapa hari lalu, dudukku tidak senang memikirkan kehidupan yang agak kusut pengurusannya.. Soal kesihatan fizikal, emosi dan spiritual, semuanya dalam keadaan celaru tanpa pengendalian yang rapi.. Tidak terniat untuk aku berlaku zalim pada yang hak, tetapi semuanya berlaku tanpa aku duga atau rancang.. Berjujuran air mata yang gugur kerana kekesalan pada diri yang begitu lemah dengan ujianNya.. Adakah aku begitu lemah jika secara lahiriahnya tangisan yang aku pamerkan? Kata sahabatku yang lain, air mata itu bukan tanda kelemahan sebaliknya fitrah seorang manusia apabila sesuatu cabaran itu melebihi had kemampuan kita sebagai seorang manusia biasa.. Aku memegang kata-katanya.. Alhamdulillah, sedikit ketenangan dirasai.. Namun, selesai satu perkara, datang pula pemikiran yang lain.. Adakah aku menepati ciri-ciri seorang sahabat yang digariskan oleh Islam? Jika tiada tertampak ciri-ciri seorang sahabat yang baik pada diri ini, adakah layak diri aku bergelar seorang sahabat? Adakah layak untuk aku hidup dalam kelompok masyarakat yang mulia, yang sering mengasihi sesama manusia keranaNya, sedangkan aku begitu kotor dengan daki-daki jahiliyah? Kali ini, semakin deras jujuran jernih ke pipi setelah menghitung selama mana usiaku tersia sebagai seorang sahabat...

Aku sering menyampaikan hasrat hatiku pada sahabatku..

Aku sangat sayangkan sahabatku..

Begitu monolog dalamanku.. Sahabatku mungkin mempunyai perwatakan seorang sahabat akhirat yang digariskan tadi, tetapi mungkin aku tidak memenuhi syarat-syarat untuk mendapat gelaran 'sahabat akhirat' ini.. Aku mengimbas kembali butir-butir bicara antara aku dan sahabatku.. Adakah perbincangan yang membuahkan manfaat? Atau hanya perbincangan kosong yang membawa tiada erti? Aku tidak tahu mengapa soal ini yang sering aku fikirkan.. Hatiku menjadi luluh acap kali melihat kemesraan sahabatku pada teman-teman rapatnya, yang begitu berbeda dengan kemesraannya padaku.. Bukanlah cemburu atau tidak senang.. Tetapi setiap kali peristiwa ini terjadi, pasti kesedihan dan kepiluan yang menyesak hatiku.. Jika dikumpulkan aku, sahabatku dan teman-temannya, tentunya aku kelihatan begitu asing dalam dunia mereka.. Masakan tidak asing, kerana kemesraan antara mereka disemai oleh barakah dari Illahi sehingga kerinduan untuk bertemu dan berbincang sering membuak-buak. Manakala aku tidak mampu memberikan aura kebaikan pada sahabatku seperti yang dirasainya bersama teman-temannya.. Setiap kali sahabatku berkumpul bersama teman-temannya, aku merasakan sahabatku seperti berlari ke hadapan dan meninggalkan aku begitu jauh ke belakang.. Dari situ, aku menangis sendiri kerana telah hilang tempat bergantung.. Mungkin begitulah gambaran perasaanku yang dapat aku ungkapkan dengan susunan aksara ini..

Adakalanya, aku merasakan sedikit kekurangan yang timbul dalam persahabatan kami.. Seolah-olah wujudnya jurang antara duniaku dan dunianya.. Pada mereka, sifatnya terlahir sedemikian rupa,, pada aku pula, berbeza sekali sifat dan perwatakannya. Aku sangat menghargai kejujuran sifatnya padaku kerana aku rasa akulah orang yang paling mengenalinya.. Namun mengapa masih sukar untuk aku tembusi dirinya? Memang aku akui perbezaan pemikiran dan wavelength kami.. dan atas dasar ini, mungkin kesefahaman sukar dicapai.. 

Aku pernah terbaca tentang satu artikel yang mempunyai perkaitan dengan ciri-ciri sahabat yang baik, di mana; seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

* Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
* Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
* Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
* Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
* Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
* Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
* Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
* Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
* Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
* Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
* Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
* Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
* Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat
* Dia mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat.

(adaptasi hasil tulisan yang ditemui)


Kata-kata terakhir dariku,, aku sangat menyayangi sahabatku.. Fenomena yang sama juga aku harapkan daripadanya.. Tiada apa pun dalam entri ini, cuma ingin mengeluarkan sebahagian perasaan yang terbuku dalam hati untuk dilihat dan ditapis oleh sahabatku.. Kalau lintah yang engkau gelarkan, aku terima.. kerana lintah sangat setia pada kulit manusia.. Begitu juga kesetiaanku dalam persahabatan kita.. 

Wednesday, December 15, 2010

Warkah Buatmu..

"Wahai hati, jangan terlalu manja dengan kesenangan dan kasih sayang yang dilimpahkan.. Wahai hati, jangan terlalu rapuh dengan menangis setiap kali disergah oleh semburan kata-kata yang perlu ditelan pahitnya.. Wahai hati, jangan terlalu lemah untuk menafikan kedustaan.. Wahai hati,, Wahai hati,, Wahai hati,, perkasakanlah dirimu.. jangan mudah menangis.. hapuskan air mata dengan mengingatiNya sentiasa.."

Ini hanya susunan kata-kata untuk meredakan kegelisahan pada hatiku.. Ya,, sememangnya hati aku sedang kegeringan.. Mungkin sudah lama tidak aku menyuapnya dengan sesuatu yang berkhasiat.. Oh,, di mana hak sekeping hati yang perlu aku tunaikan? Kejamnya aku kerana sering menyiksa hati sendiri semata-mata ingin memenuhi kehendak nafsu.. Bersama-sama nafsu, ia bersekongkol dengan jasad untuk meraih kebahagiaan tanpa menjenguk apa kata hati.. Benarkah tindakan aku? Hati sering menjerit melarang kekejaman nafsu pada hati.. Namun,, nafsu tetap berdegil,, menundukkan hati nan suci setunduk-tunduknya.. Tidak mengapa jika tunduk pada yang hak.. Malangnya,, lorong kesesatan yang dipandu, dan bukannya kebenaran.. Kejamkah aku? Atau belum cukup kejam lagi? Atau hanya separa kejam?? Oh,, renung-renungkanlah...

Buatmu sahabat,, aku tidak tahu di mana silapnya.. Belakangan ini aku menghidu bau yang kurang enak dalam persahabatan ini.. Persahabatan yang dilimpahkan kasih-sayangNya tidak sewajarnya tertampil sebegini.. Suatu ketika dahulu aku amat menyanjungmu kerana keindahan peribadimu..Yaa,, sehingga kini sebenarnya aku masih mengagumi sifatmu terutama bilamana engkau serlahkan keindahan peribadimu dan membawa aku seiring ke jalan hidupmu.. Aku tahu engkau berada di pihak yang benar,, arakian tanpa ragu-ragu aku meletakkan sepenuh kepercayaanku padamu.. Aku sangat merasakan satu nikmat yang amat besar daripadaNya dengan kehadiranmu dalam hidupku.. Namun,, kehadiranmu juga adalah ujian yang terbesar buatku.. Hatiku menangis kegembiraan terharu kerana ditakdirkan hidup berdekatan denganmu setiap detik waktu.. Di kala aku kesepian dan kehilangan arah, Dia menghadirkan engkau dalam hidupku untuk meleraikan kekeliruan yang telah berkurun terpendam.. Semacam memahami keperluan hatiku dengan menghadirkan engkau tepat pada keperluan hatiku ketika itu.. Cuma aku khuatir kini,, jika dalam takdirNya telah tertulis perpisahan antara kita dengan cara yang tidak molek dan tidak disangka-sangka.. Hadirmu tidak pernah kuduga,, aku takut jika kehilanganmu juga tanpa dijangka.. Aku tidak mampu melawan takdir Illahi..

Percayalah wahai sahabat,, bahawa aku menyayangimu.. aku sangat-sangat menyayangimu kerana Allah.. Pernah salah seorang sahabatku berkata padaku,

"Sesungguhnya hubungan murni sesebuah persahabatan itu sentiasa diuji.. syaitan sentiasa mencucuk-cucuk hati manusia yang saling menyayangi kerana Allah agar timbul pertengkaran antara kedua-dua belah pihak.. maka,, kuatkanlah hati kita agar sentiasa berlapang dada dengan sahabat-sahabat terutama dalam kalangan mereka yang terdekat.. agar hubungan yang baik dapat dipelihara..insyaallah.."

Yaa,,, aku semakin bingung dan sedih kerana merasakan terjerat dengan pendekatanku padamu.. Aku sedih kerana setiap hari perhubungan kita melahirkan sengketa yang berpunca daripada sekecil-kecil hal.. Aku sedih kerana aku dapat merasakan kepudaran kasih-sayangmu dalam sebuah persahabatan.. Aku sedih kerana kepahitan lebih banyak dilontarkan berbanding dengan kemanisan senyuman seorang sahabat.. Aku sedih kerana engkau seolah-olah ingin menyingkirkan aku daripada hidupmu.. Aku sedih.. Aku bingung dan semakin bingung.. Di mana silapnya? Aku masih lagi mencari jawapan pada persoalan pada hati ini..

Aku cuba untuk berlapang dada acap kali berhadapan dengan masalah yang sama setiap hari.. Aku mengerti sifatku yang kurang peka dan memahami hati dan perasaan orang lain.. Tetapi percayalah,, aku masih memerlukan engkau sebagai pembimbing pada seorang sahabat yang masih terkapai-kapai dalam pencarian kunci kehidupan yang sebenar... Aku insan yang lemah yang sentiasa mengharapkan bantuan dan pertolongan tanpa mampu bergerak sendiri.. Aku ada Yang Esa untuk memberi ketenangan kepada hatiku.. Namun,, hubungan sesama manusia yang tidak aku pelihara juga menyekat ketenangan itu daripada menerobos ke dalam sukmaku..

Semoga hatimu dilembutkan olehNya untuk menerimaku.. Aku terkilan dengan sikapmu yang adakalanya menyakitkan; menyakitkan kerana menyerang emosi secara tiba-tiba,, kemudian terus membisu tidak semena-mena.. Hakikatnya,, berdiam diri tanpa bicara lebih menyiksakan zahir dan batinku.. Sekurang-kurangnya maklumkanlah aku di mana silapnya.. Biarpun berkali-kali engkau ungkapkan.. Aku fikir engkau sudah bosan mempunyai teman sepertiku,, hidup sebumbung denganku dengan kerenah yang kurang matang,, dan mungkin menyukarkan arus kehidupan normamu.. Aku mengaku kelemahan dan kelembikan diriku serta turut bersimpati sebenarnya kerana tidak mampu membela diri sendiri.. Adakah hati aku yang lemah untuk menguatkan hati menghadapi ujianNya,, atau manja yang berlebihan pada diri sehinggakan tidak mahu berjauhan denganmu walau sekelip,, dan tidak akan akan membiarkan diri lekang daripada pandanganmu walau sedetik..

Aku masih menangis.. Hati aku sedang menangis sehingga kini.. Kadang-kadang jelak juga dengan diri sendiri kerana asyik menangis setiap kali musibah hati menimpa.. Hanya menangis,, menangis,, dan menangis,, tanpa dikesan oleh sesiapa.. Sifatku memang begini,, tidak berkemahiran dalam meluahkan segala apa yang terbuku dalam hati.. Hanya mampu menyusun aksara-aksara sehingga membentuk makna pada hati.. Kerutan di dahi sudah cukup untuk membuktikan kegelisahan,, kesedihan,, kerisauan dan kepedihan diriku.. Apalagi kelukaan pada hati yang tidak tertampak oleh mata kasar seorang manusia biasa.. Tulisan ini bukanlah untuk meraih simpati sesiapa,, hanya ingin engkau memahami dan mengetahui.. Sehingga kini,, hanya aku dan Dia Yang Maha Mengetahui yang termaklum dengan situasiku.. Berbaik-baiklah seperti sedia-kala.. Jika matamu tidak sanggup memandangku kerana keburukan dan kelemahanku,, ketepikanlah rasa jelak itu,, dan pandanglah aku sebagai seorang sahabat dan saudara muslimmu yang sentiasa dahagakan kasih-sayang seorang teman akhirat.. Itu sebenarnya pintaan hatiku daripadamu..

Thursday, September 9, 2010

Kisah Lima Jari (Left Version)

Hye semua! Saya sudah lama hendak menyampaikan hasrat ini.. Hasrat dan wasiat dari hati yang luhur kepada insan yang luhur juga padaku.. Luhur menurut kaca mataku dan sudut pandangan objektifku yang terbatas sebagai seorang manusia biasa... Maaf kalian kerana telah mencuri sedikit masa anda untuk melayan telatah saya di ambang Hari Raya Aidilfitri.. Tinggalkan sebentar dodol dan lemang di luar, ketupat dan kuih raya di dapur.. kerana saya berhasrat menyampaikan kisah lima jari kepada kalian.. Pada saya, kalian adalah lima jari (left version) saya yang bermakna dalam hidup hidupku.. Jika salah satu jariku terluka, pastinya saya turut bersedih hati kerana seluruh badanku terasa sakit.. Okey,, Harap terhibur..

 

THUMB

Hurm...bagaimana mahu memulakan ini.. Beginilah,, saya sayang anda kerana peranan keibuanmu. Untuk memudahkan kerja, saya maksudkan ibu jari saya adalah anda, my Lause.. Sei sei ni Lause! Dua tahun kita hidup dan bernafas di bawah satu bumbung yang sama.. (hurm,, bumbung di sini sangat panjang...) Saya kehabisan kata untuk mengucapkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Lause. Lause sangat baik dengan semua orang dan semua manusia di sekelilingnya. Kata-kata Lause sarat dengan motivasi yang berguna dan kadangkala unsur sinis yang membina..hee Maaf juga kerana sepanjang perkhidmatan saya sebagai kapten kapal, terlalu banyak kesusahan dan kesulitan yang saya hadiahkan pada Lause. Maaf kerana sampai di situ sahaja kemampuan yang saya ada, tidak sehebat kapten kapal sebelumku atau kapten kapal selepasku. Anak-anak kapalku yang lain juga mungkin sering memeningkan kepalamu. Tetapi usah bimbang lagi kerana skuad saya dan anak-anak kapal lain sudah sampai ke satu persinggahan yang membawa kami ke arah masing-masing untuk dituju. Terima kasih atas segala tunjuk ajar Lause sepanjang pengemudian kapal layar lusuh saya. Walaupun lusuh, kami tetap sampai, cuma pelayaranku tidaklah semewah anak-anak kapal yang lain. Kapal layar yang masih mengharapkan bantuan Sang Bayu untuk pelayaran ini..masih mengekalkan ciri-ciri tradisional tanpa bantuan sebarang enjin kapal..

Selepas ini, saya tidak lagi berpeluang singgah ke mahligai Lause yang sentiasa dihimpit keriangan. Kesesakan manusia dengan tawa ria tidak lagi terlihat pada mata kasar saya. Mungkin kenangan ini yang memupuk rasa rindu saya yang teramat pada Lause. Tidak lupa juga pada Yinyin yang suka beraksi. Sering lari bila saya dekati... (sedey..sedey...rasa diri tidak digemari oleh kanak-kanak bawah umur..wuwu) Suatu hari nanti, akan saya balas jasa dan budi Lause pada saya. Percayalah, nyawa kepada kerinduan saya pada Lause dan pengemudianku bersamamu adalah ingatan yang tulus dariku. Selagi ingatan pada Lause masih terpahat kukuh di minda, selagi itu kerinduan sentiasa terbuai bersama angin malam.. TERIMA KASIH ATAS SEGALA-GALANYA LAUSE...

 

INDEX FINGER / FOREFINGER

Well,, I don't know what else I can say and write right now.. Firstly, welcome to my blog!ngee The spot of where I will throw all my feelings and thought..even a small thought.. Hurm,, as you know, you inspired me a lot.. and I always inspired by you.. (ok..same jek maksudnya..unsur inversi cuma..) Seriously speaking, no joke,, no kiddin... Even though you are younger than me.. (not so much difference...mmmm), perlakuan dan perwatakan awak sentiasa memberi kesan pada hati saya. Betullah kata orang, untuk berdakwah, kita tidak semestinya perlu petah berkata di hadapan khalayak,, atau bijak menyusun kata dalam penulisan,, kerana tingkah laku yang baik juga mampu memberi pedoman kepada masyarakat sekeliling.. Ini juga satu bentuk dakwah tau.. kerana terlahirnya peribadi yang baik seperti kamu, adalah kerana hebatnya dalamanmu.. Saya sangat kagum dengan potensi yang ada pada diri awak. Janganlah sia-siakan kelebihan ini, sebaliknya jadikanlah ia sebagai kekuatan awak dalam menyampaikan sesuatu yang baik kepada orang lain. Pada saya, awak seorang yang 'versatile'. Yaa,, berkebolehan dalam pelbagai aspek tetapi masih mengekalkan ciri-ciri ketamadunan seorang manusia.. Inilah mutiara yang kita cari.. Mutiara yang mampu menyinari dan memberi cahaya ketika orang lain masih teraba-raba atau mungkin kekok dalam kesamaran kehidupan..

Saya akan sentiasa mengingati budi awak pada saya. Sentiasa komited walau dalam tugas yang picisan atau dipandang ringan oleh sesetengah pihak.. Awak memang sangat baik dan bertanggungjawab.. If I were given a chance, I would nominate your name as 'ALL STAR AWARD' holder.. Kedua-dua awak dan kapten awak.. Thanx a lot my dearie.. Saya akan sentiasa mendoakan awak dan rakan-rakan seperjuanganmu mampu dan berjaya menghadapi kehidupan IB yang sangat mencabar ini.. Pesanan awak yang sangat saya ingat adalah 'GUNAKANLAH MASA YANG ADA SEBAIK MUNGKIN AGAR KEKESALAN DI KEMUDIAN HARI TIDAK DIRATAPI..' (my version... I always do remember my dearie...insyaallah..)

 

 

MIDDLE FINGER

Jari hantu!!!!heeee Aku pun masih kabur dengan istilah bahasa Melayu terhadap sebatang jari ini,, jari hantu.. Mengapa namanya jari hantu sedangkan manusia normal memiliki jari yang terpanjang di posisi tengahnya? Baiklah,, abaikan kisah jari hantu, kerana secara mutlaknya di sini adalah menyatakan kisah kamu.. Kamu yang banyak juga membantu aku dalam perkara-perkara yang lazimnya sesuatu perkara yang kecil.. Hurm,, bagaimana yaa?? Contohnya, pada aku mungkin sesuatu perkara itu boleh dianggap jenaka, tetapi tidak sangka pula ada pihak yang sensitif dalam gurauanku.. Aku juga tidak pasti sama ada kamu yang terlalu sensitif atau aku yang berlebihan dalam berseloroh..wuwu Sesuatu yang menjadi keunikan pada dirimu adalah teguran terus kamu pada diriku... Walaupun adakalanya terasa pedas kerana penyampaianmu adalah terus, telus dengan perasaan.. (bermaksud...kalau marah, disampaikan dengan nada yang tegas dan tinggi serta diksi-diksi yang bersifat disferisme..atau mungkin sarkasme..dush2..wuwu), tetapi sebenarnya aku cuba untuk mencerna maksud dan kata-kata pedasmu..huhu 

Terima kasih kerana bertindak jujur terhadapku,, kerana aku rasa kemarahanmu terhadapku tidak pernah terhijab, sebaliknya termuntah terus dari bibirmu.. Mungkin banyak juga rasa sakit hatimu padaku.. Maafkanlah aku... Kamu dan aku adalah dua insan yang berbeza luaran dan dalaman.. tetapi aku mahu kamu tahu bahawa aku sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri dari hari ke hari.. Semoga segala urusanmu dan urusanku dipermudahkan.. Ceritakanlah padaku jika kamu berada dalam kesulitan kerana terasa diri ini terlalu kejam jika tidak mampu membantu,, meskipun hanya melahirkan simpati sudah cukup.. mengapa perlu bercerita? Kerana bila sudah cerita, aku mengetahui statusmu, dan sekurang-kurangnya aku boleh berdoa untuk memudahkan kesulitan itu..

 

WEDDING FINGER / RING FINGER

Hoho,, mungkin kamu tersilap. Kamu jangan menyangka kamu adalah Middle Finger tadi, kerana Middle Finger adalah orang lain.. Kamu sebenarnya adalah Wedding Finger.. Orang Melayu kata,, jari manis..jadi, adakah kamu merasa kamu cukup manis?Mungkin laa....haa Well,, kamu mungkin tahu fakta ini,, sejak belakangan ini, ramai pula orang mengatakan bahawa kamu seorang yang cute.. Apakah? Benarkah??hurm,, mungkinlah sipi-sipi... Maka sejujurnya aku katakan, you have a sense of attraction.. in terms of friend.. People will have a tendency to make friend with you.. Itu adalah berdasarkan pemerhatianku.. (errr..Im not a stalker! Secara tidak sengaja menemui fakta ini..) Pertamanya, aku ingin menyatakan bahawa aku sangat sukar untuk menembusi dirimu.. Aku tidak pernah mengetahui bagaimanakah kamu sebenarnya.. Apa yang aku pasti, we really really have a different wavelength.. Suatu ketika dahulu, aku juga pelik kerana setiap kali aku ingin berbuat baik padamu, ada sahaja halangan yang mengeruhkan lagi 'mood' kamu.. There was countless times, aku katakan bahawa I LOVE YOU MY FRIEND.. Tidak tahu bagaimana mahu menggambarkannya lagi.. Aku sangat risau jika persahabatan kita berakhir tanpa sebarang asas...

Cuma sejak belakangan ini, aku lihat hati kamu semakin lembut dan terbuka untuk menerima aku seadanya.. (haha...cam kelakar jek ayat ni..tapi seyes dowh!) Aku memohon seribu keampunan padamu kerana sering menyakiti kamu di zaman persekolahan dahulu. Peristiwa yang paling menimbulkan rasa bersalahku yang memuncak terhadapmu adalah ketika aku ingin bermain-main menyorokkan barangmu, sedangkan kamu sedang tersiksa mencari barang kamu ketika itu.. Aku sangat serba salah untuk itu dan menjadi tidak keruan untuk kesekian lama juga kerana telah menyiksa kawan yang sedang kegeringan!wuwu Bianne...Sorry...sorry...sorry...uhuk3 Maka, percayalah, walau apa pun yang terjadi, aku sangat sayang kamu.. Walaupun kamu ni seorang yang sangat garang... Garang macam harimau.. Garang macam singa....Ngauuuuummmmmmm!!!!! eiiyy,,, takutnya....wuwu Doakan kejayaan kita bersama di dunia dan akhirat..

 

LITTLE FINGER

Hurm,, mungkin kamu terkejut kerana aku memasukkan kamu ke dalam kamus hidupku.. Well,, aku buat semua ini bukan tanpa sebarang sebab yang munasabah.. Kamu telah banyak menolong aku sebenarnya.. Sejak zaman sekolah,, sehingga kini.. Sokongan demi sokongan... Dorongan demi dorongan yang kamu berikan... Aku sangat hargai semua ini.. Mungkin kamu rasa ini hanyalah bantuan kecil darimu, atau mungkin lebih dasyat lagi, kamu langsung tidak ingat apakah bentuk bantuan kamu terhadapku... Percayalah, kamu sangat banyak membantu memudahkan pengurusan hati dan hidupku.. Aku sangat selesa berkawan dengan kamu.. Maka dengan izin Allah, kita bakal menuntut di tempat yang sama.. Kamu tahu, betapa seronoknya aku kerana dapat berjumpa kembali kawan lama.. Ramai juga kawan-kawan lama kita yang bakal kita temui di sana.. Untuk pengetahuan kamu juga,, bilamana kamu menceritakan kerisauan dan keresahan hatimu terhadap pelajaranmu, aku sentiasa mendoakan kemudahan urusan kamu dan urusanku... Mana mungkin aku bergembira kerana aku juga menghadapi masalah yang sama,, dan aku sangat memahami situasimu.. Mengalami kesulitan dalam setiap perkara yang aku ceburi terutama dalam pelayaran pencarian ilmu ini... 

Aku sangat bersyukur apabila mengetahui keputusan molekmu yang seterusnya membawa kita untuk mengemudi kapal dan menuju ke destinasi yang sama.. Aku berharap agar kamu terus membantu dan menyokongku.... Aku bersetuju denganmu,, walau apa pun keputusan yang kita perolehi dalam peperiksaan,, atau walau di mana jua kita dicampakkan olehNya di muka Bumi ini,, apa yang paling penting adalah peruntukan masa kita untuk memburu syurga Allah.. Itu adalah matlamat hakiki kita sebagai seorang manusia dan seorang hambaNya...


Maka,, beginilah ceritera lima jariku (left version).. Mengapa saya memilih kalian? Kerana kalian adalah antara insan dan aset yang penting dalam pembangunan kendiri hidupku.. Kepada THUMB, INDEX FINGER, MIDDLE FINGER dan RING FINGER, mungkin selepas ini kita akan  jarang bertemu dan berkomunikasi kerana masing-masing sudah mula membawa haluan sendiri. Saya memohon berjuta-juta keampunan sekiranya selepas ini saya menjadi manusia yang berbeza dengan saya sekarang, yang mungkin kurang rapat lagi dengan kalian. Yalah,, saya tidak sebijak dan tidak sehebat kalian..

 

Sekali lagi saya katakan, saya sangat sayang pada kalian.. Saya tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan daripada kalian, kerana takut diri ini akan kecewa jika apa yang diharapkan tidak menjadi.. Semoga kalian sentiasa dirahmati olehNya... Saya mengharapkan doa daripada kalian untuk mendoakan kejayaan hidupku di dunia dan akhirat.. Moga-moga kita bertemu di syurga kelak atas dasar keikhlasan bersahabat kerana Allah s.w.t.. Seperkara lagi, seandainya suatu hari nanti, saya sudah kembali kepadaNya, saya mengharapkan doa daripada kalian agar mendoakan saya untuk tergolong bersama-sama dengan orang beriman,, serta ditempatkan di syurgaNya yang teratas dan teragung.. Insyaallah..